You are on page 1of 1

REMBAU,28 OGOS- Persatuan Sains telah mengadakan lawatan ke Cameron

Highlands . Lawatan ini disertai oleh 35 orang murid dan 5 orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan


pengalaman murid –murid tentang pelbagai tempat-tempat menarik di Tanah Tinggi ini.
Tepat pukul 8:00 pagi, murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan. Rombongan
bertolak pada pukul 8:30 pagi dengan menaiki bas berhawa dingin yang disewa khas
untuk tujuan lawatan ini.

Empat jam kemudian , mereka tiba di Cameron Highlands . Suasana di tanah


tinggi amat menakjubkan dan sejuk.Terdapat banyak tanaman sayur-sayuran. Keadaan
jalan raya juga sangat sempit dan berliku-liku.

Lawatan pertama mereka ialah ke Taman Strawberi. Mereka juga merakam


beberapa gambar perkara yang menarik di situ.

Seterusnya, mereka melawat ke Ladang Teh. Disitu, mereka juga merakam


beberapa gambar perkara yang menarik.

Di samping itu, mereka juga melawat taman bunga . Di sana mereka dapat
menyaksikan pelbagai jenis bunga yang cantik. Mereka juga mengambil peluang ini
untuk merakam gambar dan membeli bunga yang cantik.

Pada pukul 7:00 malam, rombongan ini bertolak pulang ke sekolah .Murid-murid
berasa gembira kerana banyak menimba pengalaman dan pengetahuan. Murid-murid
juga berharap agar lawatan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang.

You might also like