You are on page 1of 4

PKO7 – Pengurusan Mesyuarat

________________________________________________________________________________
PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA MAS,


84900 TANGKAK, JOHOR.
MINIT MESYUARAT HEM
BIL 1 / 2017

TARIKH : 27.12.2016
HARI : Selasa
MASA : 10.30 am
TEMPAT : Bilik Mesyuarat SK Paya Mas
PENGERUSI : Pn Nor’Aini Binti Mohd Dom

KEHADIRAN : 24 Orang

1. Pn Nor’Aini Binti Mohd Dom (Guru Besar)


2. Pn Mardiana Binti Abdullah (GPK Kurikulum)
3. En Mohd Zaini Bin Mohd Masry (GPG HEM)
4. Pn Raja Faridah Binti Raja Padzil (GPK Ko-Kurikulum)
5. Pn Norhayati Binti Mohd
6. Pn Siti Rosmizi Binti Rahim
7. Pn Norliana Binti Taib
8. En Mohd Rashid B Ahmad
9. Pn Noor Aida Binti Wahi
10. Pn Norsyazwani Binti Saleh
11. En Mohd Firdaus Bin Abd Jalil
12. Pn Nurul ‘Ain Binti Mohd Yusop
13. En Norisham b Shadat
14. Pn Norhafizah Binti Abd Manan
15. Pn Nurjalilah Binti Abdul Ghani
16. Pn Nur Syafiqah Binti Noraslin
17. En Khairurashid Bin Jemon
18. Pn Suhaila Binti Togiman
19. Pn Norlaila Binti Wagiman
20. Pn Nurlydia Binti Khalidi
21. Pn Nursyahirah Binti Abd Hadi
22. En Roslan Bin Yahaya
23. Pn Khaireen Nor Binti Hj Kharibon
24. En Rosdi Bin Ramli

TIDAK HADIR :

1. Pn Norsyazwani Binti Mohd Salleh – Cuti Bersalin

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn Nor’Aini mengalu-alukan kehadiran guru yang hadir ke mesyuarat hari ini.
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatehah.
1.2 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini dan
menjelaskan tujuan serta agenda mesyuarat pada hari ini

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa program Pendidikan Pencegahan Dadah ini


merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di sekolah rendah dan sekolah

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012- Keluaran 03 | Pindaan 00
PKO7 – Pengurusan Mesyuarat
________________________________________________________________________________
menengah. Ia juga merupakan satu program yang telah dirancang serta mempunyai
pelbagai aktiviti dan program PPDa di Sekolah Kebangsaan Paya Mas yang merupakan
salah satu aktiviti yang rancak dilaksanakan di sekolah.
Makluman : Semua
guru

2. AGENDA MESYURAT
2.1 PELANTIKAN JAWATANKUASA PPDa INDUK

2.1.1 Pengerusi selaku Guru Besar SK Paya Mas telah melantik ahli mesyuarat
sepertimana yang telah disenaraikan dalam Buku Pengurusan Sekolah sebagai
Jawatankuasa Induk PPDa SK Paya Mas sesi 2017 dengan sebulat suara
dipersetujui oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Semua AJK

2.2 PELANTIKAN JAWATANKUASA PPDa PELAKSANA

2.2.1 Pengerusi memaklumkan dengan penyerahan Surat Perlantikan yang Penyelaras


edarkan tadi maka secara rasmi telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa PPDa
Pelaksana SK Paya Mas untuk sesi 2017 dengan sebulat suara dipersetujui oleh
ahli mesyuarat.
2.2.2 Pengerusi memaklumkan tarikh Sambutan Program Minggu AntiDadah peringkat
sekolah ialah pada 12 Mac 2017 selama 5 hari yang berakhir pada 16 Mac 2017.
Untuk Program 5 Minit AntiDadah akan dijalankan sepanjang tahun mengikut
takwim yang akan disediakan Penyelaras PPDa iaitu setiap hari.
2.2.3 Pengerusi meminta program dilaksanakan dengan lancar mengikut masa yang
ditetapkan agar PdP murid tidak terganggu.

Tindakan & Makluman : Semua AJK dan


Guru

2.3 PERKARA BERBANGKIT

2.3.1 Pengerusi memaklumkan aktiviti yang dirancang tahun lepas ada dilaksanakan
dan laporan telah dihantar. Pengerusi mengucapkan tahniah dan ucapan terima
kasih atas kejayaan itu.
2.3.2 Borang / buku rekod mesej Anti Dadah perlu dilengkapkan oleh guru bertugas dan
hendaklah diserah pada guru bertugas minggu seterusnya untuk tindakan
seterusnya. Sebarang kemusykilan boleh menghubungi Penyelaras.

2.4 PROGRAM AKTIVITI 2017

2.4.1 Pengerusi menyerahkan mesyuarat kepada Penyelaras untuk meneruskan agenda


mesyuarat.
2.4.2 En Rosdi selaku Penyelaras memberi kebenaran untuk guru mencelah jika ingin
memberi pandangan bagi memBincangkan program aktivti bagi tahun 2017.
2.4.3 Penyelaras memaklumkan untuk program tahun ini adalah seperti tahun lepas.
Antara program yang telah disusun dirancang dalam Plan Taktikal Unit PPDa ialah;
a) Sambutan Minggu AntiDadah peringkat sekolah (Februari)
b) Program 5 minit AntiDadah (Sepanjang Tahun setiap hari diawal pagi sesi
persekolahan)
c) Program Ceramah Pencegahan Dadah (Program Selepas UPSR)

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012- Keluaran 03 | Pindaan 00
PKO7 – Pengurusan Mesyuarat
________________________________________________________________________________
d) Program tayangan video atau dokumentasi mengenai dadah (Program Selepas
UPSR)
e) Sudut PPDa SK Paya Mas (Mengikut Elemen)

2.4.4 Penyelaras memaklumkan program 5 Minit AntiDadah akan dijalankan setiap hari
bermula pada minggu ketiga bulan Januari sehingga akhir sesi persekolahan.
Manakala program Sambutan Minggu AntiDadah akan dijalankan pada 12 Mac
2017 hingga 16 Mac 2017 selama 5 hari.
2.4.5 Penyelaras memaklumkan untuk program Ceramah Pencegahan Dadah dan
program tayangan video atau dokumentasi mengenai dadah akan dilaksanakan
selepas UPSR.
2.4.6 Penyelaras memaklumkan untuk Sudut PPDa Sekolah mesti mengikut elemen yang
digariskan oleh KPM iaitu ada 5 elemen. Antaranya ialah :
a) Elemen 1 : Lokasi dan Susun Atur (En Mohd Firdaus Bin Abd. Jalil)
b) Elemen 2 : Visi dan Misi (Pn Norsyazwani bt Saleh)
c) Elemen 3 : Struktur Organisasi (Pn Khaireen Nor Binti Hj Kharibon)
d) Elemen 4 : Pengurusan Fail dan Dokumentasi
(Pn Nur Syafiqah bt Noraslin, Pn Norlaila binti Wagiman)
e) Elemen 5 : Pengurusan Sudut dan Lorong
(Pn Nurlydia binti Khalidi, Pn Nurjalilah bt Abdul Ghani)

2.4.7 Penyelaras memaklumkan dengan ini melantik Ketua AJK pengerak bagi setiap
elemen mengikut barisan AJK yang dilantik tadi. Perbincangan lebih terperinci
mengenai elemen-elemen ini akan dibuat pada mesyuarat PPDa kali Ke2 yang
dijangka pada bulan Jun 2017. Walaubagaimanapun, Ketua Elemen yang dilantik
boleh bergerak dan mengemaskini elemen masing-masing di sudut PPDa melalui
pengalaman tahun lepas.
Makluman dan Tindakan : Semua guru
dan AJK PPDa

3. HAL-HAL LAIN
3.1 Tiada

4. PENUTUP

4.1 Pengerusi berharap dan mengingatkan semua AJK dapat berkerjasama


bermuafakat dalam menjayakan program-program yang dirancang bersama tadi
sekiranya ada kemusykilan dan masalah boleh menghubungi En Rosdi selaku
Penyelaras atau berbincang sesama AJK.
6.3 En Rosdi mengingatkan guru-guru supaya mengambil ingatan akan hasil
mesyuarat tadi. Perbincangan pelaksanaan program yang dirancang akan
diadakan dari masa ke semasa. Untuk mesyuarat Jawatankuasa PPDa ianya perlu
diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
6.4 Pengerusi mengingatkan AJK PPDa agar dapat mengambil tindakan mengemaskini
sudut PPDa dan menjalankan segala program seperti yang dirancang tadi.
Sekiranya ada masalah dari segi kewangan boleh berjumpa pengerusi.
6.5 En Rosdi memaklumkan sekiranya ada guru-guru yang ingin menyumbang bahan
atau info mengenai AntiDadah ianya amat dialu-alukan. Bahan atau info tadi boleh
diserahkan pada beliau untuk ditampal.
6.6 En Rosdi juga memaklumkan beliau amat berbesar hati sekiranya ada guru-guru
yang sudi menyumbang tenaga dalam mengemaskini sudut PPDa sekolah.
Biasanya beliau akan mengemaskini pada hari cuti persekolahan.

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012- Keluaran 03 | Pindaan 00
PKO7 – Pengurusan Mesyuarat
________________________________________________________________________________
6.7 En Muhd Zaini mencadangkan agar diadakan pemantauan dalaman oleh Pegawai
PPDa PPD Tangkak. Cadangan jawatankuasa kerja bermesyuarat pada bulan Jun.
6.4 Pengerusi meminta maaf kerana mengambil waktu guru-guru pada hari ini untuk
bermesyuarat PPDa dan mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian
dan kesabaran guru-guru menunggu sehingga habis mesyuarat pada hari ini.
6.5 Mesyuarat ditutup dengan tasbih Kaffarah dan bacaan Surah Al Asr.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 PM

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………............... …………………...….…............
(En Rosdi Bin Ramli) (Pn Nor’Aini Binti Mohd Dom)
PENYELARAS PPDa GURU BESAR
SK Paya Mas, Tangkak SK Paya Mas, Tangkak

_________________________________________________________________________________
Hak Cipta Terpelihara (c) Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012- Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like