You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR ISMAIL(2)

JALAN ABANG HJ OPENG, 60000 KUALA LUMPUR


No. Tel : 03-77288441, No. Fax: 03-77284659

Ruj. Kami : SKTTDI(2) / 800-2/1/4


Tarikh : 07 Julai 2017

Kepada :
AJK Kecil Persembahan

Ybhg Dato’/Datin/Tuan / Puan,

NOTIS MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA & PERTANDINGAN KALAM
JAMAI’E SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 9
BIL 1/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa program di atas akan diadakan seperti ketentuan yang berikut :

Tarikh : 10 Julai 2017


Masa : 01.05 petang
Tempat : Anjung Bicara SKTTDI 2
Pengerusi : Puan Sri Zaiton Bt. Baharuddin
Agenda : 1. Ucapan pengerusi
2. Perkara berbangkit
3. Hal-hal lain
4. Penutup

3. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................................................
(ENCIK HAZIMAN BIN YAMIN)
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Taman Tun Dr. Ismail (2)
Jalan Abang Haji Openg
60000 Kuala Lumpur

MODAL INSAN CEMERLANG DIGARAP


SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL (2)
JALAN ABANG HAJI OPENG
60000 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL
MAJLIS KHATAM AL-QURAN & KALAM JAMAI’E SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN
BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 10 Julai 2017 (Isnin)


Masa : 1.05 petang
Tempat : Bilik Anjung Bicara
Pengerusi : Puan Sri Zaiton Binti Baharuddin
Agenda :
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Perkara Berbangkit
3. Hal-Hal Lain
4. Bersurai

Kehadiran :

1. Puan Sri Hjh. Zaiton bt. Baharuddin ( Guru Besar )


2. En. Haziman Bin Yamin (GPK Pend. Khas)
3. Cik Jusnita Binti Samsudin
4. Pn Suzuna Binti Baharuldin
5. Pn Siti Aisyah Binti Ibrahim
6. Pn. Siti Nooraida bt. Mohamad Sani

Tidak Hadir :
1. En Azman Bin Abd Wahab (Cuti Sakit)

1. Ucapan Aluan Pengerusi / GPK PPKI

1.1 Puan Sri Zaiton Binti Baharuddin mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua
guru & PPM PPKI ke Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pertangdingan Majlis Tilawah Al-
Quran dan Kalam Jamai’e Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat
Kebangsaan buat kali pertama.
1.2 Ucapan En. Haziman Bin Yamin (GPK PPKI)
1.2.1 En. Haziman mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM yang hadir
pada menyuarat kali pertama jawatankuasa kecil . Beliau mengharapkan pada tahun
2017, pasukan angklung dapat memberikan impak yang lebih baik kepada prestasi SK
Taman Tun Dr. Ismail (2).
1.2.2 En. Haziman memaklumkan bahawa pasukan angklung PPKI SKTTDI (2) telah di
jemput untuk membuat persembahan di peringkat kebangsaan sempena Majlis
Khatam al-Quran dan Kalam Jamai’e Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan
Malaysia Peringkat Kebangsaan yang bertempat di SMK Teknik Vokasional Kuala
Lumpur pada 13 Ogos 2017.

Tindakan : Makluman semua guru

2. Perkara Berbangkit

2.1 Guru pengiring dan pemain angklung


Seramai 4 orang guru pengiring dan seorang PPM telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa
kecil persembahan. 27 orang pemain angklung akan membuat persembahan pada hari
tersebut.

Tindakan : Makluman semua guru

2.2 Lagu
2.2.1 3 buah lagu telah dipilih untuk dipersembahkan iaitu Keroncong untuk Ana, Can’t
Help Falling in Love With You dan Tian Mi Mi.
2.2.2 Cik Jusnita telah dilantik sebagai Jurulatih persembahan dan akan dibantu oleh
En. Azman sebagai pembantu teknikal.

Tindakan : Cik Jusnita Bt. Samsudin

2.3 Sesi Latihan


2.3.1 Sesi latihan angklung akan diadakan pada setiap hari dari pukul 10.05-1.05 untuk
murid PPKI manakala untuk murid Disleksia dan tahun 5 akan diadakan mengikut
jadual waktu sekolah iaitu waktu Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni Kreatif,
Muzik dan Pendidikan Islam sahaja.

Tindakan : Cik Jusnita Bt. Samsudin


2.4 Pakaian
2.4.1 Setelah persetujuan ramai, pemain angklung akan memakai pakaian lengkap yang
terdiri daripada baju sekolah, seluar sekolah dan ‘vest’. Murid perempuan akan
memakai skirt bagi menggantikan seluar sekolah.

Tindakan : Makluman semua guru

2.5 Pengangkutan
2.5.1 En. Haziman mencadangkan bahawa pengangkutan pada hari raptai dan
persembahan adalah dengan menggunakan bas sekolah teknik namun tertakluk
kepada sebarang perubahan. Puan Sri Zaiton akan memanjangkan hal ini pada
mesyuarat jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran dan Pertandingan Kalam
Jamai’e yang akan diadakan pada 18 Julai 2017.

Tindakan : Guru besar

2.6 Makanan
2.6.1 Puan Sri Zaiton memaklumkan bahawa pada hari persembahan makanan untuk
semua murid akan disediakan oleh pihak urusetia pertandingan pada hari tersebut.
Sarapan pagi untuk murid akan disediakan oleh pihak sekolah.

Tindakan : Makluman semua guru

2.7 Peralatan yang diperlukan


2.7.1 Cik Jusnita memaklumkan bahawa beliau memerlukan 10 buah kerusi tiada
pelapik lengan dan 6 buah mikrofon untuk persembahan pada hari tersebut.
Komputer riba akan disediakan oleh Cik Jusnita sendiri dengan bantuan teknikal
dari En. Azman.

Tindakan : Cik Jusnita

3. Hal-Hal Lain

4.1 Pemantauan dari Encik Shabri Bin Ismail akan diadakan pada 17 Julai 2017 iaitu pada hari
Isnin. Pemantauan ini dilaksanakan untuk memastikan kelancaran persiapan pasukan
angklung PPKI SKTTDI 2.
4.2 Puan Sri Zaiton memaklumkan bahawa mesyuarat jawatan kuasa kecil juga akan diadakan
dari semasa ke semasa.
4. Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang

Disediakan oleh,

………………………...
(Pn. Siti Aisyah Binti Ibrahim)
AJK Kecil Majlis Khatam Al-Quran dan Pertandingan Kalam Jamai’e
SKTTDI (2)

Disemak oleh,

………………………….
(En. Haziman Bin Yamin)
GPK Pendidikan Khas
SKTTDI (2)

Disahkan oleh,

……………………………
(Puan Sri Hajah Zaiton Binti Baharuddin)
Guru Besar
SKTTDI (2)
SENARAI GURU PENGIRING

1. En. Haziman Bin Yamin (GPK Pend. Khas)


2. En. Azman Bin Abd. Wahab
3. Cik Jusnita Binti Samsudin
4. Pn Suzuna Binti Baharuldin
5. Pn Siti Aisyah Binti Ibrahim
6. Pn. Siti Nooraida bt. Mohamad Sani

SENARAI NAMA PEMAIN ANGKLUNG

Bil Nama
1 Aleysha Athirah Bt. Roslan
2 Mohamad Aizad B. Mohd. Yazid
3 Syahir Zarif B. Sharidan
4 Muhammad Danial Irfan B. Mazlan
5 Wan Muhd. Adam B. Azuar
6 Izzat Haqimi B. Mohd. Hilalluddin
7 Muhammad Iqmal Naqim B. Mohd. Sofia
8 Sarah Shaheera Bt. Salleh
9 Muhammad Danish B. Mohamad Riduan
10 Muhammad Haikal Harith B. Zulkifli
11 Benyamine B. Romy Fadzley
12 Al – Afif Bin Al- Rashiddin
13 Muhammad Zahid Zidan B. Harissfazillah
14 Ariff Hakimi Zakarian B. Abdul Malik
15 Mohammad Solehin Rayyan B. Abd. Qahar
16 Adam Mikail B. Mazrul Haizad
17 Zariya Aleya Rofithah Haris Abdullah
18 Nur Anis Hazwani Bt. Azman
19 Nur Alisha Bt. Md. Farabi
20 Aliyaa Shafiqah Bt. Shahfuanuar
21 Nurin Irdina Bt. Rosmadi
22 Nur Aisya Bt. Abdul Rashid
23 Nur Mazsyazahanie Balqis Bt. Mazlan
24 Nur Ainaa Batrisyia Bt Irwan Effendy
25 Nur Nabilah Habibah Bt. Anuawar
26 Puteri Iman Amelia Nazrin Bt. Zafrul Nazrin
27 Muhd Seth Abdullah B. Azarudeen

You might also like