You are on page 1of 2

Antara pengajaran yang disampaikan melalui film ‘The Miracle Worker’ adalah;

Berdasarkan watak Hellen yang degil, pemarah dan seringkali menimbulkan situasi yang
kurang selesa mennyebabkan ibu bapanya cuba mendapatkan bantuan dari pihak pakar. Bagi
mengawal tingkah laku negatif Hellen tersebut, seorang pengasuh/guru telah dilantik untuk
memperbaiki masalah yang dihadapi oleh Hellen. Anne telah dilantik sebagai pengasuh/guru kepada
Hellen tanpa mengetahui keadaan sebenar masalah yang dihadapi oleh Hellen. Disini dapat dilihat
bahawa guru/pengasuh tersebut sangat sabar dan bersungguh dalam mengubahsuai tingkah laku
Hellen. Anne bersungguh dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan melaksanakan
intervensi yang dirasakan bersesuaian dengan watak dan tingkah laku Hellen tersebut. Walaupun
tindakan yang dilakukan oleh Anne agar keras namun, Anne tetap meneruskan cara yang digunakan
kerana dia percaya bahawa dengan intervensi begitu dapat mengubah dan mengawal Hellen dengan
baik serta dapat memberikefahaman kepadanya tentang perkara yang sedang dipelajari. Hasil
daripada kesungguhan seorang pengasuh/guru bermakna apabila sikap Helen dapat diubah kepada
yang lebih baik serta dapat berkomunikasi dengan orang lain menggunakan bahasa isyarat tangan
sahaja. Ini menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak yang bermasalah berhak mendapat peluang
pendidikan atau hak-hak yang lain sama seperti manusia yang normal.

Aspek kepercayaan amat penting dalam diri setiap individu dalam sesuatu perhubungan.
Dalam film ini kepercayaan individu disekeliling Hellen adalah penting dalam membantu
melaksanakan intervensi keatas tingkah lakunya. Hal ini demikian kerana pada awalnya masih terdapa
keraguan dari ibu bapa Hellen terhadap kebolehan Anne dalam mengubahsuai tingkah laku anak
mereka. Namun, setelah berbincang dan melihat kesungguhan Anne dalam melaksanakan intervensi
keatas Hellen maka secara tidak langsung pemikiran dan tanggapan ibu bapanya dapat dirasionalkan
dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Anne selama 2 minggu bersama Hellen untuk
mengubah tingkah lakunya. Selain itu, kepercayaan Anne yang tinggi terhadap kebolehan Hellen untuk
berinteraksi dengan masyarakat memainkan peranan penting dalam melaksanakan intervensi dan
kepercayaan ini juga secara tidak langsung dapat dirasai oleh Hellen walaupun dia mengalami masalah
pelbagai kecacatan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa mempercayai dan memberi percayaan terhadap
individu bermasalah adalah penting dalam memastikan mereka ini dapat merasai dimiliki dan dihargai.

Kesimpulannya, setiap manusia perlu diberi peluang yang sama rata dalam menikmati
pelbagai kemudahan dan hak asasi yang sedia ada tanpa mengira latar belakang mahupun
ketidakupayaan yang dihadapi olehnya. Peluang dan ruang yang diberikan mampu membantu
golongan yang kurang berupaya ini untuk meneruskan hidup seperti individu normal yang lain.
Walaupun mereka berbeza dari pelbagai aspek namun tiada yang kurang pada diri mereka kerana
perbezaan itu yang akan melengkapkan individu dengan individu yang lain.

You might also like