You are on page 1of 6

SMK MUNSHI ABDULLAH

75350 BATU BERENDAM, MELAKA.


MINIT MESYUARAT GURU BIL 1/2018

Tarikh : 27 Disember 2018

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Dewan Intelek Aspuri

Kehadiran guru : Semua guru hadir kecuali:

1. Pn. Fariza Hani Binti Ya’acob - Cuti sakit

2. Pn. Hasmaliza Binti Abduk Malek - Mesyuarat penandaan SPM

3. Cik Heng Gi Wa - Dengan kebenaran pengetua

4. Pn. Lorita ak Eppie - Dengan kebenaran pengetua

5. En. Masnawi Bin Muhamad - Mesyuarat penandaan SPM

6. Pn. Nurul ‘Ain Binti Mazalam - Cuti bersalin

7. En. Omar Bin Yahya - Mesyuarat penandaan SPM

8. Pn. Siti Aishah Binti Hussin - Dengan kebenaran pengetua

9. Pn. Wan Arihan Binti Wan Abdul Aziz - Mesyuarat Penandaan SPM

10. Pn. Wan Roshani Binti Wan Mahmud - Mesyuarat Penandaan SPM

11. Cik Wong Yoke Fuen - Dengan kebenaran pengetua

12. Pn. Aisha Binti Othman - Dengan kebenaran pengetua

13. En. Irfan Bin Mohd. Nasir - Cuti sakit

14. En. Pasupathy Pillay - Dengan kebenaran pengetua

15. Pn. Yeap Lee Chin - Cuti sakit


1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Tuan Pengetua Hj. Yusof bin Othman mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat guru kali pertama dan selamat bertugas bagi tahun 2018.
1.2 Beliau memaklumkan pada hari pertama persekolah iaitu pada 02 Januari 2018
ada lawatan daripada pihak nazir ke sekolah-sekolah negeri Melaka. Setiap guru
mesti menyediakan buku rekod.
1.3 Tuan pengetua memaklumkan pada hari Rabu minggu pertama persekolahan akan
diadakan mesyuarat jawatankuasa kokurikulum bagi tahun 2018. Guru sesi pagi
akan diadakan pada pukul 2.00 petang manakala guru sesi petang pada pukul
12.00 tengah hari.
1.4 Tuan pengetua juga memaklumkan pada hari khamis bersamaan 04 Januari 2018
akan diadakan mesyuarat post mortem tingkatan 3 ( PT3 ) 2017.
1.5. Tuan pengetua mengucapkan selamat datang dan memperkenalkan guru-guru
baru iaitu Puan Nor Asma’ Binti Kamarul Zaman yang berpindah dari Sabah bagi
menggantikan ustaz Ishak Bin Ismail ke SMK Ayer Molek. Manakala Tn Hj Said
telah berpindah ke SMK Hang Tuah. Masih ada pergerakan guru pada bulan
Januari ini disebabkan faktor lebihan opsyen.
1.6 Tuan pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang datang ke sekolah
pada hari ini. Bagi guru-guru yang tidak hadir pada hari ini, guru tersebut telah
mendapat kebenaran dan bersebab. Manakala permohonan menamatkan
perkhidmatan bagi Pn Faridah Binti Kamaludin masih belum mendapat kelulusan
daripada Kementerian Pelajaran lagi.

Tindakan : Makluman

2.0 Hala Tuju Sekolah dan Etika Kerja

2.1 Tuan pengetua memaklumkan kepada guru-guru supaya bersedia menghadapi


gelombang kedua bagi mencapai hala tuju sekolah dan etika kerja.
2.2 Bagi guru-guru yang telah selesai melaksanakan ITHINK, maka guru dianggap
telah menghadiri LDP untuk 3 hari.
2.3 Tuan pengetua memaklumkan sekolah perlu meletakkan Hala Tuju Sekolah dan
Etika Kerja yang cemerlang berpandukan beberapa perkara iaitu :

2.3.1 Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera yang berkualiti,


insan terpilih dan rakyat sejahtera.
2.3.2 Melestarikan Sistem Pendidikan Berkualiti.
2.3.3 Budaya Munshi daripada 1978 sentiasa diingatkan iaitu M- Mesra,U-
unggul, N- Nekad, S- Syukur, H- Harmoni, I- Iltizam. Bagi moto sekolah
iaitu ‘Usaha tetap jaya' dan Etos pula ‘Munshi Warisan Kepimpinan’ tidak
perlu ada alasan
- Tuan pengetua telah mewujudkan jawatan kuasa pentadbiran bagi
menentukan agihan tugas guru-guru 2018 dengan mengambil kira
kesihatan guru dan telah disahkan oleh beliau.
- Jadual waktu yang memerlukan banyak pergerakan guru telah
dikurangkan.
- Ucapan selamat kembali diucapkan kepada Pn Chew setelah
mengalami masalah kesihatan selepas bersalin.
2.3.4 Hala tuju sekolah ke arah sekolah kluster cemerlang menjelang 2018
hingga 2020 dalam bidang akademik, hal ehwal pelajar, kokurikulum dan
pengurusan sekolah.
- Berdasarkan pencapaian akedemik bagi keputusan PT3 2017 telah
menunjukkan peningkatan dengan pencapaian GPS sekolah sebanyak
3.23% berbanding 3 tahun yang lalu bagaimanapun lebih ramai calon
mencapai tahap tidak menguasai daripada menguasai.
- Sekolah juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan peratusan
pencapaian keputusan SPM dan STPM pada tahun 2018.

2.3.5 Hala tuju akademik dalam program kecemerlangan akademik yang berfokus
dengan mengadakan bengkel teknik menjawab, kelas tambahan dan
perkampungan ilmu mengikut kelompok .
a. PDPC yang berkesan dengan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
( KBAT ) yang merangkumi kemahiran pelajar menganalisis, mengaplikasi
menilai dan mencipta.
b. Kemahiran Pendidikan Abad ke 21 yang merangkumi pemikiran kritikal,
komunikasi, kolaborasi dan kreativiti dan inovasi.
- Perubahan abad ke 21 cara penulisan buku rekod telah diubah kepada sistem
fail yang dipanggil fail rekod PDPC.
c. Pemantauan berfokus dalam PDPC iaitu guru sebagai perancang, pengawal
dalam proses pembelajaran dan suasana pembelajaran, pembimbing bagi
menguasai pengetahuan, kemahiran pelajar dan menerap nilai-nilai murni.
- Guru sebagai pendorong dengan memberi motivasi kepada pelajar,

menyediakan kem insaniah dan softskill untuk menilai tahap penguasaan


pelajar.
- Mengalakkan murid belajar secara aktif di dalam kelas.
d. Memaksimumkan waktu PDPC melindungi masa instruksional waktu kerja
bermula 7:30 pagi hingga 2:30 petang bagi sesi pagi manakala sesi petang
bermula pukul 11.55 hingga 6.40 petang.
e. Memotivasikan pelajar untuk menggalakkan persaingan dan akan diberikan
satu pengiktirafan.
2.3.6 Hala tuju murid.
i. Peratus pencapaian kehadiran murid pada tahun 2016 mencapai 89.75%, 2017 -
89.60% tetapi peratus merosot pada bulan november iaitu 73.9%. Jangkaan
peratus kehadiran akan meningkat sebanyak 3% daripada tahun 2017.
ii. Program peningkatan sahsiah dan disiplin murid.
- Tanggungjawab semua guru untuk meneruskan program merit dan dimerit
kepada pelajar.
- Aspek 7K iaitu Iklim Sekolah Hasanah yang dikaitkan dengan kebersihan
dan keceriaan di dalam bilik darjah,persekitaran sekolah termasuk keadaan
tandas.
- Memastikan keselamatan murid semasa melintas jalan, di padang keadaan
fizikal sekolah.
- Murid yang menghadapi masalah kesihatan perlu direhatkan di bilik sakit.
Keadaan bilik sakit perlu diambil perhatian kerana pesakit murid lelaki dan
perempuan tiada bilik pengasingan.
- Kebajikan murid perlu disediakan dari segi keperluan asas dan kesejahteraan
murid.
- Penerapan nilai kepimpinan yang terdiri daripada badan pengawas dan badan
kepimpinan tingkatan 6.
- Penerapan kerohanian dengan cara solat berjemaah dan meneruskan program
bacaan yassin setiap hari jumaat. Bagi murid bukan muslim, murid ini
mengikuti program moral.

Tindakan : Makluman
2.3.7 Hala Tuju Kokurikulum
- Pentadbiran Kokurikulum pada tahun 2018 membuat perubahan iaitu
mempunyai identiti, berwatak dan rupa yang berpakaian seragam.
- Pada tahun 2018 aktiviti kokurikulum mengikut jadual latihan yang terancang secara
Berterusan.
- Pada tahun ini juga akan ada sistem kejurulatihan dan kepakaran dalam aktiviti sukan
dan permainan dan badan beruniform.
- Aset dan stok peralatan sukan perlu ada system penyimpanan yang teratur.
- Aktiviti kokurikulum yang dijalankan mesti menitikberatkan keselamatan
murid sama ada di padang atau di luar kawasan sekolah.
2.3.8 Hala tuju pengurusan sekolah.
- Hala tuju sekolah ialah KERJA CEMERLANG yang membawa maksud K- Kerja
mesti ikhlas, E – Elak konflik, R – Rasa malu dan berdosa, J – Jujur dengan diri
sendiri, A- Allah melihat anda bekerja, C- Cinta kerjaya, E- Emosi terkawal, M- masa
ditepati, E- Etika kerja dipatuhi, R- rajin bekerja/berkorban, L – Larangan dipatuhi,
A- Amanah, N- Nasihat dan G- Guru cemerlang.
- Masa waktu berkerja perlu dipatuhi dan mendidik mesti dari hati dengan penuh
integriti, wajah munshi wajah berseri.

Tindakan : Makluman

3.0 Agihan Tugas dan Takwim 2018 Sekolah 2018

3.1 Pengurusan Pentadbiran dan Kurikulum

3.1.1 Pengurusan pentadbiran dan kurikulum memfokuskan untuk melahirkan pelajar


berkualiti.Selain itu,warga Munshi juga diminta untuk menghayati visi, misi dan etos
bagi membentuk jati diri Munshi yang utuh.

3.1.2 Enrolmen guru dan anggota pelaksana


-Jumlah guru yang terdapat di SMK Munshi Abdullah pada masa kini seramai 166
guru dan akan bertambah untuk mengisi kekosongan bagi menggantikan guru
yang berhenti dan bertukar. Manakala tugas anggota pelaksana pula hanya
melibatkan 17 orang sahaja.

3.1.3 Jadual guru bertugas sepanjang tahun.

-Jadual guru bertugas mingguan sidang pagi dan sidang petang seperti yang
dilampirkan dalam buku pengurusan tugas. Jumlah guru yang ditetapkan pada
sidang pagi ialah 5 orang bagi setiap minggu manakala bagi sidang petang
seramai 3 orang seminggu.

- GPK 1 mencadangkan agar guru-guru bertugas mengawal pelajar –pelajar


mengikut di tempat yang ditetapkan bagi memudahkan guru-guru untuk
memantau kehadiran pelajar pada waktu pagi

3.1.4 GPK 1 turut menghuraikan carta organisasi bagi setiap unit seperti dalam Buku
Pengurusan dan Takwim.

Tindakan : Makluman

4.0 Hal-hal lain

4.1 Puan Zuriah bt Haron akan mula bertugas di sidang petang mulai tahun ini. Manakala
Puan Fariza Hani dan Ustazah Norhasidah pula akan bertugas di sidang pagi.

4.2 Permohonan cuti harus diisi menggunakan aplikasi atas talian di laman HRMIS dan
perlu mengisi borang untuk simpanan rekod pejabat.

4.3 En Hashim menukarkan Jawatankuasa Bulan Sabit Merah dan Jawatankuasa Pergigian
bagi sidang petang kepada Puan Zuriah bt Haron.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari

Disediakan oleh:

(NOOR SYAFRIZA AZAMIAH BT KAMARULZAMAN)


Setiausaha
Mesyuarat Guru 2018
Disediakan oleh :

(SITI ZANARIAH BT SAFAR)


Setiausaha
Mesyuarat Guru

You might also like