You are on page 1of 2

PENGENALAN

Perkataan Guru berasal dari bahasa Sanskrit, hasil cantuman dua buah
perkataan ia itu “Gu” dan “RU”. “Gu” dalam Sanskrit bermaksud gelap, kegelapan,
kesesatan dan sebagainya. “Ru” dalam Sanskrit bermaksud cahaya, keterangan,
kebenaran, lurus dan sebagainya. Oleh itu, Guru ialah seorang yang membawa
pengikutnya daripada kegelapan ke keterangan, dari gelap ke cahaya . Guru ialah
seorang yang membawa seseorang yang berada dalam kesesatan ke jalan yang benar,
lurus dan ke jalan yang penuh dengan cahaya Ilahi.

Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.


Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok
Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk
mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai
bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru
mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai
pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai
pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk
kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut termasuklah al-
Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al-Mursyid. Kesemua panggilan tersebut merujuk
kepada guru. Namun, ia berbeza dari sudut maksud dimana semua panggilan tersebut
diletakkan berdasarkan peranan guru tersebut.

Oleh itu, untuk menjadi seorang guru yang baik yang benar-benar memikul
tanggungjawab dan amanah, seorang guru perlu memahami terlebih dahulu peranan
dirinya sebagai seorang mudarris, Mu’allim, Murabbi, Mu’addib, Mursyid serta dai’e.
Penutup

Secara rumusnya, seorang pendidik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu
murabbi, mudarris, mualim, muaddib dan mursyid. Kesemua peranan ini hendaklah
dimainkan oleh guru kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam
menyampaikan ilmu dunia sahaja, malah guru juga perlu menyapaiakn lmu aakhirat
serta mendidik dan membentuk seorang insan yang mengenali dan menghayati konsep
ketuhanan serta mengamalkan akhlak yang dianjurkan oleh agama.. Terdapat
beberapa ciri utama seorang pendidik yang membolehkan mereka dapat membimbing
pelajar dengan baik dan berkesan. Ini termasuk mendidik kerana Allah, berperibadi
mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran
dan bersifat kasih sayang.

Peranan pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu


pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar
yang seimbang. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini pendidik yang baik mestilah
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
Sallallahualaihiwasallam. Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan
meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Ini telah
dirakamkan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang
bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan
orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”. Ayat ini
menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi di kaca
mata Islam lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan seperti pendidik
sama ada di peringkat rendah mahu pun di institusi pengajian tinggi. Pendek kata, guru
hendaklah mempersiapakan dirinya dengan pelbagai kemahiran agar dapat
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang dai’e dengan sempurna.

You might also like