You are on page 1of 9

BAB TUJUH

PERHUBUNGAN SUMBER MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

7.1 OBJEKTIF PELAJARAN

a. Mengenal pasti definisi penduduk dan alam sekitar.


b. Mengenal pasti perhubungan antara sumber manusia dengan alam sekitar.
c. Menjelaskan faktor wujudnya perhubungan antara sumber manusia dengan alam
sekitar.
d. Mengenal pasti kesan hubungan terhadap alam sekitar.
e. Memahami kesan hubungan ke atas sumber manusia.

7.2 DEFINISI

Penduduk merupakan orang yang tinggal di sesuatu kawasan dalam suatu masa yang tertentu
manakala alam sekitar pula merujuk kepada alam persekitaran yang terdiri daripada komponen
atmosfera, biosfera, hidrosfera dan juga litosfera.

7.3 PERHUBUNGAN ANTARA PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR

Penduduk dan Alam Sekitar saling berinteraksi dalam kerangka ‘Dampak’ dan ‘Impak’. Apa yang
dialami oleh Alam Sekitar akibat daripada tindak tanduk manusia turut memberi impak kepada
manusia. Penduduk dan alam sekitar saling mempengaruhi dan bergantung antara satu sama
lain. Apabila sesuatu unsur mengalami perubahan, maka unsur-unsur yang lain turut berubah.

Manusia merupakan agen pengubah dunia. Dalam membuat perubahan, manusia


membina. Namun secara tidak sedar, manusia juga membinasakan. Secara umumnya, manusia
bertindak balas dengan alam sekitarnya untuk kepentingan ekonomi dan sosial. Berikut
merupakan rajah interaksi antara manusia dengan alam sekitar.
Rajah 1: Interaksi antara manusia dengan alam sekitar

Hubung kait antara manusia dengan alam sekitar saling wujud antara satu sama lain
dan tidak akan dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya adalah
seperti yang berikut:

Gambar 1: Alam sekitar berfungsi sebagai sumber kediaman manusia


a. Alam sekitar sebagai kawasan kediaman manusia.

Tapak perumahan dan permintaan kayu kayan untuk pembinaan tempat tinggal(rumah),
menyebabkan manusia berinteraksi dengan alam sekitar iaitu menjalankan aktiviti
pembersihan hutan(tapak perumahan) dan pembalakan(sumber kayu kayan).

b. Alam sekitar sebagai sumber makanan manusia.

Manusia memerlukan makanan untuk hidup. Oleh yang demikian, manusia bertani dan
menangkap ikan untuk mendapatkan bekalan makanan.

c. Manusia mengubah alam sekitar demi keselesaan hidup.

Manusia mengubah alam sekitar bagi memastikan mereka selesa. Sebagai contoh,
pembinaan empangan hidroelektrik dan sistem pengangkutan(jalan raya) adalah untuk
menjadikan kehidupan manusia lebih selesa.

d. Alam sekitar sebagai sumber pendapatan.

Manusia sentiasa tamak dan berusaha untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Manusia akan melakukan pelbagai aktiviti seperti perlombongan, pembalakan dan
sebagainya untuk mendapatkan sumber kewangan.

7.4 KESAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Kesan yang berlaku akibat daripada hubungan antara manusia dengan alam sekitar dapat
dilihat daripada dua aspek iaitu:

a. Kesan terhadap alam sekitar


b. Kesan terhadap manusia

Kesan Terhadap Alam Sekitar

Hubungan manusia dengan alam sekitar akan memberi kesan kepada alam sekitar itu sendiri.
Antara kesan yang timbul adalah seperti berikut:
a. Kesan ke atas sistem Geomorfologi

Gambar 4: Hakisan cerun kesan pembangunan cerun bukit

Aktiviti manusia seperti meratakan bukit untuk tujuan penempatan, bangunan,


jaringan pengangkutan menyebabkan berlakunya luluhawa, hakisan tanah,
gelongsoran tanah dan tanah runtuh. Aktiviti pertanian di kawasan cerun akan
mempercepatkan kadar hakisan cerun. Contohnya; pembajakan dan perataan cerun
untuk tanaman teh, sayur-sayuran dan strawberi di Tanah Tinggi Cameron merupakan
faktor utama peningkatan kadar hakisan cerun di Tanah Tinggi tersebut.

Selain itu, permintaan penduduk terhadap kediaman mewah, hotel resort dan
lebuh raya memaksa cerun-cerun bukit dipotong, ditarah dan diratakan bagi memenuhi
permintaan tersebut. Cerun-cerun yang menerima gangguan ini akan berkeadaan tidak
stabil dan kadar hakisan pada cerun itu semakin meningkat kerana ketiadaan
tumbuh2an litup bumi dan kelonggaran pada struktur tanah.

Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh manusia turut menjejaskan sistem


hidrologi. Mereka menyalirkan racun serangga ke dalam sungai menyebabkan fungsi
sungai sebagai rantaian ekosistem akuatik terganggu.

b. Gangguan Sistem Hidrologi

Aktiviti penyahhutanan telah menyebabkan gangguan kepada sistem hidrologi seperti


gangguan terhadap fungsi kawasan tadahan air, mengurangkan simpanan air bawah
tanah serta mengurangkan kuantiti dan bekalan air kepada sistem sungai. Aktiviti
perindustrian mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai, air laut dan air bawah
tanah.

Gambar 4: Aktiviti penyahutanan menyebabkan


sistem takungan air bawah tanah terganggu

Kegiatan pertanian yang dijalankan oleh manusia turut menjejaskan sistem


hidrologi. Mereka menyalirkan racun serangga ke dalam sungai menyebabkan fungsi
sungai sebagai rantaian ekosistem akuatik terganggu

Kesan Ke Atas Manusia

Kesan hubungan antara manusia dengan alam sekitar adalah seperti yang berikut:

a. Sumber pendapatan terjejas.


b. Kekurangan sumber akuatik menyebabkan kekurangan sumber protein.
c. Kehilangan nyawa. (penyakit)
d. Kehilangan khazanah flora & fauna yang berharga kepada generasi akan datang.
e. Kekurangan sumber kayu kayan yang tertentu untuk industri pembalakan.
f. Menyediakan kos baik pulih
7.5 LANGKAH MENGATASI PERTALIAN YANG TERLIBAT

Langkah mengatasi hubungan pertalian yang terlibat antara manusia dengan alam sekitar
adalah melalui cara seperti berikut:

a. Perundangan
b. Bukan perundangan

Langkah Perundangan

Bagi mengatasi masalah yang timbul di antara pertalian, kerajaan menggubal undang-undang
seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974-bertujuan untuk menghalang kemerosotan alam sekitar
dan memperbaiki alam sekitar. Undang-undang yang digubal itu mempunyai peruntukan yang
jelas tentang beberapa masalah yang berkaitan dengan alam sekitar.

Akta Alam Sekitar 1974,mempunyai peruntukan yang jelas mengenai beberapa masalah
yang berkaitan dengan alam sekitar. Sebagai contoh,pencemaran udara(seksyen
20),pencemaran bunyi bising(seksyen 23),pencemaran tanah(seksyen 24),dan sebagainya
adalah termaktub di bawah Akta Alam Sekitar 1974.

Langkah Bukan Perundangan

Langkah bukan perundangan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesan antara pertalian
manusia dengan alam sekitar adalah seperti mana yang berikut:

a. Amalan pengurusan yang strategik


Untuk mengawal hakisan tanih dan keladak. contoh,langkah yang diambil ialah dengan
menanam tumbuhan tutup bumi dan mengurangkan pemotongan cerun iaitu kurang
daripada 45’, menanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang.
Dalam bidang pertanian pula,kaedah tanam secara kontur,teres,dan sebagainya
digunakan.
b. Untuk mengawal pencemaran udara
Pencemaran udara dapat dikurangkan dengan menyemai amalan berkongsi kenderaan,
melarang aktiviti pembakaran terbuka,meletakan industri mengikut jenis dan zon-zon
yang sesuai dan jauh daripada kawasan kediaman.
c. Mengawal kuantiti dan kualiti air agar bersih

Gambar 4: Air dirawat di loji kumbahan

Kualiti air dapat di kawal dan dijaga dengan membina sistem perangkap sampah di
sungai bagi mengelakkan sampah hanyut di dalam sungai, merawat sisa-sisa seperti sisa
kumbahan dan sisa buangan industri sebelum dialirkan ke sungai,tasik,dan kolam selain
mewujudkan kawasan rizab tadahan air.

d. Mengawal sumber kepelbagaian biologi daripada musnah atau pupus.

Sumber kepelbagaian biologi dapat dielakkan daripada musnah dengan melakukan


program seperti program perhutanan semula dan membuat penyelidikan dan
pembangunan bagi menjamin kelangsungan kepelbagaian biologi.

e. Melaksanakan pendidikan alam sekitar

Pelaksanaan pendidikan alam sekitar dijalankan melalui pendidikan formal dan tidak
formal dan Kempen kesedaran bagi memberikan orang awam tentang kepentingan
menjaga alam sekitar.
4.6 SOALAN TUTORIAL

1. Jelaskan secara ringkas tentang definisi sumber manusia dan definisi alam sekitar.
2. Jelaskan bagaimana manusia dan alam sekitar saling berkaitan.
3. Terangkan bagaimana manusia memberi kesan terhadap alam sekitar.
4. Jelaskan langkah mengatasi yang boleh di ambil terhadap pertalian yang terlibat.
4.7 RUJUKAN

Dr. Puziah Abdul Latif. 2003. Sisa Industri Strategi Mengurangkannya ke Arah Teknologi Bersih.
Era Hijau, : Penerbit UPM. Ms 6 – 7.

Haliza Abdul Rahman.2007. Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia.
http:// sessums. Word press. Com

Jabil Mapjabil. 2007. Seminar Kebangsaan Geografi “Dunia Tanpa Sempadan”. http:// bill @
USM .my

Jamaluddin Md. Jahi.1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: UKM. Ms 133 –
209.

Jones, H.(1990). Population Geography. Paul Champ, London.

Katiman Rostam, Noraziah Abdul Yaakub, Mohd Jahi Mokhtar Jaafar. 2000. Alam, Manusia dan
Pembangunan Di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Ms 74 – 84.

Katiman Rostam, Noraziah Abdul Yaakub, Mohd Jahi Mokhtar Jaafar. 2000. Alam, Manusia dan
Pembangunan Di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Ms 74 – 84.

Krenkel, P.A. & Novoyny, V. 1980. Water Quality Management,New York: Academic Press

Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Yaziz. 2001. Teknik Memantau Pencemaran Air dan Udara. Era
Hijau, : Penerbit UPM. Ms 14 – 15.

Rosnah Talib. (1988),Geografi Penduduk dan Negara Membangun,Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

Weeks, J.R (2005).Population An introduction to concepts and issues Thomson, Belmont.

You might also like