You are on page 1of 17

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

SULTAN AZLAN SHAH , 31250 TANJUNG RAMBUTAN

PERAK DARUL RIDZUAN.

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN II SEMESTER II

CASE STUDY
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS
(GDM)

NAMA : ARMAN IZZUDDIN BIN YAHAYA


NO I/C : 920722-11-5187
NO. MATRIK : BPP 2016-1431
KUMPULAN : 38
PENEMPATAN : KLINIK KESIHATAN IBU & ANAK
KLINIKAL LENGGONG (KKIA)
TEMPOH KLINIKAL : 10 JULAI 2017 – 21 JULAI 2017
BIODATA PESAKIT

NAMA PESAKIT : NURUL AZIDAH BINTI MAT DIN


NO PENDAFTARAN : 10/2017
UMUR PESAKIT : 31 TAHUN
KUMPULAN ETNIK : MELAYU (BUMIPUTERA)
WARGANEGARA : MALAYSIA
JANTINA : PEREMPUAN
AGAMA : ISLAM
TAHAP PENDIDIKAN : SPM
PEKERJAAN : SURIRUMAH
ALAMAT : KG TELUK BATU HILIR, 33400 LENGGONG PERAK.
ADUAN UTAMA : Selera makan kurang,edema pada kedua-dua belah
kaki, dan pedih ulu hati x 2/7
DIAGNOSIS : Gestational Diabetes mellitus (GDM)
THA (LNMP) : 19.05.2017
TAL (EDD) : 26.02.2018

*GR 03 P 02
PENGENALAN

Diabetes mellitus merupakan satu gangguan pada sistem endokrina yang bercirikan
peningkatan kadar glukosa dalam darah dan juga glikosuria. Keadaan ini berlaku disebabkan
oleh kekurangan rembesan insulin oleh sel islet of langerhan dan kurangnya kefungsian
insulin dalam badan atau dalam erti kata lain insulin tidak dapat menjalankan fungsinya
dengan baik untuk mengawal paras glukosa dalam darah. Diabetes mellitus merupakan salah
satu penyakit kronik yang mana jika tidak dikawal ianya boleh mengganggu metabolism
karbohidrat, protein, lemak, dan elektrolit badan. Bagi keadaan yang normal, peranan insulin
dapat membantu glukosa darah memasuki badan untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Gestational Diabetes Mellitus (GDM) adalah suatu keadaan di mana seseorang ibu
yang hamil mengalami paras glukosa yang tinggi dalam darah semasa fasa gestasi
kehamilan. Ia juga dikenali sebagai hiperglisemia (paras glukos yang tinggi dalam darah)
sama ada terdapat atau tidak simptom-simptom penyakit tersebut. Kebanyakkan kes
gestational diabetes mellitus yang dikesan dialami oleh ibu yang hamil kebiasaannya selepas
gestasi 20 minggu. Walaubagaimanapun, paras glukosa dalam darah ibu yang mengandung
akan kembali normal selepas fasa puerperium (tempoh berpantang) iaitu selepas bersalin.

Pada kebiasaannya, gestational diabetes mellitus berlaku adalah disebabkan oleh


ketidakseimbangan penghasilan hormon wanita iaitu hormon estrogen dan progestron.
Kedua-dua hormon ini kebiasaannya akan meningkat dengan sendiri semasa proses
kehamilan berlaku dan ia didorong oleh faktor hormon Human Plasenta Lactogen (HPL) yang
dihasilkan oleh plasenta yang bersifat antagonis kepada insulin yang menyebabkan
kandungan dalam darah kekal tinggi. Selain itu, keadaan gestational diabetes mellitus ini
mempunyai beberapa faktor risiko seperti faktor genetik iaitu sejarah keluarga yang pernah
menghidap diabetes mellitus, umur ibu lebih dari 35 tahun, keguguran berulang (recurrent
abortion) dan ibu mengandung yang obesiti. Penyiasatan yang akan dijalankan untuk
mengenalpasti keeadaan gestational diabetis mellitus ini ialah Modified Oral Glucose
Tolerence Test (MOGTT) bertujuan untuk menilai kandungan paras glukos dalam darah
wanita hamil sebelum dan selepas pengambilan air glukos yang diambil secara oral (minum).

Perkara ini menjadi amat penting untuk mengesan awal masalah gestational diabetes
mellitus kerana ianya boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu hamil dan juga
kandungannya. Antara komplikasi yang mungkin dialami oleh ibu hamil ialah peningkatan
tekanan darah, pre-eklampsia dan eklampsia.Selain itu juga, ibu hamil tersebut berpotensi
untuk mendapat masalah diabetes pada masa akan datang. Selain dari komplikasi yang
mungkin dialami oleh ibu hamil, anak dalam kandungan juga berpotensi untuk mendapat
komplikasi tertentu antaranya ialah berlebihan berat badan ketika lahir dan saiz bayi besar
(makrosomia baby) di mana keadaan bayi makrosomia akan menyukarkan proses kelahiran.
Tambahan pula, keadaan gestational diabetes mellitus akan menyebabkan kelahiran bayi pra-
matang (preterm), sindrom masalah pernafasan, kekurangan paras glukosa dalam darah
pada bayi (hipoglisemia) dan juga mengalami masalah jaundis di mana lebihan bilirubin
dihasilkan. Jaundis merupakan satu keadaan di mana bayi mengalami masalah kekuningan
yang kebiasaannya akan kelihatan pada kulit dan juga mata putih bayi. Ini kerana, keadaan
hati bayi pada ketika ini tidak cukup matang untuk menguraikan komponen bilirubin yang
dihasilkan. Tambahan lagi, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami masalah gestational
diabetis mellitus berpotensi untuk mendapat diabetis jenis II dalam kehidupannya pada masa
akan datang.

PENYATAAN MASALAH DAN HURAIAN


Seorang wanita hamil bernama Nurul Azidah Binti Mat Din, berusia 31 tahun dan
berbangsa Melayu yang hamil anak ketiga pada gestasi 6 minggu telah datang ke unit Klinik
Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA), Klinik Kesihatan Lenggong dan telah disahkan mengalami
masalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) . Ibu hamil tersebut telah datang ke Klinik
Kesihatan Ibu Dan Anak Lenggong untuk melakukan ujian Modified Oral Glucose Tolerance
Test (MOGTT) di mana sebelum melakukan ujian MOGTT, dia dikehendaki berpuasa
sekurang-kurangnya 6 jam iaitu bermula pukul 10 malam sebelum datang ke klinik pada
keesokan harinya. Sebelum melakukan ujian MOGTT, ujian Fasting Blood Sugar (FBS)
dilakukan terlebih dahulu dan bacaannya diambil dan direkodkan. Hasil ujian menunjukkan
bacaan yang diperolehi untuk ujian FBS ialah sebanyak 6.1 mmol/L di mana telah melebihi
paras paras normal iaitu sebanyak 5.6 mmol/L. Selepas itu, dia diberi minum air glukos dan 2
jam kemudian spesimen darah diambil untuk melihat bacaan paras glukos dalam darah. Hasil
ujian menunjukkan bacaan paras glukos dalam darah ibu hamil tersebut ialah 8.0 mmol/L
diambil dan direkodkan. Berdasarkan hasil kedua-dua ujian ini menunjukkan paras glukosa
dalam darah yang abnormal bagi wanita hamil tersebut. Kemudian, wanita hamil tersebut
dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang berkenaan untuk tindakan yang selanjutnya. Berat
badan dan tekanan darah diambil terlebih dahulu dan direkodkan. Bacaan menunjukkan berat
wanita hamil tersebut ialah 80.6 kg dan tekanan darah 110/60 mmHg.

Berdasarkan kepada pengambilan sejarah pesakit, didapati ibu wanita hamil tersebut
mempunyai sejarah penyakit diabetes dan hipertensi dan wanita hamil tersebut pernah
mengalami sejarah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) semasa melahirkan anak ketiga
beliau. Selain itu, pemeriksaan dari “head to toe” telah dilakukan oleh Pegawai Perubatan ke
atas wanita hamil tersebut untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang keabnormalan pada
wanita hamil tersebut. Namun begitu, tiada sebarang keabnormalan ditemui pada wanita
hamil tersebut. Dalam pada itu, Pegawai Perubatan telah meminta wanita hamil tersebut untuk
datang pada keesokan harinya untuk melakukan ujian Blood Sugar Profile (BSP) untuk
memastikan wanita hamil tersebut mengalami masalah GDM on diet control ataupun GDM on
insulin. Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan bacaan pada waktu tengahari dan malam
melebihi paras normal iaitu bacaan yang dicatatkan pada waktu tengahari ialah 5.5 mmol/L
dan pada waktu malam pula 6.5 mmol/L. Pegawai Perubatan telah mengesahkan wanita hamil
tersebut mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus On Diet Control.

Selain itu,wanita hamil tersebut juga telah dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan
(PZM) bagi meninjau dan mengawal pemakanan bagi mengelakkan sebarang komplikasi
yang lebih teruk daripada berlaku.Dengan langkah itu,wanita tersebut seharusnya telah diberi
pendidikan kesihatan dalam pengambilan makanan ketika hamil. Pada buku rekod kesihatan
kehamilan ibu tersebut, kod hijau telah diberikan sebagai tanda. Selain itu, wanita hamil
tersebut diminta untuk datang ke klinik setiap 2 minggu sekali bagi membolehkan ujian
BSP(Blood Serum Profile) dilakukan dan diminta untuk berjumpa dengan Pegawai
Perubatan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ibu serta bayi dalam kandungan bagi
mengesan dan mengelakkan sebarang keabnormalan daripada berlaku.

PERBINCANGAN DAN PENCARIAN LITERATUR

Semua wanita yang hamil mestilah melakukan pemeriksaan pada minggu ke 28-34
untuk mengenalpasti sama ada berisiko atau tidak mengalami masalah GDM. Wanita dengan
GDM tanpa faktor risiko kelihatan tidak berbeza daripada wanita dengan GDM dan faktor-
faktor risiko yang memerlukan pemeriksaan awal di buat pada ibu hamil menurut sumber
International Diabetes Federation (2009) Global Guideline on Pregnancy and Diabetes.
Contohnya bagi kes ini wanita yang hamil pada minggu ke 28 telah melakukan pemeriksaan
di Kliniik Kesihatan Beruas untuk mengenalpasti pasti sama ada dia mempunyai risiko GDM
ataupun tidak. Antara ujian yang di lakukan untuk mengenalpasti GDM ke atas wanita hamil
ini ialah Modified Oral Glucose Tolerance Test (MOGTT). Mengikut kajian yang di buat oleh
Metzger BE, Coustan DR (Eds.): Conference on Gestational Diabetes Mellitus., 1999 GDM
hanya dapat di kesan melalui pemeriksaan spesimen darah dan pemeriksaan ini di namakan
MOGTT yang di lakukan selepas berpuasa semalamam bagi wanita yang hamil untuk menilai
tahap glukosa dalam darah sama ada normal ataupun tidak. Menurut kajian mereka juga,
ujian glukosa dalam darah lebih tepat berbanding ujian air kencing yang perlu di lakukan
untuk mengesan GDM semasa ibu hamil.

Diabetes mellitus semasa kehamilan (GDM) ialah sejenis penyakit kencing manis
(DM) yang bercirikan peningkatan paras glukosa yang tinggi dalam darah yang di hadapi oleh
wanita semasa kehamilan. Menurut kajian yang telah di buat oleh Professor Dr. Hanifullah
Khan, 2001(7) lebih kurang 4% wanita yang hamil dikesan menghidapi GDM. Menurut kajian
beliau juga, GDM dapat dikesan semasa bulan ke-6 atau ke-7 Kehamilan( diantara minggu
ke- 28 dan minggu ke- 34) dan penyakit ini selalunya akan hilang selepas bayi di lahirkan.

Hasil daripada pemeriksaan MOGTT yang telah di buat menunjukkan keabnormalan


pada paras glukosa dalam darah wanita hamil tersebut iaitu ketika berpuasa bacaan
menunjukkan 6.4 mmol/L dan selepas diberi minum air glukos sebanyak 75 gram bacaan
menunjukkan 8.7 mmol/L. Menurut sumber maklumat World Health Organization-1999 paras
glukos normal semasa berpuasa mestilah kurang daripada 5.6 mmol/L dan 2 jam selepas
glukos diambil mestilah kurang daripada 7.8 mmol/L. Wanita hamil tersebut segera di rujuk
kepada Pegawai Perubatan untuk tindakan selanjutnya. Pegawai Perubatan telah meminta
wanita hamil tersebut datang ke klinik pada keesokan hari untuk melakukan ujian Blood Sugar
Pregnancy (BSP) untuk memastikan sama ada wanita hamil ini mengalami GDM on diet
ataupun GDM on insulin. Ujian ini memerlukan pesakit datang ke klinik pada waktu pagi (pre
breakfast), tengahari (pre lunch), petang (pre dinner) dan malam (pre bed) pada hari yang
sama untuk melakukan BSP. Hasil daripada ujian tersebut bacaan pada waktu tengahari dan
malam menunjukan bacaan melebihi paras normal iaitu 6.4 mmol/L dan 6.2 mmol/L di ambil
dan di rekodkan dalam GDM Chart. Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia-2010 paras glukosa yang normal semasa melakukan BSP ialah 4-6 mmol/L. Dokor
telah mendiagnoskan wanita hamil ini mengalami Gestational Diabetes Mellitus On Insulin.
Menurut teori Evan, A.T 1995, diagnosis GDM adalah peluang untuk mengkaji semula gaya
hidup sendiri, tabiat dan mengurangkan risiko diabetes masa depan keluarga anda.

Rawatan untuk Diabetes Mellitus yang disarankan adalah lebih tertumpu kepada
bagaimana untuk mengurangkan kandungan glukosa dalam darah agar sentiasa berada
ditahap normal. Rawatan yang disarankan dalam kebanyakkan kes GDM adalah dengan
mengamalkan pengambilan diet yang seimbang dan senaman yang bersesuaian dan penyakit
ini akan hilang setelah bayi dilahirkan. Amat sedikit wanita yang memerlukan insulin untuk
menangani dan mengawal masalah diabetes seperti ini. Jika anda tetap mengambil suntikan
insulin, ia akan memastikan glukosa dalam darah berada dalam keadaan stabil di mana akan
mengurangkan kadar risiko terhadap anda dan anak dalam kandungan mengikut kajian yang
di buat oleh Hoffman, L., Nolan, C., Wilson, J.D., Oats, J.N.,

Antara faktor risiko yang di nyatakan dalam kajian yang di buat oleh Kjos et al, 1999
(6). seseorang berisiko tinggi mendapat GDM mestilah mempunyai satu atau lebih ciri-ciri
yang dinyatakan seperti obesiti iaitu berat melebihi 80kg, umur ibu melebihi 35, mempunyai
keluarga yang ada diabetes (first degree), pernah bersalin bayi yang melebihi berat 4kg dan
keguguran 2 kali berturut-turut. Beliau juga menyatakan faktor risiko di atas haruslah
mendapat pemeriksaan secepat mungkin selepas lawatan awal dan jika negatif, ulang pada
minggu ke 24-28. Selain itu, Carr DB and Gabbe, S. Gestational Diabetes: Clinical Diabetes.
1998; menyatakan antara faktor yang rendah untuk mendapatkan GDM ialah berumur kurang
daripada 25 tahun, mempunyai berat badan yang normal, tidak mempunyai sejarah keluarga
GDM dan tidak pernah melahirkan bayi makrosomia.

GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

1.PATOFISIOLOGI

Patofisiologi bagi Gestational Diabetes Mellitus (GDM) iaitu bermula daripada peningkatan
hormon estrogen dan progestron yang merangsang glukoneogenesis iaitu metabolism protein
dan lemak menghasilkan glukos. Plasenta menghasilkan “Human Palsenta Lactogen”
bertindak antagonis dengan insulin iaitu menghalang penyerapan glukosa untuk kegunaan
sel tubuh badan ibu dan fetus.Peningkatan glukosa dalam darah selepas makan dan kekal
lama. Permintaan tinggi insulin menyebabkan sel-sel beta pankreas lemah. Seterusnya fetus
akan mendapat bekalan glukos dari ibu menerusi plasenta dan keadaan ini akan
menyebabkan keadaan makrosomia ke atas fetus yang akan lahir.

2.FAKTOR RISIKO

Sesiapa sahaja boleh mengalami GDM semasa kehamilan. Pesakit yang sememangnya
menghidapi diabetes berisiko tinggi menghidap GDM. Namun, wanita boleh menghidap GDM
tanpa sebarang penyakit diabetes sebelumnya. Faktor-faktor yang berkaitan dengan
kemungkinan berlakunya GDM termasuklah:

 Sejarah keluarga menghidapi diabetes


 Wanita berumur (> 35 tahun)
 Berat badan yang berlebihan (> 80 kg)
 Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu
 Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti Hipertensi, penghasilan
cecair amnion yang berlebihan (polihidramnios) dan keguguran.
 Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu,lahir
mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
 Sejarah keguguran yang lalu.

3.MANIFESTASI KLINIKAL

 Peringkat awal

 Mual dan muntah.

 Pertambahan berat badan.

 Peringkat lewat

 Bergantung kepada pemberian insulin.


 Ketosis berlaku kerana permintaan karbohidrat tinggi dan lipid ambil
alih korbohidrat .

 Nefropati, retinopati – jika berlaku pada peringkat muda.

 Kesan diabetes terhadap kehamilan

 Kesan minima jika dikawal & Hemoglobin glikosulated.

 Meningkat risiko keguguran, kelahiran tersekat dan keabnormalan


fetus.

 Infeksi saluran genito urinari- akibat candida albicans.

 Meningkat risiko polihidramnios dan pre-eklamsia.

 Kesan terhadap fetus

 Keabnormalan congenital.

 Kematian dalam uterus.

 Kecacatan neurologikal, ginjal dan jangtung.

 Kerencatan pembesaran dalam uterus – akibat hemoglobin


glikosulated.

 Jaundis neonatal akibat polisitemia fetus- terlalu banyak sel darah


merah dimusnahkan.

 Bayi besar ( makrosomik).

4.PENYIASATAN

• Ujian Toleransi Glukosa (GTT)

• Dilakukan jika ibu mengalami glikosuria berulangan:-

 Kena berpuasa malam pukul 10 malam

 Sampel darah diambil dan diuji tahap glukosa


 Kemudian ibu diberi minuman cecair glukosa (75 gram) yang isipadunya
diukur dengan teliti

 Sampel darah diambil selepas 2 jam untuk melihat tahap glukosa dalam
darah.

*Penyiasatan bagi kes GDM ini ialah Modified Oral Glukos Tolerence Test (MOGTT).
Prosedur yang dilakukan dengan menyuruh ibu mengandung berpuasa sebelum melakukan
ujian, sampel darah diambil dan diuji tahap glukosanya. Kemudian ibu diberi minuman
glukos 75 gram. Sampel darah diambil lagi selepas 2 jam pertama untuk melihat
metabolisma glukosa dalam darah.

5.KOMPLIKASI

Komplikasi GDM kepada ibu/maternal adalah mandul, risiko keguguran, kelahiran tersekat,
infeksi trek genitourinary, risiko polihidramnios dan pre-eklamsia. Komplikasi kepada fetus
pula adalah berlaku keabnormalan kongenital, kematian dalam uterus (IUD), neonatal jaundis,
makrosomik dan turut mengalami hipoglisemia.

6.PENGURUSAN KES

• Penjagaan sebelum hamil bagi kes yang sah

 Dapatkan khidmat nasihat pakar mengenai jagaan dan kaedah perancangan


keluarga.
 Pengawalan berat badan.

• Penjagaan antenatal

 Penempatan bersalin di hospital yan mempunyai perkhidmatan jagaan rapi


neonatal.

 Pemeriksaan regular di klinik antenatal dan klinik diabetes.

 Kebersihan diri – elak jangkitan.

 Ultrasound scan – menilai pembesaran dan mengesan abnormaliti fetus.

 Menilai berat badan – mengesan polihidramnios.

 Awasi komplikasi diabetes.

 Kes teruk – kehamilan mungkin ditamatkan.

• Pengawalan

 Pemberian insulin – awasi hipoglisemia.

 Diet diabetik dengan diawasi pakar pemakanan.

 Memeriksa sampel darah dari semasa ke semasa.

• Pengendalian semasa bersalin

 Jika kelahiran bermula lebih awal, beri salbutamol – bagi mengurangkan


kuncupan uterus dan memberi peluang kepada paru-paru fetus menjadi lebih
matang atau boleh bagi Dexamethasone.

 Monitor tahap glokusa dalam darah.

 Pemberian insulin berdasarkan tahap glukosa.

 Awasi komplikasi.

 Semasa bersalin perlu ada pakar bersama.

• Penjagaan postnatal

 Monitor tahap glukosa dalam darah.

 Dos insulin diubah mengikut kesesuian.

 Tingkatkan pengambilan karbohirat.

 Jaga kebersihan diri.


 Kes gestational diabetes, insulin dihentikan.

 Lakukan MGTT selepas 3 bulan.

 Kawal berat badan dan diet.

• Jagaan Bayi

 Pemeriksaan rapi – keabnormalan congenital.

 Memeriksa tahap glukosa darah fetus.

 Beri makanan / minuman sebaik sahaja dilahirkan untuk mengelakkan


komplikasi.

RUMUSAN

Secara amnya, kes Gestational Diabetes Mellitus (GDM) semasa mengandung


adalah satu kes yang perlu diambil perhatian daripada peringkat awal. Kes ini biasanya
berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung khususnya golongan yang terdapat faktor-faktor
risiko, contohnya berat badan yang melebihi 80kg dan umur ibu melebihi 35 tahun. GDM ini
kebiasaannya terjadi disebabkan oleh hormon estrogen dan
progestron.Walaubagaimanapun,bukan semua kes GDM ini terjadi akibat daripada kedua-
dua hormon ini. GDM biasanya ditunjukkan oleh ibu mengandung dengan beberapa tanda
dan gejala seperti rasa mual dan muntah-muntah, pertambahan berat badan yang mendadak,
kegagalan ginjal dan retinopati pada peringkat lewat.

Berikut adalah antara komplikasi GDM ialah kemandulan kepada ibu, keguguran,
kelahiran tersekat, kematian dalam uterus bagi fetus dan neonatal jaundis. Pengurusan yang
dilakukan bagi kes GDM ini ialah penjagaan sebelum hamil bagi kes diabetes, kaedah
perancangan keluarga dan pengawalan berat badan. Ubat-ubatan yang diberikan kepada ibu
mengandung bagi mengatasi masalah ini ialah f/fumarate, Folic Acid, Vitamin B Co dan
Vitamin C.

Kesimpulannya,kes GDM ini dapat diatasi dengan lebih baik dan berkesan jika ia dapat
dikenalpasti dari segi punca dan tanda-tanda awal yang ditunjukkan serta kaedah rawatan
yang sesuai bagi merawat kes ini daripada terus berlarutan. Ia juga penting dalam
mengelakkan timbul kompliksi yang tidak diingini oleh ibu mengandung. Cegah sebelum
terlambat dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur seperti yang dijadualkan.
Pepatah ada mengatakan cegah itu lebih baik daripada mengubati.

LAMPIRAN
Hierarki Piramid Makanan yang Seimbang

SUMBER RUJUKAN

 http://en.wikipedia.org/wiki/Gestational_diabetes.
 Sumber daripada Klinik Kesihatan Lekir (KKIA)
 Thomas R Moore, MD et al. Diabetes Mellitus and
Pregnancy. med/2349 at eMedicine. Version: Jan 27, 2005 update.
 Donovan, PJ (2010). "Drugs for gestational diabetes". Australian Prescriber (33): 141–
4.
 American Diabetes Association. Gestational Diabetes Mellitus. Diabetes
Care 2004; 27: S88-90. PMID 14693936
 http://www.endocrine-witch.info by Professor Dr. Hanifullah Khan 2001(7)

 International Diabetes Federation (2009) Global Guideline on Pregnancy and


Diabetes.

 World Health Organization-1999 dan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)-2010

 AFES Study Group on Diabetes in Pregnancy (ASGODIP), 1996

 Hoffman, L., Nolan, C., Wilson, J.D., Oats, J.N., Simmons, D. 1998. Gestational
Diabetes Mellitus – Management Guidelines. Medical Journal of Australia. 169: 93-
97.
 Beischer, NA., Wein, P., Sheedy, MT., Dargaville, R. 1997. Studies of Postnatal
Diabetes Mellitus in Women Who had Gestational Diabetes. Australian and New
Zealand Obstetrics & Gynaecology. 37:4:412-419.
 De Veciana, M., Major, C.A., Morgan, M.A., Asrat, T., Toohey, J.S., Lien, J.M.,
Evans, A.T. 1995. Postprandial versus preprandial blood glucose monitoring in
women with gestational diabetes mellitus requiring insulin therapy. The New England
Journal of Medicine. 333:19:1237-1241.
 www.mayoclicin.com/health/gestational.../DSECTION=complications
 www.news-medical.net/.../Gestational-Diabetis-pro
 www.pantonanews.com/708-waspada-diabetes-mel..
 www.med.umich.edu/mdrtc/profs/survey.html
 Kakitangan Klinik Kesihatan Ibu & Anak Lekir Perak

ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1 Biodata Pesakit 1
2 Pengenalan 2-3
3 Penyataan Masalah dan Huraian 4-5
4 Perbincangan Dan Pencarian Literature 6-7
5 Patofisiologi 8
6 Faktor Risiko 8
7 Manifestasi Klinikal 9
8 Penyiasatan 10
9 Komplikasi 10
10 Pengurusan Kes 11-12
11 Rumusan 13

12 Lampiran 14-21

13 Sumber Rujukan 22

You might also like