You are on page 1of 4

SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH,

KUALA TAHAN, 27000 JERANTUT PAHANG

MINIT MESYURAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 1 / 2017

Tarikh : 12 JANUARI 2017


Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK JPSHAS
Kehadiran :
Razmi bin Omar
Rosiah binti Awang Ngah
Abu Zahid bin Awang Besari
Lily Fairuz binti Ismail
Norsyahida binti Zulkifli
Rahimah binti Sabtu
Siti Asadihah binti Abdullah
Rosilawati binti Jaapar
Suzilawati binti Jusoh
Norhasikin binti Ahmad
Muhammad Nazarul Hazwan bin Abdul Razak
Mohd Zulkalnain bin Abdullah
Muhammad Faez bin Hanafi
Norfadzlan bin Zakaria
Nik Asrul bin Nik Yusoff
Mohd Irwan bin Abdul Rahman
Mohd Azri bin Said
Muhammad Izzul bin Amiruddin
Muhammad Mahsal bin Ibrahim
Anis Farhana binti Abdul Malek
Nor Faizahaishah binti Othaman
Siti Asiah binti Mat Zin
Mashaini binti Che Mat
Nor Hazwani binti Hashim
Mohd Arifuddin bin Awang
Najihah binti Zainal Abidin
Mohd Razis bin Abd Rahman
Norhidayah binti jusof

1
Agenda :
1. Aluan Pengerusi
2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti
3. pembudayaan PBS - Sarana Ibu bapa
4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra kokurikulum
5. Penubuhan Jawatankuasa PBS
6. Bidang tugas Jawatankuasa / Pengoperasian
5. Hal-hal lain

1. Aluan pengerusi
1.1 Majlis telah dipengerusikan oleh En Osman bin Lah
1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-fatihah.
1.3 Pengerusi berharap semua guru-guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya supaya
maklumat dapat disampaikan.

2. PBS – Overview dan Penjaminan Kualiti


2.1 Encik Osman bin Lah menyatakan kepentingan Penjaminan Kualiti. Penjaminan kualiti
diuruskan oleh Pengurusan Sekolah
2.2 Encik Osman bin Lah menayangkan slaid Powerpoint kepada guru dan staf. Kandungan
yang ada dalam slaid tersebut ialah:
2.2.1 Pengenalan PBS – PBS terbahagi kepada 2 iaitu Akademik dan bukan Akademik.
Akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Bukan Akademik pula terdiri daripada PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan
dan Kokurikulum) dan Pentaksiran Psikometrik.
2.2.2 Penjaminan kualiti terdiri daripada 4 komponen iaitu Pemantauan, Pengesanan,
Pementoran dan Penyelarasan. Ke empat-empat komponen ini saling berkaitan.
2.2.3 Sebarang permasalahan berkaitan dengan PBS, guru-guru dan staf boleh
merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBS yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Pembudayaan PBS – Sarana Ibu bapa.


3.1 Pn Rosiah binti Awang Ngah meminta agar, guru-guru / komuniti sekolah amnya
memainkan peranan bersama pentadbir sekolah membudayakan PBS. Ini
memandangkan masih ramai yang belum faham mengenai PBS / PT3. Pn Rosiah binti
Awang Ngah meminta cadangan-cadangan dari guru.
3.2 Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin mencadangkan agar apabila perjumpaan yang akan
diadakan bersama PIBG nanti, pihak sekolah (Pengurusan) menghebahkan kepada ibu
bapa dan penjaga mengenai PBS.
3.3 Cikgu Suzilawati mencadangkan maklumat PBS dimasukkan dalam Facebook Sekolah,
Laman Web Sekolah dan Pamplet Sekolah.
3.4 Pn Rosiah binti Awang Ngah memaklumkan bahawa, pada mesyuarat Agung PIBG kali
pertama, pihak Sekolah telahpun memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga mengenai
PBS.

2
3.5 Cadangan dari Cikgu Mohd Izzul bin Amiruddin diterima dan akan dilaksanakan apabila
ada perjumpaan dengan ibu bapa. Mengenai PBS ini, Pihak pengurusan akan sentiasa
memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga
3.6 Pn Rosiah binti Awang Ngah meminta Admin Facebook sekolah memasukkan segala
maklumat mengenai PBS supaya info mengenai dapat disampaikan dengan cepat
sebagai respon kepada cadangan Cikgu Suzilawati.

4. PAJSK, Segak, Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum


4.1 Segak perlu dilaksanakan sebanyak 2 penggal - Penggal 1 awal tahun, penggal 2 akhir
tahun. Tempoh masa untuk Segak Penggal 1 ialah dari januari hingga Mac. Untuk Segak
Penggal 2 ialah dari Jun hingga Ogos.
4.2 Kokurikulum dan Ekstra Kokurikulum pula dinilai sepanjang tahun. Bahagian ini akan diisi
dan disiapkan pada akhir persekolahan.

5. Pentaksiran Psikometrik
5.1 Kaunselor Sekolah iaitu Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak menerangkan
bagaimana pentaksiran Psikometrik dijalankan.
5.2 Beliau memaklumkan pentaksiran ini melibatkan aptitud dan personaliti. Pelajar
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 akan ditaksir sepanjang tahun.
5.3 Encik Mohd Nazarul Hazwan bin Abdul Razak memaklumkan bahawa, pentaksiran ini
dijalankan samaada pada hari persekolahan dan bukan hari persekolahan. Untuk itu,
beliau meminta kerjasama pihak sekolah bagi menjayakan pentaksiran ini.

6. Penubuhan Jawatankuasa PBS


6.1 Setiausaha PBS – Puan Mashaini binti Che Mat menayangkan Slaid Jawatankuasa PBS
2017.
6.2 Beliau harap ahli jawatankuasa ini menjalankan tugas masing-masing dengan
bersungguh-sungguh agar dapat memenuhi kehendak dasar kementerian.
6.3 Carta organisasi ini akan dipaparkan / ditampal di papan kenyataan PBS.

7. Bidang tugas Jawatankuasa PBS / Pengoperasian


7.1 Setiausaha PBS – Puan Mashaini menerangkan bagaimana sistem penyimpanan evidens
bagi setiap tingkatan.
7.2 Evidens dan perekodan disimpan oleh guru matapelajaran.
7.3 Perekodan PBS perlulah dikemaskini sepanjang masa.
7.4 Puan Mashaini memaklumkan kepada guru bahawa, perekodan boleh diperoleh melalui
laman web KPM atau boleh mendapatkannya dari P/SU PBS – Encik Mohd Mahsal.
7.5 Perekodan Gabungan adalah perekodan baharu yang dikeluarkan oleh KPM. Perekodan
gabungan diuruskan oleh Guru kelas dan dbuat pada akhir tahun nanti.

8. Hal –hal lain


5.1 Tiada

3
Mesyuarat di tangguh pada pukul 5.00 petang

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

…………………………………………………….. ……………………………………………..
MASHAINI CHE MAT RAZMI BIN OMAR
(Setiausaha PBS ) (GPK Kurikulum dan Pentadbiran)

You might also like