You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN HUJUNG KETON

SUNGAI TIANG, PENDANG, KEDAH.


MINIT MESYUARAT GURU DAN STAF SIRI 1 / 2018

TARIKH: : 27 /12 /2017 (KHAMIS)


MASA : 9.30 Pagi
tEMPAT : Makmal Komputer

KEHADIRAN : 16 /17

1. En. Abdul Haris bin Mohd Zain Guru Besar


2. Pn. Che Laili bt Sulaiman Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Ahmad Nizam bin Hassan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Mohd Yusri bin Nayan Penolong Kanan Ko Kurikulum
5. Pn. Hamidah binti Mehat
6. En. Ruzaidy bin Ismail Tidak Hadir ( Menunaikan Umrah)
7. Pn. Syakirah binti Mahmud
8. En. Aris Fadzillah bin Jaafar Zabri
9. Pn. Mazatul Iqlima binti Abdullah
10. En. Mohd Fadli Husni bin Abu Bakar
11. Pn. Nurul Huda binti Rozali
12. Pn. Norhizam binti Sareh
13. Pn. Azizah binti Ismail
14. En. Mohd Aslan bin Kassim
15. Pn. Rosnani binti Abdul Khadir
16. En. Ahmad Tamizi bin Abu
17. Pn. Holijah bt Hamid

UCAPAN PENGERUSI

i. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan semua guru,
penolong kanan yang telah berjaya menjalankan tugas dan aktiviti
sepanjang tahun 2017. Beliau memulakan mesyuarat dengan membaca
ummul kitab Al fatihah.

ii. Beliau juga menucapkan tahniah kepada semua guru yang telah berjaya
menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2017.

iii. Guru besar menyatakan isu cikgu Azizan sangat memberi kesan kepada
para guru seluruh Malaysia dan sedikit sebanyak akan memberi kesan
tugasan guru pada hari-hari mendatang khususnya pada tahun 2018.

1
PERBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS

i. Mesyuarat dibentangkan oleh En. Ahmad Tamizi bin Abu Setiausaha


pentadbiran dicadang pengesahan oleh Pn. Rosnani bin Abdul Khadir serta
disokong oleh Cikgu Selamat bin Abdul.

MASALAH BERBANGKIT

i. Bendahari PIBG perlu membuat surat susulan kepada Dato YB Suraya bin
Yaacob terhadap sumbangan RM 5000.00 yang disumbangkan pada tahun
lepas.
ii. Membuat kutipan semula khairat kematian yang belum dikutip pada tahun
2017.
iii. Baju sukan murid yang baharu telah siap ditempah akan diedarkan semasa
pendaftaran kelas 2018.
iv. Surat panggilan /surat mesyuarat perlu dicetak sehalai sahaja dan seterusnya
dihebahkan melalui aplikasi whatapps.
v.

Guru besar menyatakan semula pesanan dan perutusan Tuan Pengarah. Harapan dan
pesanan beliau adalah seperti berikut:-

PESANAN TUAN PENGARAH JPN

i. Pihak pentadbir perlu menangani isu tekanan dan beban kerja guru di
sekolah dengan bijak.
ii.
iii. Beliau meminta semua guru menyahut cabaran ASPIRASI KEDAH
UNGGUL 2020 iaitu meningkatkan kemenjadian murid secara holistik
dalam bidang akademik, kokurikulum dan saksiah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspirasi Unggul Kedah Unggul 2020
merangkumi 4 aspek seperti berikut

a) Pembelajaran Murid
b) Guru dan Pemikiran Sekolah
c) Tranformasi Pengurusan
d) Struktur Sistem

UTUSAN DARIPADA PEGAWAI PPD PENDANG

i. Pegawai PPD mengharapkan semua sekolah dapat melakukan


lompatan saujana terhadap pencapaian UPSR 2017. Semua sekolah
perlu merancang dan melakukan aktiviti dengan lebih agresif lagi.

ii. Guru perlu merancang dan melaksanakan pdp dengan lebih berkesan
lagi untuk mencapai hasrat lonjakan saujana.

2
iii. Semua guru kelas wajib memastikan semua kelengkapan peralatan
sekolah lengkap untuk semua murid pada hari pertama sekolah.

iv. Guru yang terlibat dengan LINUS dapat membuat perancangan awal
untuk penguasaan dan peningkatan murid LINUS.

PENGURUSAN SEKOLAH

i. Semua guru dikehendaki hadir pada 29.12.2016 untuk membuat persediaan


pembukaan sekolah dan pendaftaran semula 2017 seperti mengutip wang
tambahan dan menerima jadual kelas.

ii. Pada tarikh tersebut juga akan diadakan taklimat pra dan waris tahun satu

Tindakan Guru Kelas

iii. Program transisi akan dijalankan selama 3 minggu guru kelas diminta
menyediakan senarai ajk untuk kelancaran program tersebut.

Tindakan guru kelas tahun 1

Waktu kehadiran Sekolah

iv. Guru besar memberitahu bahawa waktu persekolahan 2017 bermula jam 7:45
pagi dan semua guru diminta berada di sekolah sekurang-kurangnya 7:30
pagi.

v. Guru bertugas mesti berada di sekolah pada pukul 7:00 pagi untuk
menjalankan aktiviti bacaan, program penyayang dan RMT.

vi. Beliau juga meminta agar semua guru menulis waktu kehadiran pada awal
pagi dan mencatat waktu pulang agar mudah untuk direkodkan di dalam
komputer dan semakan pegawai PPD dan JPN.

vii. Beliau memberitahu kepada warga guru bahawa waktu kehadiran beliau ke
sekolah pada pukul 8.00 pagi dan pulang jam 5.00 ptg dan waktunya adalah
fleksibel.

viii. Cikgu Nizam memaklumkan agar guru waktu pertama kelas perlu mencatat
kedatangan murid dan dihantar ke pejabat untuk direkod.

Makluman : Semua guru dan staf


Buku Rekod Mengajar
3
ix. Guru besar menyatakan bahawa penyediaan rekod mengajar boleh dilakukan
di dalam fail dan buku dan perlu dihantar minggu terakhir Januari.

x. Buku rekod PDP perlu dihantar setiap hari khamis untuk disemak oleh guru
besar atau pentadbir.

Tindakan : semua guru


Jadual Waktu
xi. Penolong Kanan Pentadbiran memaklumkan bahawa jadual waktu disediakan
mengikut sistem baharu mengikut jumlah jam setahun berdasarkan
matapelajaran. Sekolah Hujung Keton menyusun jadual berdasarkan 36
minggu.Sila rujuk cikgu Aris untuk makluman lanjut
Cuti
xii. Guru besar meminta agar permohonan cuti CRK atau mana-mana cuti agar
membuat permohonan awal untuk memudahkan PK membuat gantian

Tindakan : semua guru dan staf

PENGURUSAN BILIK DARJAH

i. Guru besar memaklumkan bahawa kelas perlu disusun mengikut pembelajaran


abad ke 21 dan mempunyai ciri-ciri berikut:

a) Plan kecemasan
b) Maklumat di papan kenyataan
c) Sudut mata pelajaran
d) Keceriaan kelas

ii. Sila rujuk buku pengurusan untuk rujukan tugasan guru pada bilik khas seperti
makmal, surau, bilik tanyangan dan sebagainya.
Tindakan : semua guru

iii. Guru besar memaklumkan kepada cikgu Ruzaidy agar kemasukan makmal
komputer perlu ditanggal kasut bermula 2017.

Tindakan : Cikgu Ruzaidy

iv. Setiap bilik khas perlu mempunyai ciri-ciri berikut :

a) Peraturan
b) Buku penggunaan
4
c) Jadual
d) Sudut dan papan kenyataan

Tindakan : guru berkenaan


Keterampilan Guru
v. Guru besar meminta agar semua guru berpakaian kemas dan bertali leher dan
memakai blazer pada waktu perhimpunan

vi. Guru juga perlu memakai tanda nama

Tindakan : semua guru


HAL-HAL LAIN

i. Guru besar membuka perbincangan tentang aturcara perhimpunan Rasmi.


Mesyuarat bersetuju menentukan aturcara perhimpunan seperti berikut :-

a) Negaraku
b) Lagu sekolah
c) Bacaan Doa
d) Laporan Minggu Sebelumnya
e) Ucapan Guru bertugas Mingguan
f) Ucapan Pentadbiran
g) Lagu Negeri Kedah

Tindakan : Guru Bertugas Mingguan

ii. Aturcara Perhimpunan Biasa

Isnin : Satu peraturan dan hadis


Selasa : Sifir
Rabu : Bahasa Inggeris
Khamis : Bacaan Yasin

iii. Guru besar meminta semua guru memberi laporan tentang kerosakan alat
elektrik dan soket di semua bilik kelas dan bilik khas

Tindakan : Guru kelas dan guru bilik Khas

iv. Puan Rosnani melaporkan keretakan dinding di bilik pemulihan

Tindakan : HEM dan Pentadbir

v. Ustazah Huda memaklumkan bahawa Lawatan ke langkawi akan ditunda ke


bulan April kerana bulan Mac diadakan LIMA menyebabkan kos akan
meningkat.

Tindakan : makluman
5
PENUTUP

i. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas perbincangan pada hari


ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 pm

Disemak oleh,
Disediakan oleh,

…………………….............…... …………………………………….
( AHMAD TAMIZI BIN ABU )
(CHE LAILI BINTI SULAIMAN )
Setiausaha,
Penolong Kanan Pentadbiran
Pentadbiran 2017
SKHK

You might also like