You are on page 1of 29

MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID1

MANUAL MENANGANI
KES GANGGUAN SEKSUAL MURID

1. PENDAHULUAN

Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta


Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di
bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak
boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan,
menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh
terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau
menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan
seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan
gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a) Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara
langsung atau melalui media cetak dan elektronik.
b) Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c) Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d) Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e) Mencium kanak-kanak dengan bernafsu.
f) Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g) Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai
bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.
h) Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.
i) Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j) Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k) Melakukan onani terhadap kanak-kanak.
l) Melacurkan kanak-kanak.

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat
mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak
boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak
sekolah sahaja.
Oleh yang demikian, manual menangani gangguan seksual murid ini akan menjadi
garis panduan kepada semua warga sekolah melaksanakan langkah-langkah
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID2

pencegahan dan pemulihan untuk menghadapi situasi yang sedang berlaku serta
tatacara bertindak.
Manual ini mengandungi penerangan ringkas berhubung perlakuan gangguan
seksual ke atas murid dari aspek:

(a) Akta yang berkaitan ( Akta Pelindungan Kanak-Kanan dan Akta


Pendidikan)

(b) Kanun Keseksaan merujuk kepada undang-undang negara di bawah


Seksyen 354, 355, 372, 373, 375, 376, 377A, 377B, 377C, 377D, 377E dan
509.
Akta Kanak-kanak (2001)
“ Sesiapa saja melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum dan sekiranya
didapati bersalah boleh dihukum penjara dan/atau disebat dan/atau
didenda. Mangsa adalah pengadu yang dikehendaki memberi keterangan di
mahkamah sebagai seorang saksi. Untuk mengurangkan trauma yang
dialami oleh mangsa, adalah perlu untuk diberi perkhidmatan kaunseling
perundangan dan sokongan sebelum, semasa dan selepas perbicaraan
dijalankan. Mangsa perlu mendapat perkhidmatan guaman untuk
melindungi kepentingannya dan bertindak bagi pihaknya ketika
perbicaraan” (dengan berperanan sebagai peguam pemerhati).

(c) Kategori, Perlakuan dan Kesan Gangguan Seksual;

(d) Tindakan Orang Yang Mengalami Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(e) Tindakan murid-murid, ibu bapa, pihak sekolah dan Guru Bimbingan dan
Kaunseling yang Mengendalikan Aduan Gangguan Seksual (Kes Rogol);

(f) Menangani Kesan Gangguan (Kes Rogol); dan

(g) Program Pencegahan Gangguan Seksual Di Sekolah


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID3

1.1 TUJUAN

Manual ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-
langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

(a) Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak


sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

(b) Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual


terhadap murid.

(c) Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak
sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

(d) Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

(e) Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani


gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

1.2 TAFSIRAN

“Rogol” bermaksud dalam undang-undang jenayah, istilah merujuk kepada serangan


seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk
melakukan hubungan seksual seperti memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam faraj
perempuan.

Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau


"dipukul untuk seksual", juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang
yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur; ini dikenali sebagai "rogol
statutori".

Dalam bahasa pasar, istilah "rogol dating" atau "rogol kenalan" (acquaintance rape)
merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang ‘dating’ atau berkenalan.
Rogol yang disebabkan penggunaan pukau untuk membuat mangsa mereka tidak
sedar akan diri sebelum diserang.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID4

“Sumbang Mahram” bermaksud kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat
seperti ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung (abang, kakak, adik), saudara tiri
(bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu.

“Cabul” bermaksud sebagai satu bentuk gangguan seksual yang melibatkan


sentuhan pada tubuh badan mangsa tanpa kerelaan.

“Liwat” bermaksud sebagai memasukkan alat kelamin lelaki atau objek ke dalam
dubur individu yang lain.

Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi
atau tidak diterima seperti;

a) Perkataan yang digunakan, jenaka, simbol, kartun, simbol, lukisan, gambar atau
poster lucah.
b) Mecabul kehormatan, meraba, memegang dan menggesel tubuh badan dengan
sengaja.
c) Mengemukakan soalan yang berkaitan dengan anggota sulit.
d) Mencadang atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
e) Memalukan seseorang dari segi seksual.
f) Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
g) Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.

1.3 OBJEKTIF

a) Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.

b) Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.

c) Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan


merahsiakannya.

d) Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan


kesalahan supaya tidak berulang lagi.

e) Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.

f) Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID5

1.4 Kategori Gangguan Seksual

Gangguan seksual yang digambarkan boleh di kategori seperti berikut;

a) Cubaan Untuk Merapati Orang Lain Secara Seksual


Secara umum, semua kategori dan bentuk perlakuan serta gangguan seksual
termasuk dalam perbuatan “merapati orang lain secara seksual”. Perbuatan ini
mengambil berbagai bentuk dan dilakukan dengan berbagai cara yang boleh
berlaku sekali sahaja atau berulang kali sehingga mendapat reaksi daripada
pengadu.

b) Meminta Layanan Seksual Daripada Orang Lain


Kategori gangguan seksual ini lebih khusus dan boleh berlaku dalam keadaan
dianggap sebagai ganjaran dan faedah-faedah lain yang dijanjikan sekiranya
pengadu bersetuju memberikan layanan seksual kepada pemangsa.

(c) Gangguan Seksual Yang Mengugut


Keadaan seperti ini boleh berlaku apabila terdapat elemen ugutan cubaan untuk
merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual bagi
mendapatkan faedah tertentu seperti yang dinyatakan di atas. Perbezaannya
ialah pengadu tidak dijanjikan dengan faedah-faedah tertentu sebaliknya diugut
tidak akan mendapat faedah-faedah seperti contoh yang dinyatakan sekiranya
pengadu tidak membenarkan pemangsa tersebut merapatinya secara seksual
atau enggan memberi layanan seksual kepadanya.
Contoh; sekiranya permintaan untuk layanan seksual tersebut ditolak, mangsa
diugut dan sebagainya
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID6

1.5 PANDUAN PENCEGAHAN


Peranan Murid

a) Murid perlu mengamalkan tingkah laku dan akhlak yang mulia.

b) Tidak menyalahkan diri sendiri dan meminta bantuan daripada rakan serta guru.

c) Elakkan diri daripada terperangkap dalam situasi yang menggalakkan


berlakunya gangguan seksual contoh: pergaulan bebas, penggunaan laman
sosial secara tidak sihat.

d) Jika murid mengalami gangguan seksual, murid hendaklah melaporkan kepada


orang yang dipercayai seperti ibu bapa/ penjaga dan guru bimbingan dan
kaunseling supaya mendapat nasihat dan tunjuk ajar bagi mengatasi masalah
tersebut.

e) Membuat panggilan ke talian Nur 15999 untuk mendapatkan pelindungan

f) Merujuk kepada pegawai perubatan untuk mendapatkan rawatan dan


pengesahan di hospital atau ‘One Stop Crisis Center’.

Peranan Ibu Bapa

a) Memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang sempurna dan


mengamalkannya.

b) Sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan kenali rakan sebaya mereka.

c) Sentiasa peka kepada perubahan personaliti dan tingkah laku anak-anak dari
segi perubahan fizikal dan emosi yang mendadak seperti kemurungan.

d) Luangkan masa bersama anak-anak untuk mengetahui perkembangan semasa


anak-anak.

e) Dapatkan bantuan daripada agensi lain seperti agensi kerajaan (Jabatan


Kebajikan Masyarakat dan One Stop Crisis Centre) dan agensi bukan kerajaan
(seperti All Women’s Action Society dan PS The Children) dan yang berkaitan.

f) Memahami tatacara bertindak menangangani gangguan seksual dengan betul.

g) Menangani kes dengan tenang dan rasional.

h) Melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID7

Peranan Sekolah

a) Menganjurkan program seperti ceramah, bengkel, seminar dan kempen


kesedaran gangguan seksual dan langkah-langkah pencegahan kepada semua
warga sekolah.

b) Memantapkan peraturan sekolah.

c) Meningkatkan persekitaran yang selamat, stabil, diyakini dan selesa dimana


pelajar boleh memberitahu, melapor dan menyuarakan idea, perasaan dan
pendapat mereka.

1.6 Panduan Menghindari Diri Daripada Gangguan Seksual Untuk Murid

a) Memahami, mengenal pasti sentuhan selamat dan tidak selamat. (Tiada siapa
boleh menyentuh bahagian sulit kecuali untuk penjagaan kesihatan dan
kebersihan).

b) Elakkan berjalan bersendirian di tempat sunyi, gelap atau dikenali sebagai


kawasan berisiko tinggi (hot spot).

c) Bawa wisel atau alat yang mengeluarkan bunyi bising sebagai tambahan
kepada usaha untuk menarik perhatian orang ramai.

d) Jika diserang, cari peluang untuk melepaskan diri dengan bercakap-cakap,


berunding atau berlakon sambil mencari peluang melepaskan diri.

e) Menjerit sekuat hati, meraung dan sebagainya untuk mendapatkan bantuan.

f) Berjalan secara berkumpulan.

g) Jangan melayani orang yang tidak dikenali.

h) Gunakan teknik seni mempertahankan diri, jika tahu.

i) Pergi ke tempat yang lebih selamat jika mampu.


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID8

1.8 PANDUAN MENANGANI KES ROGOL SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS.

SEBELUM SEMASA SELEPAS

Langkah-langkah Pencegahan
i. Ceramah kesedaran i. Mendapat laporan daripada mangsa. i. Memastikan sesi
gangguan seksual kepada kaunseling diteruskan
sekurang-kurangnya
murid dan guru.(Modul ii. Mengenal pasti klien yang mempunyai
sekali seminggu.
Saya Selamat) tanda-tanda awal dan perubahan
tingkah laku, perubahan emosi luar ii. Sentiasa berhubung/
ii. Ceramah kesihatan biasa ataupun maklumat daripada mendapatkan maklum
penjagaan sistem pihak ketiga. balas daripada ibu
reproduksi remaja. bapa/ penjaga dan guru
iii. Berjumpa dengan klien dan sesi tingkatan.
iii. Pameran dan sudut
kaunseling dijalankan.
maklumat undang-undang iii. Memastikan kebajikan
jenayah seksual (brosur, klien dijaga dan
iv. Siasatan mula dijalankan dengan kerahsiaan klien
poster, carta alir dan
mengambil kira pelbagai aspek seperti terpelihara.
sebagainya)
rakan-rakan, bentuk fizikal mangsa,
iv. Meningkatkan persekitaran dan lain-lain lagi. .
yang selamat, stabil,
diyakini dan selesa. v. Jika siasatan menunjukkan tiada asas
maka kes digugurkan/ tutup. Sekiranya
v. Menyediakan kemudahan – ada kes, pihak sekolah perlu
kemudahan aduan seperti meneruskan dan menghubungi:-
peti-peti aduan, email dan a. Ibu bapa/ penjaga akan diberi
laman sosial. konsultasi untuk menghadapi kes
ini.
b) Ibu bapa/ penjaga akan
melaporkan kes ini kepada pihak
polis.
c) Pihak sekolah melalui pengetua
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID9

akan membuat laporan kepada


PPD dan JPN untuk memaklum
kes dan meminta pandangan.
d) Pengetua akan membuat laporan
kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
e) Sesi kaunseling masih terus
dijalankan. Laporan penuh sesi
kaunseling disediakan.

2. PROSEDUR KERJA MENANGANI KES MURID HAMIL

2.1 PENDAHULUAN

Remaja ditakrifkan sebagai individu yang berumur antara 14 hingga 21 tahun.


Mereka merupakan aset penting dalam masyarakat dan negara kerana tanpa remaja,
kesinambungan zuriat generasi akan datang akan terjejas. Di Malaysia golongan
remaja merupakan majoriti daripada jumlah penduduk sedia ada. Oleh itu, dari sudut
kenegaraan, remaja mempunyai peranan yang amat penting untuk menyumbang
kepada pembangunan, kemajuan dan pemodenan sesebuah negara.

Pada usia remaja, mereka dikatakan sangat naïf terhadap perkara-perkara


yang menyeronokkan dan selalu ingin mencuba sesuatu perkara tanpa memikirkan
kesan dan akibatnya pada masa akan datang. Hakikatnya para remaja di Malaysia
pada hari ini sedang melalui satu kemelut psikologi dan kecelaruan hidup akibat
daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.

Isu yang hangat diperkatakan hari ini adalah perlakuan seks bebas ataupun
zina (menurut Islam) manakala dari istilah bahasa bermaksud hubungan seks yang
dilakukan oleh lelaki dan perempuan tanpa melalui proses perkahwinan yang sah di
sisi undang-undang. Zina merupakan gejala seks bebas yang dipandang keji di sisi
masyarakat yang memberikan kesan yang amat berbahaya kepada perkembangan
remaja masa kini. Zina mempunyai kaitan yang rapat dengan tingkah laku negatif
seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, lepak, tontonan video lucah yang
berleluasa, minum arak, lari dari rumah, penagihan dadah dan pembunuhan.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID10

Perhubungan seks secara bebas ataupun zina dalam kalangan murid sekolah
merupakan satu gejala yang amat membimbangkan.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID11

2.2 OBJEKTIF
i. Menyediakan prosedur kerja dalam menangani isu murid hamil.
ii. Memberikan penyelesaian yang adil kepada murid.
iii. Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada murid yang
melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
iv. Memberi bimbingan dan sokongan kepada murid dan keluarga.
v. Menangani gejala buang bayi.
vi. Menangani kes hamil luar nikah daripada berulang.

2.3 KES-KES KEHAMILAN


a. Kes muridperempuan dengan murid lelaki berlaku di kawasan sekolah.
b. Kes murid perempuan dengan murid lelaki berlaku di luar kawasan
sekolah.
c. Kes murid perempuan dengan bukan murid sekolah berlaku di luar
kawasan sekolah.

2.4 PANDUAN PENCEGAHAN

PERANAN MURID

a) Kepada mangsa yang terlibat hendaklah berjumpa dengan guru-guru


atau sesiapa yang dipercayai untuk membincangkan permasalahan yang
dihadapi.
b) Kepada murid (bukan mangsa) yang mengetahui adanya kes kehamilan,
hendaklah memaklumkan kepada guru dan merahsiakan kes tersebut.

PERANAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING


a) Melaporkan kepada pengetua/ guru besar jika berlaku kes kehamilan.
b) Mengenal pasti kesahihan kes tersebut/ menjalankan siasatan.
c) Jika benar, tindakan-tindakan berikut perlu diambil :-
i. Berbincang dengan murid.
ii. Menjalankan sesi kaunseling bersama murid dan ibu bapa/
penjaga.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID12

PERANAN GURU
a) Terima aduan dan rahsiakan identiti murid.
b) Melaporkan kepada pengetua/ guru besar.

PERANAN PENTADBIR SEKOLAH


a) Menjalankan siasatan kes.
b) Menubuhkan jawatankuasa bertindak.
c) Sekiranya ada kes, makumkan kepada ibu bapa/ penjaga.
d) Laporkan kepada PPD/ JPN.
e) Memastikan prosedur kerja menangani isu kes kehamilan dilaksanakan.
f) Memastikan penyelesaian yang adil terhadap murid

PERANAN IBU BAPA/ PENJAGA

a) Sentiasa mengawasi pergerakan dan peka kepada perubahan tingkah


laku anak-anak.
b) Memberi kerjasama kepada pihak sekolah.
c) Membuat pemeriksaan doktor dan laporan polis jika perlu.
d) Memberi pendidikan keagamaan dan moral kepada anak-anak.

2.3 TATACARA MENANGANI KES MURID HAMIL DI SEKOLAH

Menerima Rujukan Kes Kehamilan /Menerima Aduan

Jalankan siasatan mengikut tatacara seperti Lampiran 5.


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID13

3. DEFINISI KESIHATAN MENTAL

Situasi di mana seseorang individu itu berupaya menyedari potensinya, boleh berdaya
tindak terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh
menyumbang kepada masyarakat
(WHO, 2001)
3.1 RASIONAL PROGRAM KESIHATAN MENTAL
Promosi Kesihatan Mental Sekolah telah dikenalpasti sebagai satu komponen
penting dalam memupuk psikologikal warga sekolah yang sihat
i. Masalah kesihatan mental semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan
remaja
ii. Membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan murid dan
warga sekolah
iii. Implikasi sosial dan akademik
iv. Mengenalpasti awal masalah kesihatan mental akan mencegah kepada
penyakit mental contohnya kemurungan
v. Dapat dirujuk kepada pakar dengan segera

3.2 OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN MENTAL


i. Menggalakkan saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap stres,
keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah
ii. Memberi kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti secara awal.
murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan)
berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku.
iii. Melahirkan murid yang berkemahiran menangani stres dan cabaran
kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak
(coping skills) dan teknik relaksasi.
iv. Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru untuk
mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi, tingkah laku dan
permasalahan mental.
v. Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental
kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID14

3.3 PENDEKATAN PROGRAM


Empat pendekatan program Minda Sihat yang akan turut dilaksanakan melalui
pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah:
a) Pendekatan Pencegahan
b) Pendekatan Perkembagan
c) Pendekatan Pemulihan
d) Pendekatan Krisis

3.4 LANGKAH MENCAPAI KESIHATAN MENTAL REMAJA YANG BAIK


a) Amalkan cara hidup sihat
b) Tetapkan matlamat hidup realistik
c) Berfikiran positif
d) Membuat keputusan dengan bijak
e) Berhati-hati memilih kawan
f) Menghargai diri mereka
g) Berani berkata “tidak”
h) Berkongsi masalah
i) Beri perhatian kepada perasaan
j) Galakkan berpersatuan
k) Menjarakkan perubahan dalam hidup
l) Membina keluarga bahagia
m) Menggalakkan kemampuan daya tindak
n) Mengamal nilai-nilai moral dan keagamaan
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID15

3.5 KESAN JIKA KESIHATAN MENTAL REMAJA TIDAK TERCAPAI


a) Gangguan tidur dan selera makan
b) Mengasing diri
c) Memberontak
d) Bersikap anti sosial
e) Masalah berkaitan sekolah
f) Kurang keyakinan diri
g) Keresahan
h) Kecelaruan tingkahlaku
i) Penyalahgunaan dadah
j) Kemurungan
k) Penderaan kanak-kanak
l) Masalah tingkahlaku seksual dan kehamilan remaja
m) Tingkahlaku agresif
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID16

3.6 PANDUAN MENANGANI KES BUNUH DIRI


SEBELUM
a) Memberi maklumat umum berkaitan kes bunuh diri & kesihatan mental
- Brosur
- Poster
- Ceramah
Contoh
o Modul Ingat Sebelum Kena
o Nilai-nilai murni,
o Keagamaan
o Kasih-sayang

- Bengkel
Contoh
o Modul Keremajaan
o Program Minda Sihat –KKM
o Program Saya Selamat (PS The Children)

- Taklimat
o Semasa perhimpunan
o Program Orientasi

- Pameran
o Kebajikan Masyarakat
o Kesihatan
o Polis

 Mengenalpasti tanda-tanda awal kes


- Perubahan fizikal
- Perubahan emosi
- Perubahan tingkah laku
- Luahan perasaan
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID17

- Saringan minda sihat – Soal Selidik DASS 21

SEMASA
a) Menenangkan suasana
b) Menenangkan mangsa
c) Memberi bantuan awal kecemasan
d) Hubungi pengurusan sekolah
e) Hubungi 999 Talian kecemasan
f) Hubungi penjaga
g) Kawalan keselamatan tempat kejadian

SELEPAS
a) Mangsa masih hidup
o Laksanakan program intervensi
o Perbincangan dengan ibu bapa
o Sesi kaunseling dan pemantauan berterusan
o Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN

b) Mangsa meninggal dunia


o Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN
o Bimbingan kelompok untuk warga sekolah
o Maklumat sebenar untuk komuniti setempat
o Ziarah ke rumah keluarga mangsa
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID18

LAMPIRAN 1

CARTA ALIR TATACARA MENANGANI KES ROGOL

Murid melaporkan

Siasatan dijalankan
terhadap kes

ADA KES

Memaklumkan kepada
Pengetua/ Guru Besar

Sesi kaunseling
masih
Memaklumkan kepada ibu bapa /penjaga
dijalankan ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat
selagi murid
masih berada di
sekolah

Pengetua laporkan kepada PPD/ JPN

Merekod dan laporan.


MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID19

LAMPIRAN 2

SENARAI SEMAK MENANGANI KES ROGOL

TINDAKAN
BIL PROSES KERJA CATATAN
(/)
1 Mendapat laporan daripada klien/ mangsa/ saksi.
2 Perubahan fizikal
Mengenal pasti klien
Perubahan tingkah laku
yang mempunyai
Perubahan emosi luar biasa
tanda-tanda awal
Maklumat rakan-rakan mangsa
3 Berjumpa dengan klien dan sesi kaunseling dijalankan.
4 Siasatan mula dijalankan.
5 Jika siasatan menunjukkan tiada asas maka kes
digugurkan/ tutup. Sekiranya ada kes, pihak sekolah
perlu meneruskan dan menghubungi:-
5.1) Ibu bapa/ penjaga akan diberi konsultasi untuk
menghadapi kes ini.
5.2) Ibu bapa/ penjaga boleh melaporkan kes ini ke
pihak polis.
6 Jika pihak ibu bapa/ penjaga enggan membuat laporan
polis:-
6.1) Pihak sekolah melalui pengetua akan membuat
laporan kepada PPD dan JPN untuk memaklum
kes dan meminta pandangan.
6.2) Pengetua akan membuat laporan kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
7 Sesi kaunseling masih terus dijalankan.
8 Laporan penuh sesi kaunseling disediakan.

LAMPIRAN 3
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID20

Akta Berkaitan

1. Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574), melakukan persetubuhan dengan gadis
dibawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta boleh didakwa.

2. Mengikut Akta Pendidikan 1966 pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh
dibuang dari sekolah tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.

3. Mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak
berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.
MANUAL MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL, HAMIL DAN KESIHATAN MENTAL MURID21

LAMPIRAN 4
SULIT

LAPORAN MAKLUM BALAS KES

* ROGOL/ HAMIL/ BUNUH DIRI

SEKOLAH : ___________________________________________________________
NO TELEFON (SEKOLAH): ______________________ (FAKS) : ________________
NO. RUJUKAN :_______________________
TARIKH KEJADIAN :________________ HARI: ___________ MASA: ________
TEMPAT (Lokasi) :________________

A. MAKLUMAT MURID:

1. Nama: __________

2. No. Kad Pengenalan : - - *Jantina : L / P

3. Tingkatan : _________________________

4. Alamat Email : _______________________

5. Nama Ibu/Bapa atau Penjaga *: _____________________________________

6. Pertalian dengan Penjaga: __________________________________________

7. Alamat rumah : __________________________________________________

________________________________________________________________

8. No.Telefon Ibu/Bapa atau Penjaga: ___________________________________

*Sila potong yang tidak berkenaan


MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

SULIT

B. ISU : Nyatakan:
C. DAPATAN :
FIZIKAL (Physical) :
Kecederaan, kecacatan, kesakitan, kesan
kelar/cubit/lebam

TINGKAH LAKU( Behaviour):


Agresif, pendiam, memberontak, ragu-ragu/was-was

EMOSI (Emotion) :
Sedih, murung, panas baran,

DERIA (Sensory):
Sensitif terhadap sentuhan/ pandangan/ pendengaran

KHAYALAN( Imagery) :
Mengelamun, hilang fokus
FIKIRAN ( Cognitive) :
Ghairah menceritakan sesuatu kepada rakan, hilang
keyakinan diri, takut

HUBUNGAN PERSEORANGAN(Interpersona)l:
Menyendiri dan tidak suka bergaul atau sebaliknya

DADAH / UBAT / DIET (Drug) :


Tanda-tanda ketagihan ubat, hilang selera makan
KEUPAYAAN BEKERJA (Ability):
Suka tidur, ponteng, tidak menyiapkan kerja, kerap
keluar kelas, prestasi akademik merosot.

D. RUMUSAN (Maklum Balas)

Nama dan tandatangan pelapor: Disahkan Oleh : Pengetua/Guru Besar

________________________________
( )
Tarikh: Tarikh:
MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

LAMPIRAN 5
CARTA ALIR TATACARA MENANGANI KES MURID HAMIL

Terima aduan

Siasatan dijalankan
terhadap kes
Sesi kaunseling
masih
dijalankan
selagi murid Memaklumkan kepada
masih berada di
sekolah Pengetua/ Guru Besar

Perbincangan bersama ibu bapa /


Program
intervensi/ penjaga
kerohanian/
keibubapaan

Pengetua laporkan kepada PPD/ JPN

Merekod dan laporan


MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

LAMPIRAN 6

SENARAI SEMAK MENANGANI KES MURID HAMIL

BIL PROSES KERJA TANDAKAN (/) CATATAN

Mengenal pasti murid yang mempunyai tanda-tanda


awal kehamilan melalui tingkah laku, ekspresi muka dan
1
perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat rakan-
rakan mangsa dan warga sekolah.

Sesi Kaunseling
- Berjumpa dengan klien berkenaan untuk
2
mendapatkan kesahihan kes yang dilaporkan.
- Mendapatkan akuan bertulis daripada klien.

3 Laporkan kes kepada Pengetua/ Guru Besar

4 Sekolah membuat laporan kepada pihak PPD dan JPN

5 Berbincang dengan ibu bapa / penjaga.

Melibatkan klien dengan program-program intervensi,


6
kerohanian dan keibubapaan

7 Menyediakan rekod dan laporan


MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

LAMPIRAN 7

CARTA ALIR TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI

Mengalami tekanan/
atau gangguan emosi

Berjumpa dengan orang yang


dipercayai.

Luahkan perasaan

Merujuk kes kepada guru


bimbingan dan kaunseling

LAMPIRAN 8

CARTA ALIR MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI

Mengenal pasti tanda-tanda awal


 fizikal
 emosi
 tingkah laku
MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

Saringan Minda Sihat


(Rujuk Ujian Minda Sihat)

TIDAK
Tindakan susulan guru bimbingan
dan kaunseling

SERIUS
Normal Tahap Ringan Tahap Sederhana

Memaklumkan kepada
pengetua

Intervensi

 Pendidikan KAUNSELING KAUNSELING Memaklumkan kepada ibu


kesihatan  Kemahiran daya  Teknik Relaksasi bapa /penjaga
 Tindakan tindak  Latihan
susulan  Tangani Stres Pernafasan
 Kawal Marah  Senaman Bahu
 Penyelesaian dan Leher
masalah  Urutan Bahu
 Asertif dan Leher Ibu bapa/ penjaga merujuk
 Berfikiran Positif  Terapi Muzik kepada psikiatri di hospital
 Komunikasi  Terapi Aroma
Berkesan

Merekod hasil bimbingan dan kaunseling


dan laporan.

LAMPIRAN 9

SENARAI SEMAK MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI

BIL PROSES KERJA TINDAKAN CATATAN


(/)
1 Mengenal pasti klien yang mempunyai tanda-tanda awal gejala
MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

bunuh diri melalui tingkah laku, ekspresi muka, kecederaan fizikal dan
perubahan emosi luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan klien dan
warga sekolah
2 Berjumpa dengan klien berkenaan dan menjalankan Saringan Minda
Sihat untuk mengkategorikan tahap kes klien.
3 Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi terhadap
klien mengikut tahap yang telah dikategorikan.
(i) NORMAL
Melaksanakan program pendidikan kesihatan dan tindakan susulan.
(ii) RINGAN
Meningkatkan kemahiran klien dengan Kemahiran Daya Tindak
melalui sesi kaunseling
Tangani Stres, Kawal Marah
Penyelesaian masalah
Asertif
Berfikiran Positif
Komunikasi Berkesan
(iii) SEDERHANA
Mendedahkan teknik relaksasi kepada klien melalui sesi kaunseling
Latihan Pernafasan
Senaman Bahu dan Leher
Urutan Bahu dan Leher
Terapi Muzik
Terapi Aroma
(iv) SERIUS
Perbincangan dengan pengetua sekolah berdasarkan analisa yang
diperoleh dan memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk dirujuk
kepada psikiatri di hospital.

Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dengan klien dan laporan


4 difailkan.
MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

Muka surat
KANDUNGAN
1. Gangguan Seksual 1
Panduan Pencegahan 6
2. Prosedur Kerja Menangani Kes Murid Hamil 9
Panduan Pencegahan 10
3. Kesihatan Mental 12
Panduan Menangani Kes Bunuh Diri 15

4. LAMPIRAN 17
LAMPIRAN 1 CARTA ALIR TATACARA MENANGANI KES ROGOL
LAMPIRAN 2 SENARAI SEMAK MENANGANI KES ROGOL
LAMPIRAN 3 AKTA-AKTA BERKAITAN
LAMPIRAN 4 LAPORAN MAKLUM BALAS KES
LAMPIRAN 5 CARTA ALIR TATACARA MENANGANI KES MURID-MURID HAMIL
LAMPIRAN 6 SENARAI SEMAK MENANGANI KES MURID HAMIL
LAMPIRAN 7
CARTA ALIR TATACARA MURID BAGI KES GANGUAN EMOSI
LAMPIRAN 8
LAMPIRAN 9 CARTA ALIR MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI
SENARAI SEMAK MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI
LAMPIRAN 10 BORANG SARINGAN PERMASALAHAN (PROMIS)
LAMPIRAN 11 SARINGAN MINDA SIHAT (UJIAN DASS)
MANUAL GANGGUAN SEKSUAL DAN KESIHATAN MENTAL

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL
MENANGANI KES GANGUAN SEKSUAL
DAN
KESIHATAN MENTAL MURID

Disediakan oleh:
JPN WILAYAH PERSEKUTUAN, JPN JOHOR DAN JPN MELAKA
MAJLIS GURU KAUNSELING KUALA LUMPUR, JOHOR DAN MELAKA
DISEMBER 2011

You might also like