You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS

BIL1/2018
SEKOLAH SUKAN TUNKU MAHKOTA ISMAIL
81930, BANDAR PENAWAR,
JOHOR

TARIKH: 7 FEBRUARI 2018

MASA: 0830 - 1000

TEMPAT: MAKMAL SAINS 2 , SSTMI

AGENDA:

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi (En Mohammad Kamal bin Kamsun)


i. Beliau mengucapkan selamat bertugas pada tahun 2018, semoga panitia
sains terus cemerlang dan mencapai objektif yang ditetapkan.

2. Perlantikan Setiausaha panitia


i. En Zulhusni membuka kepada cadangan
ii. Pn Nurul Huda binti Zulkapli mencadangkan Mohd Najib bin Jaafar
sebagai setiausaha Panitia tahun 2018.
iii. Pn Noor Azlyna Imran binti Amran menyokong cadangan.
iv. En Mohd Najib bin Jaafar dilantik sebulat suara sebagai setiausaha
Panitia tahun 2018.

3. Rekod persediaan Mengajar Guru Sains


i. En Mohammad Kamal bin Kamsun mencadangkan supaya semua
Rancangan Pengajaran(RPH) harian wajib mengandungi
a. Aktiviti pelajar
b. Penjelasan guru
c. perbincangn
ii. En Mohammad Najib bin Jaafar mencadangkan penggunaan RPH yang
diambil daripada kumpulan telegram “guru sains kreatif tingkatan 2”.
Lanjutan dari itu, RPH bagi KSSM haruslah mengandungi 5 E iaitu
a. Engage
b. Explore
c. Explain
d. Eloborate
e. Evaluation
iii. En Zulhusni bersetuju namun diputuskan Aktiviti PDPc tidak Wajib ditulis
dalam bentuk jadual.

4. Maklumat guru/ Jadual Waktu


i. En Zulhusni bin Zulkefli meminta guru matapelajaran sains menyerahkan
boring maklumat guru dan jadual waktu.
ii. En Mohammad Kamal bin Kamsun menyerahkan jadual penggunaan
makmal yang telah dijana oleh Ustazah Zuraidah.
iii. Penyelarasan semula jadual penggunaan makmal ditangguhkan

5. Semakan buku nota/latihan/modul


i. En Zulhusni bin Zulkefli meminta setiap guru matapelajaran sains
menyatakan buku modul yang diambil sebelum 15 Februari 2018
ii. En Zulhusni bin Zulkefli memberitahu bahawa penyelaras tingkatan
adalah bertanggungjawab untuk meminta, mengumpul dan mencatat
kutipan duit buku modul.
iii. En Zulhusni bin Zulkefli memberitahu bahawa penyelaras tingkatan
adalah bertanggungjawab untuk menggubal, memperbanyak, dan
menyerahkan kertas soalan sepanjang tahun.
iv. En Mohammad kamal bin Kamsun memaklumkan bahawa ujian 1 akan
dijalankan pada 21 februari 2018 dengan tempoh masa selama 2 jam.
v. En Zulhusni bin Zulkefli memberitahu bahawa semakan buku oleh ketua
panitia adalah sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan Mac, Jun, dan
Ogos dengan jumlah 10 buku setiap kelas.

6. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia


i. En Mohammad Kamal bin Kamsun mencadangkan lawatan ke kilang
mamee di Melaka. Beliau akan menyediakan kertas kerja.
ii. En Zulhusni bin Zulkefli mencadangkan En Mohd najib untuk merancang,
dan melaksana 1 program lawatan ke Tanjung Piai bagi mengkaji
ekosistem dan hidupan.

7. Hal-hal lain
i. En Mohd Najib dan Pn Erney Diana harus mengadakan Sesi perkongsian
sesame mereka tentang penyelarasan KSSM Sains tingkatan 2 di
peringkat Sekolah.
ii. En Mohammad Kamal Mengingatkan semua ahli panitia tentang :
a. Penggunaan PDPc abad 21
b. Jangan biarkan pelajar senyap, pasif dan tidur di dalam
kelas.
c. Sentiasa berbincang dengan pencerap utnuk memperbaiki
mutu PDPc.
d. Setiap Subjek perlu ada modul yang terdiri daripada nota,
latihan, dan jawapan.
iii. En Zulhusni menyatakan PCG sains pada baki 2018 adalah sebanyak
RM 1179.00
iv. En Zulhusni mencadangkan mesyuarat seterusnya adalah pada bulan
April 2018.
Disediakan oleh:

………………….

(MOHD NAJIB BIN JAAFAR)


Setiausaha Panitia Sains,
Sekolah Sukan tunku Mahkota Ismail,
81930, Bandar Penawar,
Johor

Disahkan oleh:

…………………………….
(ZULHUSNI BIN ZULKEFLI)
Ketua Panitia Sains,
Sekolah Sukan tunku Mahkota Ismail,
81930, Bandar Penawar,
Johor

You might also like