You are on page 1of 4

PANITIA SEJARAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NAIM LILBANAT,


15150 KOTA BHARU,
KELANTAN.
Tel: 09-7482752
Fax: 09-7473029

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH BIL.1 / 2018.

Tarikh : 8 Januari 2018


Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Geografi

Kehadiran ;
1. En. Mohd Rosli bin Idris
2. En. Hasnan bin Yusoff (Ketua Panitia)
3. Pn. Nur Azreen bt Abdul Rahman (Setiausaha)
4. Pn. Asmihan bt Muhamad Lazim
5. Pn. Azimah bt Yaacob
6. En. Mohd Hilmi bin Ramle

Agenda Mesyuarat

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Memulakan majlis dengan bacaan al – Fatihah. Mengucapkan terima kasih kepada
guru yang hadir bermesyuarat. Semoga mesyuarat ini akan memberi faedah kepada
semua ahli dan pelajar. Mengucapkan tahniah kepada semua ahli kerana dapat
menjalankan tugas dengan baik.
1.2 Meminta supaya semua guru panitia sejarah berganding bahu untuk meningkatkan
prestasi subjek sejarah.

Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat

Dicadangkan oleh En. Mohd Hilmi bin Ramle


Disokong oleh Pn. Asmihan bt Muhamad Lazim
3. Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun

3.1 Pengerusi meminta supaya tiada gred C dan D dalam keputusan peperiksaan bagi
pelajar tingkatan 1.

3.2 Tingkatan 3 (2018) perlu mendapat 100% gred A kerana pada tahun 2017 keputusan
akhir tahun menunjukkan bahawa pencapaian pelajar tingkatan 2 adalah sebanyak
90.9%.

3.3 Tingkatan 4 hanya 24 orang sahaj yang mendapat A+ dan perlu digandakan usaha untuk
meningkatkan jumlah pelajar yang mampu peroleh A+.
Tindakan: Guru Subjek

4. Perancangan aktiviti panitia tahun 2018

4.1 Perancangan tahun 2018 akan mengikut perancangan tahun sebelumnya dan akan
dilakukan penambahbaikan seperti teknik menjawab soalan yang akan diadakan sama
ada pada bulan januari atau februari.
.
Tindakan: Makluman

5. Inhouse Training KSSM Tingkatan 2

5.1 En. Hasnan memaklumkan telah memasukkan bahan KSSM dalam telegram panitia
sejarah dan perlu memberi perhatian terhadap huraian yang terkandung di dalam DSKP.
Huraian sukatan dan DSKP wajib dicetak.

5.2 Pendekatan Modular iaitu bahagian 4 (kajian kes) dan 8 (pentaksiran) digabungkan.

5.3 Rancangan pengajaran harian wajib disediakan setiap kali sebelum pengajaran berlaku.

5.4 Kajian kes perlu dilaksanakan sebanyak 1 kali dalam satu tahun yang memperuntukkan
markah sebanyak 20% (Komponen wajib). Tajuk untuk kajian kes boleh diambil daripada
buku teks dan boleh diolah secara bebas.

5.2 Pn. Asmihan turut memaklumkan terdapat beberapa borang yang perlu diisi oleh guru
mata pelajaran untuk KSSM.

Tindakan : Semua ahli panitia.


6. Kewangan

6.1 Pengerusi meminta semua guru panitia sejarah membuat perancangan untuk program
sejarah.

Tindakan : Semua ahli pantia.

9. Hal – Hal Lain.

9.1 Buku Pengurusan Panitia 2018

Buku pengurusan panitia diagihkan kepada setiap guru panitia :

Nama Fail
En. Hasnan b. Yusoff 1) Fail induk
2) Fail penyeliaan & pencerapan
3) Fail PBS
4) Fail mesyuarat panitia

En. Mohd Hilmi bin Hj. Ramlee 1) Fail program kecemerlangan


2) Fail keputusan Ujian & Peperiksaan

Pn. Nur Azreen bt Abdul Rahman 1) Fail maklumat guru-guru panitia


2) Fail jadual guru

Pn. Azimah bt Yaacob 1) Fail sukatan pelajaran/HSP/DSKP


2) Fail bank soalan

Pn. Asmihan bt Muhamad Lazim 1) Fail pemeriksaan buku latihan & nota
2) Fail Koakademik

9.2 En. Hilmi mencadangkan penyediaan RPT 2018 mengikut penyelaras tingkatan.

9.3 Guru Kanan Sains Sosial, En. Rosli memaklumkan penulisan RPH wajib ada subjek, tajuk,
objektif dan refleksi tetapi untuk minggu pertama perlu tunggu maklum balas daripada
pengetua tentang cara penulisan yang dikehendaki oleh beliau.

9.4 En. Rosli juga meminta supaya guru berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan
panitia sejarah dan mengawal perbezaan markah antara markah percubaan dan sebenar
bagi pelajar tingkatan 5 agar tidak terlalu menunjukkan perbezaan yang ketara.

9.5 Bilik sejarah akan digunakan pada tahun ini dan proses pengajaran dan pembelajaran
boleh dijalankan di bilik tersebut.
Tindakan : Guru subjek
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan surah al – Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………. …………………………………
( Nur Azreen bt Abdul Rahman ) (En. Hasnan bin Yusoff)
Setiausaha Panitia Sejarah Ketua Panitia Sejarah
SMKA Naim Lilbanat. SMKA Naim Lilbanat.

You might also like