You are on page 1of 1

Pada cuti penggal persekolahan yang lalu,Persatuan Sains telah mengadakan

lawatan ke Pulau Pinang. Lawatan ini disertai oleh 35 orang murid dan 5 orang guru
pengiring.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan


pengalaman murid –murid tentang pelbagai tempat-tempat menarik di Pulau
Pinang.Tepat pukul 8:00 pagi, kami berkumpul di tapak perhimpunan. Bas berhawa
dingin yang disewa khas untuk tujuan .Lawatan ini bertolak pada pukul 8:30 pagi.

Lima jam kemudian , kami tiba di Pulau Pinang . Suasana di Pulau Pinang amat
menakjubkan . Terdapat banyak bangunan pencakar langit . Keadaan jalan raya juga
sangat sibuk.

Lawatan pertama kami ialah ke Taman bunga.Di sana kami melihat banyak
spesies flora dan fauna termasuk yang hamper pupus .. Kami juga merakam beberapa
gambar perkara yang menarik di situ.

Seterusnya, kami pergi ke Taman Rama-rama.Mereka melihat ribuan rama-


rama yang mempunyai banyak spesies yang berbeza . Tempat ini juga menempatkan
pelbagai jenis serangga seperti kala jengking , kumbang dan banyak lagi.Mereka
merakam beberapa gambar yang menarik di situ sebagai kenang-kenangan.

Di samping itu, kami juga melawat ke Muzium Perang Pulau Pinang. Muzium ini
merupakan kubu perang yang asalnya dibina oleh tentera British. Di sana mereka
dapat menyaksikan peralatan peperangan zaman dahulu. Kami mengambil peluang
untuk merakam gambar.

Pada pukul 7:00 malam kami bertolak pulang ke sekolah . Kami berasa gembira
kerana banyak menimba pengalaman dan pengetahuan. Kami berharap agar lawatan
seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.

You might also like