You are on page 1of 4

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukran Jazilan ya Pengerusi Acara..


Barisan Hakim yang arif lagi bijaksana serta hadirin hadirat semua
Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara
Haraplah mendengar isi ceritanya

Kawan – kawan, Nabi Adam as adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah
dari tanah. Malah, ia juga adalah nabi pertama yang diutuskanNya.

Allah SWT telah memerintahkan Adam tinggal di syurga…

Indahnya syurga bukan kepalang,


Sungai mengalir sejuk dan tenang
Makanan terbayang terus terhidang
Nikmatnya Allah tiada terbilang

Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah At-Tin
ayat 4:

Maksudnya: ‘’ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang


sebaik baiknya.
Namun dunia hari ini perlihatkan kejadian pembuangan dan pemerdagangan bayi
semakin menjadi jadi dikalangan kita.
Sahabat sekalian,
Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah dibumi menimbulkan kebimbangan
para malaikat. Lalu mereka bertanya:
“ Mengapa engkau hendak menjadikan khalifah dibumi,orang yang akan membuat
kerosakan padanya dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih
dan menyucikan Engkau.’’

Lalu Allah berfirman,

Maksudnya : “Tuhan berfirman: “Sesungguhya Aku mengetahui apa yang kamu


tidak mengetahuinya’’.

Al – Baqarah:ayat 30
Adam dicipta ditiup rohnya
Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membantah tiada
Iblis membangkang membangga dirinya
Lalu ia diusir dari syurga
Berjanji akan sesatkan manusia –sepohon kayu
Begitulah kawan –kawan janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang
kita ada.

Sahabat semua,

Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama nama benda yang ada dimuka
bumi. Kemudian Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam.Kebijaksanaan
Adam dikagumi oleh para malaikat.

“Maha suci Engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan apa –apa
melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami.Sesugguhnya Engkaulah yang
maha mengetahui lagi maha bijaksana.”

Lalu Allah berfirman :

Maksudnya:Bukankah aku telah katakan kepada kamu,bahawasanya aku


mengetahui rahsia langit dan bumi dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan
dan apa yang kamu sembunyikan?”.

Al- Baqarah: ayat 33


Wahai sahabat,

Di dalam syurga Adam sebatang kara


Sepi di jiwa tiada teman bicara
Nikmat di syurga memang tiada taranya
Namun Allah tahu segalanya – Hanya Tuhan Yang Tahu
Ketika sedang melayan jiwa yang lara,Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa
dari tulang rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada
disisinya.Lalu Malaikat bertanya;
“Wahai Adam, siapakah makhluk yang berada disisimu?’’
Sesuai dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah pada Adam,ia menjawab;
“Seorang perempuan.”
Tanya Malaikat lagi, Siapa namanya?”
Jawab Adam, Hawa.”
“Untuk apa Allah ciptakan makhluk ini?”Tanya Malaikat lagi
“Untuk mendampingiku,membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai
dengan kehendak Allah SWT”. Jawab Adam.
Maka Tinggallah Adam dan Hawa menikmati segala keindahan dan kemewahan di
dalam syurga dengan hati yang gembira.
Firman Allah dalam surah Al A’raf ayat 19:
Maksudnya: “Dan Wahai Adam! Tinggallah kamu dan isteri di dalam syurga serta
makanlah dari makanannya sepuas puasnya apa sahaja yang kamu brdua sukai,
dan janganlah mendekati pokok (jika kamu menghamprinya) maka terjadilah kamu
dari orang - orang yang zalim”.
Allah juga berpesan yang iblis akan sentiasa menyesatkan dan mengheret
mereka keluar dari syurga
Setiap manusia dicipta berpasang pasangan. Tujuannya untuk saling bantu
membantu dan berkasih sayang.
Namun pada masa kini kes penceraian mencatat peningkatan yang semakin
membimbangkan.Sedangkan Allah amat membenci kepada penceraian.
Kawan kawan,
Tipu daya iblis berjaya memesongkan iman Adam dan Hawa.

Buahlah khuldi buah larangan


Perintah Allah jangan dimakan
Iblis memujuk cuba rasakan
Kesedapannya tiada tandingan – pantun

Firman Allah SWT dalam surah Al A’raf: ayat 23


Maksudnya: “Bukankah aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan aku
katakan kepada kamu, bahawa syaitan itu musuh kamu nyata?”

Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Oleh itu, janganlah kita
mudah terpedaya dengan godaan dan hasutan mereka.
Kisah Nabi Adam di syurga tamatlah sudah
Jadikan teladan iktibar semua
Hukuman Allah itulah padah
Menyesal kemudian tiada gunanya

Terima kasih untuk semua


Mendengar cerita jemunya tiada
Mana yang buruk ambil iktibarnya
Apa yang buruk elakkanlah ya.

Sekian,Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

You might also like