You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AJK PIBG SMKSB

Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2017


Tarikh : 23 Februari 2017 (Kamis)
Masa : 3.30 – 5.10 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMKSB,
SMK Simpang Beluru, Enggor.

Hadir:

1. En. Abdullah Sani bin Majin Penasihat PIBG


2. Tuan Hj. Zainudin bin Kassim Yang Dipertua PIBG
3. En. Bahari bin Mohd Shari Naib YDP
4. Pn. Hjh. Halijah bt. Othman Penolong Kanan
5. En. Abd Razak bin Hj. Zainalabidin Penolong Kanan HEM
6. En. Abdul Kadir bin Mohd Hijazi Penolong Kanan Kokurikulum
7. Pn. Rogayah bt. Jali Bendahari
8. Tn. Hj. Syed Asita bin Syed Osman AJK Ibu Bapa
9. Pn. Noraini bt. Osman AJK Ibu Bapa
10. En. Mohd Kamaruzaman bin Mat AJK Guru
11. En. Halim bin Kamaruddin AJK Guru
12. Pn. Nor Azizah bt. Abdullah AJK Guru
13. Pn. Norain bt. Abu Bakar AJK Guru
14. Cik Norfatin bt. Kama AJK Guru
15. Pn. Hjh. Wan Ruhaniah bt. Meor Zakaria Setiausaha

Turut Hadir:
1. En. Mohd Rosdi bin Adnan GK Vokasional & Teknik

Tidak Hadir:
1. En. Abdullah bin Hasibun AJK Ibu Bapa
2. En. Hairol Azwan bin Yaakop AJK Ibu Bapa
3. Pn. Hasneywati bt. Yusuf AJK Ibu Bapa

AGENDA 1: PERUTUSAN YANG DIPERTUA PIBG

1.1 Mengalu-alukan kehadiran AJK dan mengucapkan terima kasih.


Makluman

1.2 Memberitahu ahli mesyuarat banyak aktiviti telah dijalankan dan


berjalan lancar walaupun tidak ada mesyuarat diadakan. Pengetua
sentiasa menghantar laporan tentang setiap aktiviti.
Makluman

1.3 Berpesan kepada AJK untuk mengingat ibu bapa dan penjaga selalu
memantau anak-anak.
Makluman

1
AGENDA 2: PERUTUSAN PENASIHAT PIBG

2.1 Mengucapkan kesyukuran dan terima kasih di atas kehadiran AJK.


Makluman

2.2 Memberitahu pihak sekolah sentiasa menghubungi YDP walaupun tiada


mesyuarat secara rasmi.
Makluman

2.3 Pengetua membentangkan laporan aktiviti:


2.3.1 YB Dato’ Hj. Zainun bin Mat Noor akan memberi sumbangan
sebanyak RM5000.00 pada hari Isnin 27 Februari 2017.
Makluman

2.3.2 Maklumat tentang sekolah:


2.3.2.1 Iklim persekolahan sepanjang hampir dua bulan
berjalan lancar.
2.3.2.2 Jumlah pelajar ramai. Sehingga kini sentiasa ada
pelajar masuk.
2.3.2.3 Bilangan pelajar asrama mencapai kuantiti
maksimum.
2.3.2.4 Seorang pelajar patah jari. Tindakan telah diambil.
Makluman

2.3.3 Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan:


2.3.3.1 Program orientasi untuk pelajar tingkatan 1 dan 4.
2.3.3.2 Bengkel kemahiran belajar
2.3.3.3 Majlis Pelancaran Program ‘Jom ke Sekolah’
2.3.3.4 Sambutan Maulidur Rasul
2.3.3.5 Majlis Pelancaran Program Amalan Guru
Penyanyang dan Mentor Mentee.
2.3.3.6 Program Dakwah Panitia Pendidikan Islam dan
Unit Penghayatan Islam (HEM)
2.3.3.7 Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan
Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya,
Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Tingkatan.
2.3.3.8 Teknik Menjawab Sejarah
2.3.3.9 Aktiviti kokurikulum iaitu pertandingan Badminton
MSSPK sebagai tuan rumah, Pertandingan
Takraw (Naib Johan) dan merentas desa peringkat
daerah.
2.3.3.10 Aktiviti yang akan dijalankan ialah Olahraga
MSSD, Majlis Tilawah Quran, Kem Kepimpinan,
Mesyuarat Agung PIBG, Hari Olahraga dan
Balapan Sekolah, Teknik Menjawab Sejarah dan
Bahasa Melayu SPM dan Peperiksaan Selaras
Satu.

Makluman

2
AGENDA 3: MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT
MESYUARAT

3.1 Tn. Hj. Syed Asita bin Syed Osman mencadangkan agar minit
mesyuarat ini diterima dan disahkan.

3.2 Disokong oleh Pn. Noraini bt. Osman.


Makluman

AGENDA 4: PERKARA BERBANGKIT

4.1 Perkara 4.2 Pembelian ‘Air Cooler’ telah dibeli menggunakan duit
lebihan pemasangan kipas di Dewan Seminar yang diberi oleh YB Hj.
Dato’ Zainun bin Mat Noor.
Makluman

4.2 Perkara 7.6.3.4 Alternatif membina bonggol, pihak sekolah meletakkan


kon di hadapan pintu pagar sekolah untuk mengelakkan ibu bapa
membuat pusingan ‘U’. Tuan Syed Asita meminta pihak sekolah
memohon lagi melalui YB Dato’ Mohamed Nazri bin Abdul Aziz.
Tindakan: Setiausaha

4.3 Perkara 7.7 Penolong Kanan HEM memberitahu nilai permaidani surau
asrama ialah RM9000.00 dan telah dipasang.
Makluman

AGENDA 5: LAPORAN KEWANGAN

5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan mulai 1 Januari 2016


hingga 13 Februari 2017.

5.2 Tn. Hj. Syed Asita mencadangkan laporan kewangan diterima dan
disahkan.

5.3 Disokong oleh En. Bahari bin Mohd Shari.


Makluman

AGENDA 6: PERBINCANGAN MESYUARAT AGUNG PIBG

6.1 Ahli mesyuarat bersetuju ketetapan mesyuarat agung seperti berikut:


Tarikh : 9 Mac 2017
Masa : 2.00 petang
Perasmi : YB Dato’ Hj. Zainun bin Mat Noor
Perbelanjaan : RM1800.00
Makluman

3
AGENDA 7: PERBINCANGAN KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN

7.1 Kejohanan Olahraga dan Balapan Sekolah akan diadakan pada hari
Khamis pukul 9.00 pagi. Tarikh akan ditetapkan.
Makluman

7.2 Penolong Kanan Kokurikulum, En. Abdul Kadir bin Mohd Hijazi
memohon perkara berikut dan telah diluluskan:
7.2.1 Pinjaman wang PIBG sebanyak RM 3000.00 untuk menampung
kegiatan kokurikulum.

7.2.2 Sumbangan sebanyak RM3500.00 bagi menjayakan Hari


Olahraga dan Balapan termasuk sewa khemah dan jamuan.

7.2.3 Sumbangan sebanyak RM3000.00 untuk diberi kepada 110


orang pelajar yang layak menerima anugerah anugerah
kokurilum kerana telah mewakili negeri (RM50.00), daerah
(RM30.00) dan sekolah (RM20.00).
Tindakan: Bendahari

AGENDA 8: BAYARAN TAMBAHAN 2017

8.1 Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan Pn. Hjh. Halijah bt. Othman
untuk membuat usul mengutip bayaran tambahan bagi derma PIBG
RM40.00 sekeluarga, Tabung Kecemerlangan PT3 RM50.00, Tabung
Kecemerlangan SPM RM100.00 serta bayaran Fardhu Ain asrama
sebanyak RM30.00 kepada pelajar yang tinggal di asrama semasa
Mesyuarat Agung PIBG.
Tindakan: Pn. Hjh. Halijah bt. Othman

AGENDA 9: HAL-HAL LAIN


9.1 Ahli mesyuarat meluluskan permohonan Pn. Hjh. Halijah bt. Othman
untuk sumbangan Hari Anugerah Kecemerlangan sebanyak RM3500.00
dan wang keceriaan sebanyak RM3000.00.
Tindakan: Bendahari
9.2 Tn. Hj. Syed Asita bin Syed Osman menyerahkan 30 naskah Al-Quran
yang merupakan sumbangan daripada anak beliau untuk surau.
Makluman
9.3 Ahli Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Tn. Hj. Syed Asita bin Syed
Osman untuk menebang 2 pokok besar yang menghalang laluan ke
asrama serta menggantikan pokok Payung Indonesia di sekitar laluan
dengan pokok lain.
Tindakan: Setiausaha

4
9.4. Meminta guru bertugas selalu mengingatkan pelajar tentang
keselamatan pelajar semasa perhimpunan pagi.
Tindakan: Setiausaha
9.5. Tn. Hj. Syed Asita bin Syed Osman akan memberi sumbangan
berbentuk hamper sebanyak 10 unit pada Hari Olahraga dan Balapan
kepada ibu bapa (mengikut kriteria tertentu) untuk menggalakan
kehadiran mereka dan memenuhi KPI Sarana.
Tindakan: Setiausaha
9.6 En. Abdul Halim bin Kamarudin mencadangkan PIBG menubuhkan
tabung kebajikan untuk membantu pelajar yang susah dan PIBG
menyumbang sebanyak RM100.00 setiap bulan. Ahli mesyuarat
meminta membawa usul ini semasa mesyuarat agung.
Tindakan: En. Abdul Halim bin Kamarudin
9.7 Pn. Noraini bt. Osman memohon semula PIBG menyediakan ‘water
cooler’ di sekolah. Ahli mesyuarat tidak bersetuju kerana kos yang
mahal.
Makluman
9.8 Penolong Kanan HEM, En. Abd Razak bin Hj. Zainalabidin
memaklumkan perkara berikut:
9.8.1 Jumlah pelajar sehingga kini ialah 745 orang.
9.8.2 Jumlah pelajar yang tinggal di asrama seramai 208 orang.
9.8.3 Kehadiran pelajar ke sekolah pada bulan Januari ialah 91.8%.
9.8.4 Seramai 320 orang pelajar yang pendapatan ibu bapa kurang
RM3000 layak menerima Bantuan Awal Persekolahan. Bantuan
akan diberi mengikut Fasa.
9.8.5 Bantuan KWAM sedang dalam proses.
9.8.6 Setiap pelajar yang telah menerima biasiswa pada tahun
sebelumnya perlu memohon semula untuk mendapatkan
biasiswa.
9.8.7 Bantuan Baitulmal sedang diproses.
Makluman
9.9 Penolong Kanan HEM, En. Abd Razak bin Hj. Zainalabidin
mengucapkan terima kasih kerana telah meluluskan peruntukkan
sebanyak RM2800.00 untuk membaiki bumbung dan sukan asrama
sebanyak Rm500.00.
Makluman

5
9.10 Penolong Kanan HEM, En. Abd Razak bin Hj. Zainalabidin memohon
peruntukan sebanyak RM3000.00 untuk membiayai Kursus Kepimpinan
Pengawas dan diluluskan. Perincian seperti berikut:
Tarikh : 3 – 5 Mac 2017.
Peserta : 100 orang (Pengawas dan PRS)
Kos : RM60.00 seorang
Sumbangan lain :RM3000 daripada ADUN (diambil daripada
sumbangan sebanyak RM10 000.00)
Tindakan: Bendahari
9.11 Penolong Kanan, Pn. Hjh. Halijah bt. Othman memberitahu
9.11.1 Hari Penetapan Target yang diadakan pada 20 Februari 2017
seramai 104 daripada 149 orang waris telah hadir iaitu
sebanyak 69.79%.
9.11.2 Peperiksaan Awal Tingkatan 5 akan diadakan mulai 16 Mac
2017.
9.11.3 Hari Anugerah Kecemerlangan akan diadakan pada 28 April
2017.
9.11.4 Program Peningkatan SPM iaitu Teknik Menjawab akan
dijalankan dalam masa terdekat.
Makluman.
AGENDA 10: UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.10 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………… ……………………
Hjh. Wan Ruhaniah bt. Meor Zakaria Hj. Zainudin bin Kassim
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG

You might also like