You are on page 1of 4

Gaya bahasa dalam komsas 1

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

Gaya bahasa
– susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usahamengungkapkan tema dan
persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gayabahasa bersama istilah
– istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajarmemahami konsep asas
gaya bahasa secara menyeluruh.

aliterasi
– pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yangberturutan

negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g)[NegeriCinta,


Nahmar Jamil]

diusungkelilingkampung(pengulangan g)[Surat dari Kampus, NawaweeMohamad]

anafora
– pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan
agar memperoleh kesan tertentu

 Sekalipun sehelai kertas kumal


Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, NawaweeMohamad]

 Masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

analogi
– persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakaiuntuk dasar
perbandingan

antitesis
– penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainyauntuk
mendapatkan kesan perbezaan atau pertentangan yang seimbang

asonansi
– pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata

 ini sungai kita, lind ungilah dari pembuangan (peulangan u)[Negeri


Cinta,Nahmar Jamil]

 sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e)[Surat dari Kampus,Nawawee


Mohamad]

Bahasa Arab
– perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagimemberikan kesan
yang berbeza. Contohnya:
Alhamdulillah, makhdum, narwastu
bahasa berirama
– ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yangmendalam tentang sesuatu
peristiwa

Tiga bilah lantai terpatah,Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia–
Tingkatan 2]

Bahasa Inggeris
–street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket,suspense

bahasa istana
– bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengankerabat diraja

bahasa kiasan
– penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian

bahasa klasik
– penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti
sebermula, syahadan, kararlah

diksi
– pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama danpuisi.

GayaBahasaDalamKomsas2
Diksi yang baik terlihat padaa . p e m i l i h a n k a t a y a n g
t e p a t b.penggunaan kata yang munasabahc.penggunaan kata
y a n g j e l a s d a n k h u s u s . Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan
pembinaan ayat.

epifora
– pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan

hiperbola
– gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih –lebihan

cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]

rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

hybrid
– penyatuan dua kata menjadi satu kata.

bertanggungjawab (tanggung + jawab)

ketidakpastian (tidak + pasti)


inversi
– pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim

kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, NawaweeMohamad]

aduhai adinda berpesan adik

istilah sains dan teknologi


–virus, skrin LC, karbonit, asid

metafora
– pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripadayang
sebenarnya (sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkritdan
abstrak

syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]syurga (unsur abstrak)bumi (unsur konkrit)

Bukit-bukit harapanbukit (unsur konkrit)harapan (unsur abstrak)

paradoks
– penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif
dalam satu baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran denganpendapat
umum atau realiti.

menangis dalam kegembiraanmenangis (unsur negatif)kegembiraan (unsur positif)

kesepian di tengah ramai

pengulangan
- pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap

peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan



melukut di tepi gantang,
darahdaging

personifikasi
– pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang,tumbuh – tumbuhan,
keadaan atau peristiwa

dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]

kebosanan menggigit pangkal rasa


Gaya Bahasa DalamKomsas 3

repitisi / repitasi
– pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkanpenegasan yang
dikehendaki.

 Kita menjadi kita [Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3]

 Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik

responsi
– pengulangan kata di tengah baris

 mencipta rumah tempat berlindung,membina bilik tempat berteduh[Burung


Tempua, Abdul Hadi Yusoff]

simile
– perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata‘seperti’,
“bagai”, “umpama”, dan “macam”.

 bagaikan mahu diusung keliling kampung[Surat dari Kampus,


NawaweeMohamad]

 besarnya seperti perdu nyiur

 seperti kolek terdampar di pasir

simplok
– pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama

 Sayang seribu kali sayang

sinkope / sinkof
– penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel)seperti
tak, nak, ni,dan dah

You might also like