You are on page 1of 2

1

MINIT MESYUARAT AGONG BOLA BALING 2016

Tarikh : 17 Ogos 2016


Masa : 2.30-4.00 petang
Tempat : Padang

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli dan mengucapkan selamat datang ke
Mesyuarat Agong 2016.

2. Ucapan Guru Penasihat


Guru penasihat, En Hafiz mengucapkan terima kasih kepada AJK yang lama dan
berharap agar AJK baru dapat menjalankan tugas dengan lebih baik serta memberi kata-
kata semangat kepada ahli. Beliau juga berterima kasih kepada semua pelajar yang telah
memberikan semua komitmen mereka terhadap permainan Bola Baling.

3. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan


Setiausaha membentangkan laporan aktiviti tahunan yang dijalankan sepanjang tahun
2016. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti latihan asas Bola
Baling,pertandingan dalam kumpulan dan sebagainya.

4. Pembubaran Jawatankuasa Sesi 2015/2016


Pengerusi mengumumkan pembubaran sesi 2016 secara rasminya.

5. Perlantikan Jawatankuasa Sesi 2017


Pengerusi : Muhammad Afiq Bin Saiful Anuar
Naib Pengerusi : Muhammad Zainul Faiz Bin Jamree
Setiausaha : Daneswaran A/L Muneswaran Thiagu
Bendahari : Kishen Prsanth A/L Kughan
Ahli Jawatankuasa : Muhammad Firdaus Bin Pawanteh

6. Suai Kenal AJK yang baru


AJK baru memperkenalkan diri masing-masing serta berterima kasih kepada guru
penasihat kerana diberi peluang memegang jawatan dalam Permainan Bola Baling.

1
2

Mereka telah berjanji supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan
sempurna pada masa akan datang.

7. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Baru


Pengerusi Permainan Bola Baling yang baru memberi ucapan alu-aluan dengan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru penasihat kerana diberi kepercayaan untuk
memimpin persatuan serta meminta kerjasama daripada AJK baru dan semua ahli dalam
menjayakan segala perancangan Kelab Pengguna 2016/2017
-.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………………….. ………………………….
(Shobanraj A/L Saravanan) (En. Mohd Hafiz Bin Abd Rashid)
Setiausa Kelab Pengguna Guru Penasihat Kelab Pengguna

You might also like