You are on page 1of 3

PANITIA BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN SEPAGAYA,


TEL : 089-885406
PETI SURAT 60807, FAX : 089-885406
91117 LAHAD DATU, SABAH. EMEL : xba3123@gmail.com

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI-4 2017

TARIKH : 18 Julai 2017 (Selasa)


MASA : 12.4O petang
TEMPAT : Bilik ABM, SK Sepagaya

PENGERUSI : Pn. Rohaimah Sabirin (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

KEHADIRAN :
1. Pn. Rohaimah Sabirin (Pengerusi)
2. Pn. Pretty Elka K George (Setiausaha)
3. Pn. Marjani Abdul
4. Pn. Suhaini Hector
5. Pn. Rosmini Lobah
6. Pn. Florence Victor @ Sabrina Abdullah
7. Pn. Diyana Daud
8. Pn. Rachel L. Gordian

TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. Pn. Yatimah Mohammad

01. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


Pn. Rohaimah selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan berterima kasih kepada semua ahli
panitia yang hadir pada mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris kali keempat bagi sesi 2017.

02. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Suhaini Hector.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Diyana Daud.

03. PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tidak ada perkara berbangkit.

04. POST MORTEM KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PPT) 2017


4.1 TAHUN 1
4.1.1 Soalan yang dibuat perlu mengikut format yang sesuai.
4.1.2 Soalan perlu disediakan lebih awal agar format soalan boleh diubah sekiranya tidak
sesuai.

4.2 TAHUN 2
4.2.1 Pn. Suhaini menyatakan bahawa bentuk soalan yang digunakan telah berpandukan
kepada format soalan UPSR.
4.2.2 Oleh itu, jumlah soalan yang banyak menyebabkan murid tidak mempunyai masa
yang cukup untuk menjawab soalan.
4.2.3 Pn. Suhaini juga memaklumkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
bagi Tahun 2 Inspirasi dan Integriti adalah berpandukan kepada LINUS.

4.3. TAHUN 5
4.3.1 Pn. Marjani menyatakan bahawa terdapat peningkatan dalam keputusan murid Tahun
5 secara keseluruhannya.
4.3.2 Beliau memaklumkan bahawa soalan Section C tidak ditekankan semasa menjawab
peperiksaan kerana terlalu susah bagi murid Tahun 5 Integriti.
4.3.3 Bagi Tahun 5 Inspirasi, semua murid diajar mengikut format UPSR.

4.4 TAHUN 4
4.4.1 Pn. Rachel memaklumkan bahawa murid-murid lemah dalam vokabulari dan kurang
memberi tumpuan semasa belajar.
4.4.2 Disiplin murid kurang memuaskan dan kerja rumah yang diberi tidak disiapkan oleh
murid.

4.5 PENAMBAHBAIKAN KERTAS SOALAN


4.5.1 Pn. Rohaimah mencadangkan agar:
4.5.1.1 soalan dibuat berdasarkan silibus yang sudah diajar semasa PDPC
4.5.1.2 JSU perlu dibuat dan dihantar bagi peperiksaan akhir tahun (PAT)
4.5.1.3 pengambilan soalan daripada sumber internet perlu dikurangkan
4.5.1.4 bagi mengatasi masalah lemah dalam vokabulari, penggunaan kamus perlu
diterapkan
4.5.1.5 sebagai persediaan UPSR, kertas latih tubi perlu disediakan. Kertas kerja
boleh dibuat untuk memohon sumbangan kewangan daripada PIBG sekolah.

05. PERSEDIAAN UJIAN LINUS FASA 2


5.1 Pn. Rohaimah mencadangkan agar murid-murid Tahap 1 didedahkan dengan format soalan
LINUS sebelum melaksanakan saringan. Kelas tambahan bagi murid target LINUS (Tahun 3
Integriti) akan diadakan pada setiap hari Selasa.
5.2 Pn. Diyana memaklumkan bahawa beliau akan melaksanakan kelas tambahan LINUS (Tahun
1 Integriti) di dalam kelas semasa / selepas PDPC.
5.3 Pn. Suhaini menyatakan bahawa kelas tambahan bagi Tahun 2 Inspirasi dan Integriti akan
bermula pada 25 Julai 2017 dan surat makluman kepada ibubapa sudah diedarkan. Beliau juga
memaklumkan bahawa jadual PDPC bagi kelas 2 Integriti diubah kepada dua sesi PDPC
berpusatkan LINUS, diikuti dengan dua sesi PDPC KSSR dan satu sesi PDPC bagi Language
Arts dalam satu minggu persekolahan.

06. TAKWIM PANITIA BAHASA INGGERIS 2017


6.1 Pn. Rosmini memaklumkan bahawa Bengkel Klinik UPSR diadakan mengikut kelas-kelas
berbeza kerana jumlah murid yang ramai mengganggu tumpuan murid semasa bengkel.
Terdapat peningkatan positif dalam penulisan ayat hasil daripada bengkel tersebut.
6.2 Bagi Bengkel Permuafakatan Bersama Ibubapa, Pn. Rohaimah menyatakan bahawa bengkel
tersebut kurang memberi kesan kepada keputusan murid dalam ujian Saringan LINUS kerana
ibubapa kurang memberi kerjasama. Beliau mencadangkan agar jumlah ibubapa yang
dijemput dikurangkan. Pengisian bengkel akan difokuskan kepada Konstruk LBI 7 - 12.
6.3 Bagi Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), Success Criteria dan Learning Objectives perlu
diterangkan kepada semua murid sebelum PDPC bermula.
6.4 Bengkel Pra-UPSR ditunda kerana menghadapi masalah kekangan masa. Bengkel akan
diadakan bagi murid Tahun 5 Inovasi dahulu dan akan dilaksanakan sebelum peperiksaan
UPSR.
6.5 Klinik UPSR Fasa 2 juga tidak diadakan kerana kekangan masa. Klinik Pra-UPSR fasa 2 akan
diadakan berfokus kepada murid Tahun 4.
6.6 PLC kitaran 3 akan diadakan semasa kelas Pn. Pretty di kelas Tahun 2 Inovasi.
6.7 Program English Week akan diadakan dibawah kelolaan Unit Ko-kurikulum dengan
kerjasama Kelab Bahasa. Aktiviti yang dicadangkan ialah Poetry Recital, Choral Reading,
Public Speaking, Action Song, Colouring, dan Puzzle. Pn.Rohaimah mencadangkan agar lagu
bahasa inggeris dipasang setiap kali waktu rehat sepanjang minggu tersebut.
6.8 Program English Day tidak diadakan kerana kekangan masa.
6.9 Bagi kelas tambahan elit, kehadiran murid perlu diambil sebagai bukti aktiviti dijalankan.

07. HAL-HAL LAIN


7.1 Pn. Sabrina mengingatkan kepada guru Tahap 2 mengenai pelaporan PBS offline.
7.2 Pn. Diyana mengingatkan kepada guru Tahap 1 untuk mengisi pelaporan PBS offline bagi
subjek Bahasa Inggeris bagi kelas masing-masing. Beliau juga memaklumkan bahawa rekod
transit PBS perlu disediakan oleh guru sendiri. Pn. Pretty akan menyediakan rekod transit
Tahun 3, Pn. Suhaini untuk Tahun 2 dan Pn. Rosmini bagi Tahun 4.

08. PENUTUP
8.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih atas kesudian semua ahli Panitia
Bahasa Inggeris menghadiri mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_______________________ _____________________
(CIK PRETTY ELKA GEORGE) (PN ROHAIMAH SABIRIN)
Setiausaha , Pengerusi,
Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Inggeris,
SK Sepagaya. SK. Sepagaya.

You might also like