You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
SJK(T) LADANG KIRBY
BIL.1/2015

Tarikh : 30 Disember 2014


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT
Kehadiran :1. Sundraj (Guru Besar)
2. S.Kavitha (GPK1)
3. B.Gayathri (GPK HEM)
4. M.Subashini (GPK Koku)
5.A.Nantha Kumari (Ketua Panitia PJ & PK )
6.S.Amertha Velli

AGENDA
1.0 Perutusan
1.1 Guru Besar mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran para guru bagi Mesyuarat
Panitia Pendidkan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi tahun 2015.
1.2 Beliau meminta para guru melibatkan diri dan menjayakan semua program tahun 2015
dengan penuh bersemangat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


2.1 Pn.C.Vishnupriya membentangkan minit yang lalu dan disahkan oleh S.Kavitha(GPK1).

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Ujian Segak
3.1.1 Setelah penilaian dijalankan , guru Pendidikan Jasmani hendaklah menyimpan borang
berkenaan ke dalam fail SEGAK mengikut kelas.
3.1.2 Menurut Cik.Amertha Velli murid-murid menghadapi masalah untuk melakukan Ujian
SEGAK kerana Obesiti.
3.1.3.Guru Pendidikan Jasmani dan Pendikan Kesihatan diminta untuk memastikan semua
murid lulus Ujian SEGAK.
3.1.4 Guru PJ & PK perlu mengadakan Pra-Ujian SEGAK sebelum menilai murid.

4.0 Perancangan Tahunan 2015


4.1 Ahli Jawatankuasa Panitia Bahasa Malaysia 2015 adalah seperti berikut:
4.1.1. Pengerusi : L.Sundraj (Guru Besar)
4.1.2. Naib Pengerusi: S.Kavitha (GPK1)
4.1.3. Ketua Panitia : A.Nantha kumari
4.1.4 Setiausaha : S.Amertha Velli
4.1.5 AJK : M.Subashini
Makluman : Semua Guru
4.2 Pelan Strategik 2015
4.2.1 Ketua Panitia membentangkan hasil pelan strategik bagi tahun 2015.
4.2.2 Semua aktiviti yang dicadangkan dalam pelan strategik telah diperetujui oleh semua
guru.
4.2.3 Ketua Panitia mengharapkan prestasi murid akan meningkat pada tahun 2015 dengan
semua aktiviti yang dirancang dalam pelan strategik.
4.2.4 Pelan strategik seperti di lampiran.
Makluman/Tindakan : Semua guru

4.3 DSP/DSKP/HSP
4.3.1 Pn.A.Nantha Kumari meminta semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan mempunyai salinan DSP,DSKP dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk
perancangan Rancangan Pengajaran Tahunan.
4.3.2 Beliau meminta para guru untuk menyimpan salinan DSP,DSKP dan Huraian Sukatan
Pelajaran dalam fail peribadi dan membawanya ke kelas setiap kali waktu pengajaran.
4.3.3 GPK 1 meminta Ketua Panitia mencetak semua DSP ,DSKP dan Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Malaysia tahun 1 hingga 6 dalam CD serta menyerahkan kepada
beliau sebelum 2 Januari 2015.
Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran
4.4 Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Harian Pengajaran
4.4.1 Pn.A.Nantha Kumari meminta semua guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan mengikut takwim yang telah
disediakan.
4.4.2 Guru besar meminta para guru mencatat nama mereka di semua helaian Rancangan
Pengajaran Tahunan.
4.4.3 Guru menunjukkan contoh Rancangan Pengajaran Harian bagi KBSR dan KSSR.
4.4.4 Guru –guru membincangkan cara menulis RPH berdasarkan buku rekod pengajaran
baharu bagi 2015.

Tindakan: Semua Guru Mata Pelajaran

4.5 Penggubalan Soalan


4.5.1 Senarai nama guru bagi penggubalan soalan sepanjang tahun 2015 dibincang dan
diumumkan seperti berikut:
TAHUN UJIAN 1 SEMESTER 1 UJIAN 2 SEMESTER 2
1 S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli
2 S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli
3 S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli S.Amertha Velli
4 M.Subashini M.Subashini M.Subashini M.Subashini
5 M.Subashini M.Subashini M.Subashini M.Subashini
6 A.Nantha Kumari A.Nantha Kumari A.Nantha Kumari A.Nantha Kumari

4.5.2 Setiap kertas soalan akan disediakan oleh guru mata pelajaran masing-masing mengikut
kelas.
4.5.3 Semua kertas soalan akan disediakan mengikut tarikh dalam takwim dan proses kerja
yang diberikan oleh GPK1.
4.5.4 Ketua Panitia perlu menyemak hasil kertas soalan dan dihantar kepada GPK untuk
pengesahan.
Tindakan :Semua Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
4.6 Pencerapan dan Penyeliaan
4.6.1 Semua guru akan dipantau dan dibuat pencerapan mengikut jadual yang ditetapkan oleh
pihak sekolah.
4.6.2 Ketua Panitia juga diminta membuat pencerapan bagi semua guru mata pelajaran dan
memberikan bimbingan jika diperlukan.
4.6.3 Semua pencerapan akan direkod oleh Ketua Panitia, GPK 1 dan Guru Besar.

Makluman/Tindakan : Ketua Panitia / Semua Guru


Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

4.7 Anggaran Perbelanjaan Panitia 2015


4.7.1 Anggaran perbelanjaan bagi aktiviti sepanjang tahun 2015 adalah seperti berikut:
Perolehan PCG PERKARA/AKTIVITI PERBELANJAAN
RM 900 Bengkel Sukan RM 200
Peralatan Sukan RM 700

Jumlah RM 900.00 RM 900.00

4.7.2 Setiap perbelajaan akan diikuti dengan kertas kerja dan laporan.

Makluman/Tindakan : Semua Guru

5.0 Hal-hal Lain


5.1 Guru Besar meminta para guru menyediakan kajian tindakan bagi salah satu
matapelajaran yang diajar pada tahun 2015.
5.2 GPK 1 juga meminta Ketua Panitia melihat semula rancangan pelan strategik Panitia dan
memastikan semua program membantu meningkatkan prestasi murid-murid.

Tindakan: Semua guru


6.0 Ucapan Penangguhan
6.1 Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih pada pukul 11.00 pagi.

Dicatit oleh, Di semak oleh,

(A.NANTHA KUMARI) ( S.KAVITHA )


Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan GPK KURIKULUM
SJK(T)Ladang Kirby
SJK(T)LADANG KIRBY
BATU 9,71900 LABU SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
Rujukan : 06/01/003(1)

Tarikh: 26 Disember 2014

Kepada semua guru,

Mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Kali Pertama /2015

Sepertimana yang dinyatakan di atas, mesyuarat Panitia Bahasa Malaysia Kali Pertama /2015
akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 30 Disember 2014


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT
Agenda:
1. Ucapan aluan/perutusan
2. Pengesahan minit mesyuarat lalu
3. Perkara berbangkit
4. Perancangan Tahunan Panitia 2015
5. Hal-hal lain
6. Penutup

2. Guru –guru diminta hadir ke mesyuarat pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan.
Kerjasama anda amat dihargai.

Sekian.

Yang benar,

(A.NANTHA KUMARI)
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
SJK(T)Ladang Kirby
SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT PANITIA BAHASA MALAYSIA
BIL.1/2015

Tarikh: 30 Disember 2014


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik ICT

Bil. Nama Tandatangan


1. SUNDRAJ A/L LETCHUMANAN
2. KAVITHA A/P SUPPAYAH (GPK 1)
3. GAYATHIRI A/P BATOMALY (GPK HEM)
4. SUBASHINI A/P MURUGIAH (GPK KOKU)
5. NANTHA KUMARI A/P APPARAO
6. AMERTHA VELLI A/P SANGILI

Tidak Hadir :

Bil. Nama Sebab Tidak Hadir


TIADA

You might also like