You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Ke - 4 Tahun 2016

Tarikh : 21.11.2016

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

1. Encik Mazli Bin Musa (GPK Pentadbiran)

2. Puan Silawati Binti Mat Yusoff

3. Puan Siti Azar Binti Abu Hasan

4. Puan Norzaliza Binti Aziz

5. Cik Aribah Aida Binti Johari

6. Puan Syafaliza Binti Zolkepli

7. Puan Siti Nur Baizura Binti Mat Ghusup

8. Cik Nurzaitulshima Binti Zainal

9. Encik Mantasan Bin Mat

10. Encik Muhammad Aidill Bin Alias


Agenda 1

1.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis.

1.1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah. Pengerusi


mengucapkan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu atas kehadiran mereka
ke mesyuarat kali ini.

1.1.2 Ucapan terima kasih kepada semua guru atas pelaksanaan aktiviti sepanjang
tahun 2016.

1.1.3 Pengerusi memaklumkan Program Pulih Kasih telah dijalankan secara


sederhana tanpa sebarang perasmian.

1.1.4 Pengerusi menjemput wakil pentadbir Encik Mazli Bin Musa untuk
memberikan ucapan.

1.2 Ucapan Wakil Guru Besar

1.2.1 Encik Mazli mengucapkan syukur dan ribuan terima kasih kepada semua guru
yang hadir ke mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Kali Keempat bagi tahun 2016.

1.2.2 Encik Mazli Bin Musa selaku pentadbir mengucapkan terima kasih kepada
guru Bahasa Melayu yang bertungkus lumus walaupun ada penurunan peratus dalam
markah Bahasa Melayu dalam UPSR. Beliau mengharapkan adanya peningkatan yang
lebih baik pada tahun hadapan.

1.2.3 Laporan PBS guru BM perlu diserahkan kepada penjaga pada 25.11.2016
dan sekiranya tidak dapat diserahkan pada tarikh berkenaan hendaklah diberi pada
awal tahun. Laporan PBS diberi satu salinan kepada penjaga dan satu salinan
disimpan oleh guru. Laporan PBS juga perlu diserahkan kepada Setiausaha PBS iaitu
Puan Norzaliza untuk Tahap 1 dan Ustazah Rozilawati untuk Tahap 2.

Tindakan : Makluman

Agenda 2

Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Dicadangkan oleh : Encik Mantasan Bin Mat

Disokong oleh : Encik Muhammad Aidill Bin Alias.

Tindakan : Semua ahli Panitia


Agenda 3

Perkara Berbangkit

3.1 Cik Nurzaitulshima Bt Zainal menyatakan CD tidak dapat dipamerkan kerana


kekurangan ‘casing’. Pihak sekolah tidak dapat menampung kos untuk pembelian
‘casing’.

3.2 Cik Nurzaitulshima Bt Zainal menyatakan format baru buku Nilam telah
diperkenalkan tetapi pihak sekolah tidak membelinya kerana stok buku lama yang ada
di sekolah masih banyak.

3.3 Murid Tahun 6 dapat menghabiskan Nilam dan memperolehi gangsa kecuali
Johny. Semua murid Tahun 6 Bestari memperolehi gangsa manakala 5 orang murid
memperolehi Jauhari.

3.4 Guru Nilam mengharapkan program bercerita dapat diadakan pada waktu pagi
semasa perhimpunan agar lebih ramai murid terlibat.

3.5 Guru Nilam juga memaklumkan untuk mendaftar murid sebagai rakan
pembaca,murid dikehendaki membaca sebanyak 100 buah buku.

Tindakan : Makluman

Agenda 4

4.1 Laporan Tahunan Program/Aktiviti Panitia

4.1.1 Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Bengkel ini telah diadakan pada 30 Mei 2016 di Dewan Sekolah Kebangsaan
Rompin. Seramai 46 orang murid tahun 6 telah menghadiri bengkel ini.
Fasilitator bengkel ini terdiri daripada guru-guru sekolah ini yang diketuai oleh
GPK Pentadbiran, En.Mazli B Musa dan dibantu oleh guru-guru BM iaitu
En.Mantasan, Pn.Massitah dan Pn.Silawati.

4.1.2 Minggu Bahasa Melayu

Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 14.11.2016. Aktiviti ini telah
diadakan selama seminggu. Pelbagai aktiviti telah diadakan iaitu kuiz Bahasa
Melayu, Ejaan, aktiviti untuk murid PPKI dan penganugerahan A.

4.1.3 Pertandingan Shahiba Daerah Jempol

Pertandingan ini telah diadakan pada 28.4.2016 di Sek.Keb. Palong 3 (F).


Murid yang telah mewakili sekolah ialah Danial Farhan B Othman dan
Muhammad Kamil B A.Halim. Guru Pembimbing ialah Pn.Silawati Binti Mat
Yusoff dan Guru Pengiring ialah En.Mohd Aidill Bin Alias. Murid-murid yang
mewakili sekolah tidak berjaya memperoleh kemenangan.
4.1.4 Karnival BM Daerah Jempol

Karnival ini telah diadakan pada 21.4.2016 di Sekolah Kebangsaan Palong


14(F). Murid-murid yang mewakili sekolah ialah Wani Hazirah Binti Amran
(Bercerita Tahap 2) dan Muhammad Arif Ikhmal Bin Zainal (Pidato). Guru
Pembimbing ialah Pn.Silawati dan Guru Pengiring ialah En.Mohd Aidill Bin
Alias. Murid-murid tersebut hanya berjaya mendapat sijil penyertaan sahaja.

4.2 Analisa dan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 1-5

4.2.1 Pembentangan keputusan peperiksaan akhir tahun 2016 bagi mata


pelajaran Bahasa Malaysia.

4.2.2 Pencapaian Bahasa Melayu (Pemahaman) mengikut tahun :

Tahun A B C ABC %lulus D E DE %gagal


1 20 12 5 37 67.27 6 12 18 32.73
2 17 11 11 39 68.43 3 15 18 31.57
3 25 25 6 56 86.15 2 7 9 13.85
4 8 14 11 33 70.22 8 6 14 29.78
5 3 11 21 35 70.0 13 2 15 30.0
6 18 4 5 27 64.28 10 5 15 35.72

4.2.3 Pencapaian Bahasa Melayu (Penulisan) mengikut tahun :

Tahun A B C ABC %lulus D E DE %gagal


4 1 7 8 16 34.04 10 21 31 65.96
5 11 13 13 37 74.0 8 5 13 26.0
6 16 8 5 29 69.05 6 7 13 30.95

4.2.4 Keputusan Bahasa Melayu kertas pemahaman dan penulisan mengalami


sedikit penurunan semasa UPSR 2016.

4.3 Analisa dan Post Mortem LINUS 2.0 Saringan 2 (BM)

Keputusan LINUS dibentangkan oleh Cik Nursyuhada. (LAMPIRAN)

4.4 Analisa dan Post Mortem PBS Tahun 1-6

Analisa dan Post Mortem PBS telah difailkan (Rujuk fail Panitia)

4.5 Penetapan Pemilihan Buku Tulis/Aktiviti

Guru-guru BM bersepakat tidak membeli Buku Kerja yang berharga RM5. Duit tersebut
akan digunakan untuk membeli buku lain.
4.6 Tenaga Pengajar Sesi 2017

Guru yang akan mengajar BM pada tahun hadapan akan diputuskan pada mesyuarat
pertama akhir tahun 2016.

4.7 Kursus KSSR Semakan telah dihadiri oleh Cikgu Muhammad Aidill.

Tindakan : Guru Bahasa Melayu Tahun 1-6

Agenda 5

Hal-Hal Lain

Tiada

Agenda 6

Penangguhan Mesyuarat

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli. Mesyuarat ini
ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________ _________________________

(Pn. Siti Azar Binti Abu Hasan) (Pn. Silawati Binti Mat Yusof)

Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like