You are on page 1of 9

1

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG LEBAR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

BIL 01/2018

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Tarikh : 08 Januari 2018

Hari : Isnin

Masa : 3.15 petang

Tempat : Makmal Komputer SKPL

Pengerusi : Pn. Nik Nur Fakhira Bt Nik Mohd Salleh (Ketua Panitia)

Kehadiran :

1. En. Azmi Bin Alias Penasihat

2. En. Shahrulzin Bin Ismail Timbalan Penasihat

3. Pn. Nik Nur Fakhira Bt Nik Mohd Salleh Pengerusi

4. Cik Syahirah Bt Che Alias Setiausaha

5. Pn. Siti Munira Bt Zainol

6. Pn. Joo Chai Pei

7. Pn. Nadia Farhana Bt Pin

Jumlah Kehadiran : 7 / 7
2

AGENDA

1. Perutusan Pengerusi
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit/ Maklumbalas
4. Pembentangan Laporan/ makluman
4.1 Takwim Panitia / Program Panitia Tahun 2018
4.2 Peperiksaan Awam UPSR
4.3 Analisa Pencapaian UPSR 2017 dan Target PPSR 2018
4.4 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2017
4.5 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

5. Membincangkan
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan
5.2 Buku Rekod Mengajar & Penulisan RPH
5.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
5.4 Rancangan pencerapan hasil kerja murid
5.5 Jenis dan bilangan buku latihan
5.6 Headcount
5.7 SKPMg2 Standard 4

6. Hal – hal lain


7. Penangguhan mesyuarat
3

1.0 KATA ALU – ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua ahli Panitia
Bahasa Inggeris ke dalam mesyuarat Panitia Kali ke-1 bagi tahun 2018.
1.2 Pengerusi menyarankan bahawa kerjasama semua ahli Panitia Bahasa
Inggeris perlu bagi memastikan perlaksanaan program panitia berjalan
dengan lancar dan seterusnya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
dalam kalangan murid – murid.
1.3 Pengerusi mengatakan bahawa program panitia tahun lepas perlu dikekalkan
tetapi juga perlu ada penambahbaikan.
1.4 Pengerusi mengingatkan semua ahli jawatankuasa untuk membincangkan
secara serius mengenai perlaksanaan pdpc bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris dan berkongsi pedagogi yang berkesan.

Tindakan : Makluman

2.0 UCAPAN PENASIHAT PANITIA

2.1 Penasihat mengalu – alukan kehadiran guru – guru Bahasa Inggeris.

2.2 Penasihat membacakan keputusan UPSR tahun 2017 iaitu 85.7% bagi kertas
Bahasa Inggeris Pemahaman dan 78.6% bagi kertas Bahasa Inggeris
Penulisan.

2.3 Penasihat berharap pencapaian dapat dipertingkatkan lagi dengan kerjasama


semua guru Bahasa Inggeris.

2.4 Menerangkan mengenai Program NKRA iaitu Program LINUS dan MBMMBI.

2.5 Memaklumkan tentang saranan jabatan berdasarkan pekeling – pekeliling


yang diedarkan.

2.6 Menekankan tentang Visi dan Misi sekolah serta usaha yang diperlukan oleh
semua guru untuk menjayakannya.

Tindakan : Makluman

3.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pembentangan minit mesyuarat panitia yang lalu oleh Setiausaha Panitia.

3.2 Pn. Nik Nur Fakhira mencadangkan minit mesyuarat yang lepas disahkan dan
disokong oleh Pn. Nadia Farhana.

Tindakan: Makluman
4

3.0 PERKARA BERBANGKIT / MAKLUMBALAS

Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN LAPORAN / MAKLUMAN

4.1 Takwim Panitia / Program Panitia

PERANCANGAN AKTIVITI PANITIA BAHASA INGGERIS 2018

Bil Aktiviti Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Og Sep Okt Nov Tindakan

1. Mesyuarat J/Kuasa panitia / / / KP/SU

2. Headcount/Ujian / / / / Guru BI
Bulanan/Analisa/

Post-mortem prestasi

3. Pemantapan PdPC / PLC / / / / Guru BI

4. Bengkel Teknik Menjawab PPSR / / Guru BI

5. Minggu Bahasa Inggeris / Guru BI

6. Intensive Reading Programme / / / / / / / / / / Guru T1,2,3

7. Kelas Tambahan PPSR / / / / / / / / Guru T6

8. Write A Paragraph A Week / / / / / / / / / Guru T4,5,6

9. Language Competition / / / Guru

10. Highly Immersive Programme / / / / / / / / / / / Semua


(HIP) warga

SKPL
5

4.2 Peperiksaan Awam (UPSR)

4.2.1 Pengerusi memaklumkan peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 24


September 2018 hingga 27 September 2018.

4.3 Pencapaian UPSR 2017 dan Target PPSR 2018

Rujuk lampiran A

4.4 Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Rujuk lampiran B

4.5 Prosedur Pembelian dan Pengurusan Stok

4.5.1 Bajet yang diperuntukkan untuk Panitia Bahasa Inggeris pada tahun ini
adalah RM 360.93.

4.5.2 Pengerusi menerangkan prosedur pembelian dan pengurusan stok.

4.5.3 Guru yang ingin membeli bahan bantu mengajar (BBM) perlu mengisi
Nota Minta dan berbincang dengan PT Kewangan dan seterusnya
mendapatkan pengesahan kebenaran daripada Guru Besar.

Tindakan : Makluman

4.5.4 Cik Syahirah memaklumkan kepada Pengerusi keperluan untuk membeli


buku rujukan guru Superminds dan cakera audio Superminds sebanyak 2
unit sejajar dengan keperluan pelaksanaan kurikulum baharu (CEFR).

Tindakan : Setiausaha

5.0 PERBINCANGAN
5.1 Rancangan Pelajaran Tahunan

5.1.1 Pengerusi menjelaskan tentang penyediaan Rancangan Pelajaran


Tahunan (RPT), Rancangan Pelajaran Harian (RPH) dan Dokumen
Standard Prestasi dan Pentaksiran (DSKP) hendaklah disediakan dengan
lengkap dan mengikut format yang sedia ada. Semua dokumen KSSR
boleh dimuat naik melalui laman web www.moe.gov.my/bpk
6

5.1.2 Rancangan Pelajaran Tahunan boleh difailkan, ditampal atau ditulis dalam
Buku Rekod Mengajar.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.2 Buku Rekod Mengajar dan Penulisan RPH

5.2.1Penulisan RPH mesti mengandungi Tajuk Pembelajaran, Standard


Pembelajaran, Objektif Pembelajaran, Aktiviti Pembelajaran dan Impak.
5.2.2 Objektif Pembelajaran harus sesuatu yang boleh diukur dan tidak perlu
banyak dalam satu – satu masa.
5.2.3 Jika Saringan LINUS dijalankan pada waktu PdPC tersebut, guru perlu
mencatatnya dalam aktiviti pembelajaran yang terakhir.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.3 Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


5.3.1 Semua guru perlu melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
bagi kelas masing – masing.

5.3.2 Penulisan pada impak/refleksi perlu dinyatakan jumlah murid yang


menguasai dan tidak menguasai pada hari pentaksiran dijalankan.

5.3.3 Borang transit untuk merekodkan tahap penguasaan bagi setiap standard
pembelajaran perlu ditampal di belakang Buku Rekod Mengajar.

5.3.4 Modul Perekodan Offline perlu diisi pada bulan Mac dan September dan
satu salinan perlu diberi kepada Ketua Panitia.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.4 Rancangan pencerapan hasil kerja murid

5.4.1 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru untuk memeriksa buku


latihan murid selepas satu – satu pembelajaran.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.5 Jenis dan bilangan buku latihan

5.5.1 Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan bilangan buku latihan adalah


sebanyak 2 buah dan 1 buku kecil iaitu buku Vocab.
Tindakan : Makluman
7

5.6 HEADCOUNT
5.6.1 Guru perlu menyediakan headcount.
5.6.2 TOV adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun dan perlu
menyerahkan satu salinan kepada Ketua Panitia untuk simpanan fail.

Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5.7 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMG2)


STANDARD 4

5.7.1 Pengerusi menerangkan 6 aspek dan kriteria dalam Standard 4 iaitu


pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

ASPEK KRITERIA KRITIKAL


ASPEK 4.1 Guru bertindak sebagai perancang untuk
Guru sebagai memastikan kesediaan dan persediaan yang rapi
perancang dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc).

ASPEK 4.2 Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan


Guru sebagai PdPc untuk memastikan kelancaran proses
Pengawal pembelajaran mengikut perancangan.

ASPEK 4.3 Guru bertindak sebagai pembimbing untuk


Guru sebagai membolehkan murid menguasai pengetahuan,
pembimbing kemahiran dan mengamalkan nilai
berdasarkan objektif pelajaran.

ASPEK 4.4 Guru bertindak sebagai pendorong untuk


Guru sebagai meningkatkan motivasi murid dalam
pendorong pembelajaran

ASPEK 4.5 Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan


Guru sebagai tahap penguasaan murid
penilai

ASPEK 4.6 Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk


Murid sebagai menguasai pengetahuan dan kemahiran serta
pembelajar aktif mengamalkan nilai positif

Tindakan : Makluman
8

5.7.2 Pengerusi menekankan penerapan pembelajaran Abad ke-21 dalam


setiap PdPc.
Tindakan : Semua guru Bahasa Inggeris

5.7.3 Pengerusi berkongsi 45 kaedah PdPc abad ke-21.


Rujuk lampiran C

Tindakan : Makluman

6.0 HAL – HAL LAIN

6.1 Cik Syahirah berkongsi info berkaitan silibus baharu Tahun 1 dan 2 mulai sesi
pembelajaran 2018 menggunakan buku teks Superminds sejajar dengan
pelaksanaan CEFR (Common European Framework of Reference).

6.2 Pengerusi menggalakkan semua ahli panitia untuk bekerjasama dalam


melaksanakan program peningkatan kualiti guru terutamanya PLC dan juga
peningkatan pencapaian murid.

Tindakan : Makluman

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

7.1 Pengerusi memaklumkan mesyuarat Panitia kali ke-dua akan diadakan pada
bulan Jun, selepas peperiksaan pertengahan tahun.
7.2 Pengerusi meminta kerjasama semua ahli panitia bagi mengekalkan dan
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil.1 Tahun 2018 ditangguhkan pada jam 5.00
petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh : Disahkan oleh:

………………………………… ……………………………… ………………………………..


(SYAHIRAH CHE ALIAS) ( NIK NUR FAKHIRA) (SHAHRULZIN ISMAIL)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia PK Pentadbiran
Panitia Bahasa Inggeris Panitia Bahasa Inggeris SK Padang Lebar.
SK Padang Lebar. SK Padang Lebar.
9

You might also like