You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SERI RAHMAT ,

31500 , LAHAT , PERAK


NO. TEL / FAKS : 05 - 3665516
Email : aba2033@moe.edu.my

Mesyuarat Guru Kali Pertama 2018


Sk. Kg. Seri Rahmat

Tarikh : 27.12.2018
Hari : Rabu
Masa : 12.30 pg
Tempat : Makmal Komputer

Kehadiran guru:

1. Pn Leli bt Mohd Chor : Guru Besar


2. Pn Khatijah bt Mohamad : Guru Kanan Kurikulum
3. En Mohd Fazli bin Zainuddin : Guru Kanan Kokurikulum
4. Pn Juliza Akmar bt Ahmad Zukhi : Guru Kanan HEM
5. Pn Rugayah bt Pin
6. En Sirajul Halimi bin Abd Wahab
7. Pn Kaladevy a/p Thangaveloo
8. Pn Zuhira bt Mohd Tahir
9. Pn Nor’Aidah bt Abdul Halim
10. Pn Fitriah bt Ishak
11. En Mohd Shahir bin Saidi
12. Cik Mariamal a/p Mahalingam
13. En Senthilkumar a/l Ramanaidu

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan selamat dan salam kepada semua guru.


1.2 Majlis dimulakan dengan bacaan Umul Kitab
1.3 Terima kasih kerana semua guru dapat hadir tepat pada masanya
1.4 Selamat datang kepada semua guru baharu.

Makluman : Semua guru

1
2. Ucapan Penasihat

2.1 Mengucapkan selamat dan salam dan mengalu-alukan kedatangan dua orang guru
baharu.
2.2 Minit mesyuarat perlu perlu dalam tempoh seminggu dan perlu ada maklum
balas.Jangan tangguhkan kerja,kerja terpaksa dilakukan sebagai guru.
2.3 2018 merupakan sinar baharu. Dengan adanya guru baru.Dengan ini dapat membantu
memantapkan perjalanan SKKSR dari segi akademik,kokurikulum,HEM dan sahsiah
murid.
2.4 Tidak menerima pembohongan dan alasn.Jumpa secara personal jika ada apa-apa
masalah.
2.5 Masuk kelas tepat pada waktu agar tidak timbul sebarang masalah.
2.6 Pertandingan keceriaan kelas perlu diadakan semula. Hiasan kelas ikut citarasa guru
kelas.
2.8 Perlu ada PA 21 di dalam kelas
2.9 Seorang murid satu kerusi satu meja dan satu set buku teks murid perlu ada pada
hari pertama buka sekolah.
2.10 Buku persediaan mengajar sama ada fail atau buku.Perlu dihantar pada setiap
Jumaat.Bawa buku persediaan masuk ke kelas walaupun kelas relief.
2.11 Ambil peduli tentang SPI yang berkaitan .
2.12 Kebanyakan sekolah telah bersedia dengan SKPMG 2.Bila-bila masa sahaja boleh
dipanggil untuk audit
2.13 Sekiranya guru dapat arahan bertukar ,ikut garis panduan nota serah tugas.
2.14 Pelaksanana PLC di semua skolah di negeri Perak.Laporan kena hantar 2 kali setahun
iaitu April dan Oktober.
2.15 Guru-guru perlu akur dengan surat-surat ke PPD atau JPN.Jangan tunggu saat akhir.
2.16 Dapatan taklimat daripada PPD:
2.14 En Ahmad Maswan- Unit Akademik
2.14.1 Syabas dan tahniah kepada semua guru kerana pencapaian UPSR.
2.14.2 GPS ikut sekolah hendak buat atau tidak
2.14.3 Sekolah perlu ada inisiatif untuk tingkatkan tahap penguasaan
minimum. Murid-murid dan guru-guru yang berkualiti
2.14.4 Pengedaran modul mata pelajaran adalah fokus untuk murid
HALUS(Harapan Lulus).

2
2.14.5 Akan ada beberapa program dari PPD iaitu Program Profesionalisme
Guru dan Program Kerjasama PINTAR bersama Yayasan Perak
2.14.6 DSKP Tahun 2 KSSR Semakan ada dalam portal.Buat cetakan.
2.14.7 Tahun 1 dan 2 wajib ikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
2.14.8 Sekolah perlu hantar jadual waktu guru ke PPD pada minggu akhir
2017.
2.14.9 Jumlah minggu persekolahan adalah antara 30 hingga 40 minggu.
2.14.10 Dasar kurikulum sekolah dan Pelan Strategik Akademik dalam
panitia perlu jelas dinyatakan.Dasar Latihan minimum,nyatakan
bilangan soalan.(ketetapan soalan)
2.14.11 Penataran CEFR perlu sebar luas.Pastikan dilaksana.
2.14.12 PASR (Pentaksiran Alternatif Sek.Ren) adalah sekolah yang ada
pendidikan khas
2.14.13 Buat surat lantikan untuk PT untuk tandakan E-Kehadiran.

2.15 En Azril-Pegawai Meja (PBD)


2.15.1 Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) mesti ada dalam agenda mesyuarat
dari segi kurikulum,pedagogi dan pentaksiran.
2.15.2 Borang transit sangat penting sebagai evidens.

2.16 Cik Rosaida- Unit Kokurikulum


2.16.1 SEGAK
- BMI dan ujian kecergasan perlu dibuat.
- Pekeliling 2008 terbatal.Sekarang guna pakai SPI 2016
- Temph perlaksanaa Mac dan Ogos
- Tiada lagi JSI
2.17 En Yusnizar- Unit HEM
2.17.1 Pastikan umur murid mengikut kohort yang betul.
2.17.2 Borang pesanan RMT secara harian.
2.17.3 Perlu pastikan keselamatan,kebersihan dan kesihatan(3K) di
sekolah.Semua warga sekolah perlu ambil peduli.
2.18 En Meor Anuar – Pegawai Kaunseling
2.18.1 Pengurusan dan Pematuhan Dasar Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling.
2.18.2 PRS perlu wujud di sekolah.
2.18.3 Letak nama guru bertugas di pondok jaga.Guru bertugas datang lebih
awal.

3
2.18.4 Program 3S perlu dilaksanakan.
2.18.5 Menggalakkan guru membuat program mentor dan mentee.Bukan
tahun 6 sahaja tetapi semua tahun.
2.19 En Ezraf – Penyelia Pembangunan
2.19.1 Banyak sekolah telah mendapat peruntukan.
2.19.2 Pekerja pembersihan bebas”kosong” dadah.
2.19.3 Peruntukan khas untuk sekolah adalah seperti
bumbung,tandas,kumbahan,longkang/parit,elektrik.
2.20 En Meor Khir – Penolong PPD Rendah
2.20.1 Penggunaan perkataan pada ‘letterhead’ perlu betul. Surat-surat ke
PPD atau JPN perlu disemak bersama-sama dengan PK.Pastikan tidak
ada kesilapan ejaan.
2.20.1 Kata-kata aluan mesti mengikut protokol.
2.20.2 Ada guru yang datang bermesyuarat dalam keadaan yang tidak
kemas dan selekeh. Guru perlu berpakaian kemas.Guru lelaki bertali
leher dengan kemeja lengan panjang.
2.20.3 Ada Task Force bagi guru-guru untuk kenaikan pangkat.Perlu menilai
mana-mana guru yang mohon untuk menjadi penolong kanan.Guru
tersebut perlu pergi berkursus MPQEL.
2.20.4 Semua guru perlu datang ke sekolah pada tepat masa.Jika hujan guru
kelas masuk ke kelas dahulu.
2.20.5 E-Operasi perlu sentiasa dikemaskini seperti tarikh-tarikh
perkhidmatan dan sebagainya.
2.20.6 Modul keberadaan guru perlu diisi setiap hari.
2.20.7 Jawatan guru pemulihan dimansuhkan untuk sekolah SKM atau
enrolmen kurang 100 murid.
2.20.8 Bilangan guru di Kinta Selatan cukup ikut keperluan.
2.20.9 Tidak berlaku penggabungan SKM di Kinta Selatan.
2.20.10 EKSA:
- rujuk pada PKBA 2015-dapatan tiada maklum balas minit
mesyuarat.
- perlu ada maklum balas dalam minit mesyuarat.
- untuk dapat sijil EKSA perlu berhubung dengan MAMPU

Makluman: semua guru

4
3. Pengesahan Minit Mesyuarat
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kelima untuk disahkan.
3.2 Pn.zuhira mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh
Pn. Rugayah.

4. Perkara Berbangkit

4.1 Semua guru perlu membuat persediaan mengikut takwim baru.


4.2 Pelancaran penutup bagi Transisi Tahun 1 perlu adakan.

.Makluman : Semua guru

5.0 Buku Pengurusan dan Takwim 2018

5.1 Pengerusi memohon semua merujuk buku pengurusan dan takwim sekolah
yang telah diedarkan.
5.2 Perubahan dalam takwim adalah mengikut cadangan Guru Besar dan
mengikut keperluan sekolah.
5.3 Semua guru diminta untuk bertanggungjawab melaksanakan tugasan mengikut
jawatankuasa yang telah ditetapkan.

Makluman: semua guru

6. Jadual Waktu
6.1 Semua guru juga diedarkan jadual waktu peribadi guru dan jadual kelas
masing-masing.
6.2 Sebarang masalah yang timbul boleh berhubung dengan En Mohd Shahir.

Makluman: Semua guru

7. Program Transisi
7.1 Guru-guru boleh rujuk lampiran jawatankuasa.Harap perjalanan program
berjalan lancar mengikut atur cara.
7.2 Jadual waktu program juga diedarkan kepada guru Tahun 1.Guru-guru yang
berkaitan boleh merujuk jadual tersebut untuk membuat aktiviti di dalam
kelas.
7.3 Pelancaran Program Transisi akan diadakan pada hari Selasa,2 Januari
2018.

5
8. Program Panitia

8.1 Setiap minggu,ada panitia yang membuat persembahan.Guru-guru boleh ikut


seperti tarikh di dalam takwim.Oleh yang demikian,guru-guru boleh bersedia
melatih murid untuk membuat persembahan.

9. LADAP

9.1 beberapa orang guru telah memberi tajuk-tajuk cadangan untuk


LADAP.Antaranya ialah:
- Frog VLE ( En Syahir)
- Pengurusan pengajaran dan pembelajaran P.Jasmani (Pn Leli)
- Pengisian Buku Stok dan Aset
- Kursus Profesionalisme Perguruan (En Fazli)
- Kem Motivasi Guru
Tindakan : Pn Rugayah

10. Kursus I-THINK

10.1 Semua guru telah selesai.Semua guru diharapkan dapat emelkan nombor
baucar dan sijil kursus kepada Cikgu Syahir
Tindakan : Semua guru

11. Frog VLE

11.1 Ada penggunaan jadual di makmal komputer untuk melaksanakan Frog VLE
mengikut kelas
11.2 Guru besar berharap peratus penggunaan Frog SKKSR tidak menurun.

12. Hal-Hal Lain

12.1 Mohon En Syahir membuat sijil penghargaan untuk penyumbang Hari


Anugerah Cemerlang.
12.2 Penggunaan makmal komputer
12.2.1 En Syahir memohon guru-guru supaya memastikan penggunaan
makmal dan komputer ditulis di dalam buku log.
12.2.2 Selain itu,gunakan juga makmal komputer secara berhemah.
12.2.3 Mohon peruntukan untuk membeli wireless dan speaker komputer.

6
12.3 Mohon guru kelas lengkapkan maklumat murid dalam APDM
12.4 Jika ada apa-apa kerosakan di dalam kelas atau bilik khas,boleh maklumkan
pada En Syahir juga.

13. Ucapan Penangguhan

13.1 Guru Besar berharap semua guru dapat menjalankan tanggungjawab yang
telah diamanahkan dengan sebaik mungkin bagi 2018 ini . Mesyuarat diakhiri
dengan surah Al-As.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:30 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

........................................ .....................................
(KALADEVY A/P THANGAVELOO)
Setiausaha Mesyuarat Guru

7
8

You might also like