You are on page 1of 2

SJKT SEGAMBUT

JALAN UDANG KETAK, 52000 KUALA LUMPUR

Mesyuarat JK Disiplin dan Badan Pengawas kali ke 3 2012

Tarikh : 16 OGOS 2012


Hari : Khamis
Masa : 1.30 ptg
Tempat: Bilik komputer

1. Ucapan GB
1.1 Tahniah dan syabas kerana menyahut cabaran utk mengadakan mesyuarat seberapa cepat
yang mungkin. ini bukan bermakna masalah disiplin teruk tetapi untuk semestikan ada
penambahbaikan yang perlu dibuat. Peringatan tentang disiplin perlu sentiasa dibuat semasa
perhimpunan.

1.2 Aktiviti spt pemeriksaan kuku dan pakaian perlu dilakukan. Semua guru adalah
berperanan mengutkuasakan disiplin dan peraturan sekolah.

2. Ucapan PK HEM
2.1 Tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan selama ini. Masih kedapatan
perkara yang perlu dibuat penambahbaikan dan pemantauan.

3. Ucapan guru disiplin


3.1 Perlu ditetapkan hukuman untuk pengawas yang melanggar disiplin. Dikuatiri kesalahan
akan berulang jika tidak diatasi segera.
GB- hukuman tidak seharusnya menjatuhkan maruah murid. Tindakan menghantar murid
kepada GB antara tindakan yang perlu dibuat.
Hal-hal lain
GB - Rekodkan kesalahan murid dalam rekod disiplin/ SSDM.
En.Elvin - Masalah disiplin bermula di rumah. Sokongan dan kerjasama guru masih perlu
dipertingkatkan. Dicadangkan agar semua guru selalu diperingatkan tentang peranan dalam
penguatkuasaan disiplin terutama dalam mesyuarat dan perjumpaan guru-guru.
Program-program sifar ponteng agak lembab kerana kurang kerjasama.
Pengawas yang bermasalah perlu direkodkan kesalahannya untuk tindakan-tindakan perlu.
Dicadangkan pada tahun depan, pelantikan pengawas dicalonkan oleh cikgu yang berkenaan.
Spotcheck perlu sentiasa dibuat .Semua guru diperbolehkan buat spotcheck.

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.05 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ........................................

(EN. ELVIN RAJ A/L S.FRANCIS) (EN. DHARMALINGAM)

Guru Disiplin Guru Besar

You might also like