You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SUNGAI BESI 2

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL 1/2018

Tarikh : 28 Disember 2018


Hari : Khamis
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : En. Zahari b. Husin
Kehadiran :

1. En. Zahari b. Husin Ketua Panitia


2. En. Muhammad Zakhir b. Ayub Setiausaha
3. Pn. Hajah Hafizah AJK
4. Pn. Nor Farhanis bt. Mohd Turmizi AJK

Setiausaha : Muhammad Zakhir Bin Ayub

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Ketua Panitia selaku pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan bacaan doa
dan mengucapkan selamat datang serta terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia Bil. 1/2018.

Tindakan : Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Bil. 3/2017 disahkan oleh Pn. Nor Farhanis bt. Mohd Turmizi dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT
- Tiada perkara berbangkit

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/LAPORAN


4.1 Jadual Program Semarak Minda
Encik Zahari bin Husin telah menerangkan Program Semarak Minda pagi.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu


1
4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Encik Zahari bin Husin telah meminta mana-mana guru Bahasa Melayu yang masih
belum menghantar Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu 2018 bagi tahun
yang diajar kepada Guru Penolong Tadbir Kurikulum untuk disemak dan disahkan
sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu Yang Terlibat

4.3 Perancangan Minggu Panitia Bahasa Melayu


Encik Zahari bin Husin telah membuat perbincangan Perancangan Minggu Panitia
bersama semua guru Bahasa Melayu yang akan dilaksanakan pada bulan Februari
berdasarkan pelan strategik dan pelan taktikal yang telah dibina. Perkara utama yang
dibincangkan adalah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada minggu panitia tersebut.

Tindakan : Makluman

4.4 Latihan Kerja Murid


En. Zahari bin Husin telah membuat perbincangan bersama bagi membincangkan
jumlah latihan yang perlu diberikan kepada murid tahap 1 dan murid tahap 2 oleh guru
mata pelajaran Bahasa Melayu dalam setiap minggu. Latihan kerja murid bagi tahap 2
merangkumi aspek pemahaman, tatabahasa dan penulisan. Latihan karangan paling
minimum ditetapkan 2 kali setiap minggu untuk tahap 2.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu


4.5 Format Baru Peperiksaan
Encik Zahari bin Husin telah meminta semua guru membiasakan murid dengan latihan
menggunakan format baharu UPSR terutama murid tahap 2. Penyediaan kertas soalan
PPT dan PAT juga mestilah mengikut format baharu.

Tindakan : Makluman

4.6 Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2017 (PAT)


Encik Zahari bin Husin telah membentangkan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun
2017. Pembentangan Post Mortem ini adalah untuk memaklumkan dapatan data
keputusan peperiksaan murid. Seterusnya mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang
mempengaruhi data-data tersebut.
Tindakan : Makluman

4.7 Program Peningkatan Subjek Bahasa Melayu


Encik Zahari bin Husin telah membincangkan program-program yang akan
dilaksanakan untuk meningkatkan keputusan akademik subjek Bahasa Melayu pada
tahun 2018. Program-program yang dibincangkan ialah berdasarkan pelan taktikal dan
pelan strategik yang telah dibina. Program-program ini akan dijalankan dan
dilaksanakan sepanjang tahun 2018.

Tindakan : Makluman
2
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Headcount
Encik Zahari bin Husin telah memaklumkan bahawa semua guru Bahasa Melayu perlu
melengkapkan data SAPS bagi ujian TOV 2018 berdasarkan headcount PAT 2017.
Beliau juga meminta semua guru Bahasa Melayu mencapai sasaran peningkatan
akademik subjek Bahasa Melayu sebanyak 10% daripada peperiksaan PAT yang lepas.

Tindakan : Semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu

5.2 Bajet Panitia


Encik Zahari bin Husin telah membentangkan bajet Panitia Bahasa Melayu bagi tahun
2018. Pembentangan ini bagi mengenal pasti keperluan panitia untuk melaksanakan
program-program yang dirangka sepanjang tahun 2018.

Tindakan : Makluman

5.3 Senarai Buku Latihan Bahasa Melayu


Encik Zahari bin Husin telah meminta semua guru Bahasa Melayu menyenaraikan jenis
dan jumlah buku latihan yang diperlukan dalam pengajaran subjek Bahasa Melayu bagi
setiap kelas. Senarai ini perlu diberi kepada Ketua Panitia untuk diserahkan kepada
Koperasi Sekolah sebelum sesi persekolahan 2018 bermula.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Melayu

5.4 LINUS
En. Muhammad Zakhir selaku penyelaras LINUS telah membentangkan data akhir
LINUS bagi saringan 2 yang telah dijalankan pada bulan September dan Oktober 2017.
Rujuk Laporan Post Mortem Saringan 2/2017.

Tindakan : Makluman

5.5 Penulisan RPH


Encik Zahari bin Husin telah memaklumkan bahawa setiap penulisan Rancangan
Pengajaran Harian Bahasa perlu mengandungi Tema, Tajuk, Standart Pembelajaran,
Objektif, Aktiviti, Refleksi, Pentaksiran, KBAT, i-think, alaf ke-21 dan impak. Semua
guru Bahasa Melayu perlu membuat RPH berdasarkan format yang diberi.

Tindakan : Makluman
5.6 Kursus dan Taklimat Luar
Encik Zahari bin Husin telah memaklumkan kepada semua guru Bahasa Melayu supaya
meninggalkan nota atau lampiran kerja kepada mana-mana guru ganti jika guru tersebut
terlibat dengan Kursus atau Taklimat luar.

Tindakan : Makluman
3
5.7 Buku Teks Rujukan Guru Bahasa Melayu
Encik Zahari bin Husin telah memaklumkan bahawa buku teks Bahasa Melayu sebagai
rujukan guru tidak dapat dipinjamkan oleh Penyelas Buku Teks kerana jumlah buku
tidak mencukupi. Semua guru Bahasa Melayu disarankan supaya membeli sendiri buku
teks tersebut untuk dijadikan simpanan peribadi.

Tindakan : Makluman

6 PENUTUP
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 10.30 pagi.

Disediakan oleh:

__________________________
(MUHAMMAD ZAKHIR BIN AYUB)

Setiausaha,
Panitia Bahasa Malaysia,
SK Jalan Sungai Besi (2)

30 Disember 2017

You might also like