You are on page 1of 20

PELUKIS TEMPATAN

Amron Omar

Amron Omar
Pertarungan, 1989
Cat minyak atas kanvas
Aliran : Impresionisme

Dominan yang digambarkan pada karya ini ialah pada objek paling hadapan iaitu objek lelaki
memakai kain pelikat. Pergerakannya pula dapat dilihat pada figura lelaki tersebut yang bergerak
seolah-olah sedang bertarung. Ruang yang digunakan ini ialah ruang dalam di mana ia tidak
nampak garisan kaki langit dan ia seolah-olah seperti dilihat dari atas ke bawah iaitu pandangan
aras bawah mata. Teknik pencahayaan ini kelihatan terdapat pada pantulan dan pada bentuk-
bentuk otot lelaki tersebut agar dapat dihasilkan bentuk yang ‘hidup’. Media yang digunakan
ialah cat minyak dan teknik yang digunakan ialah boleh dilihat sebagai teknik kilatan kerana
terdapat lut sinar pada figura lelaki seolah-olah dibuat dengan warna berlapis-lapis untuk
menghasilkan kilatan. Aliran yang digunakan ialah aliran impressionisme kerana karya ini dilihat
seperti berkarya sambil menonton pertarungan.
Mohamed Hoessein Enas

Mohamed Hoessein Enas


Gadis Melayu, 1950
Cat Minyak
Aliran : Realisme

Mohamed Hoessein Enas dilahirkan di Bogor, Jawa, Indonesia pada tahun 1924. Beliau telah
berhijrah ke Malaysia pada 1947. Bakat seni beliau adalah semulajadi dan beliau telah banyak
meneliti kejadian alam dan kehidupan manusia dan merujuk kepada keindahan wajah dan budaya
tempatan. Hasil karya beliau adalah menuju kepada aliran realistik dan naturalistik Hal Benda
Seorang gadis, yang berambut hitam, bersanggul, bibir yang tebal, beranting-anting, memandang
ke satu tempat, dan memakai baju kemeja. Makna Rambut yang hitam dan bibir yang tebal
memberi makna seorang gadis melayu yang asli. Baju kemeja pula membawa makna
kemodenan. Karya potret ini secara keseluruhannya membawa makna seorang gadis Melayu
yang menjaga kemelayuannya di dunia serba moden. Ini juga merupakan fesyen gadis Melayu di
zaman itu. Beliau cuba menimbulkan identiti kebangsaan dengan imej figura rakyat tempatan
yang digambarkan secara natural.
Abdul Latiff Mohidin

Abdul Latiff Mohidin,

Twilight Imago, 1968,

Aliran : Abstrak Ekspresionisme

Abdul Latif Mohidin merupakan pelukis dan penyair yang tidak asing lagi di negara kita. Beliau
merupakan salah seorang pelukis tempatan yang terpengaruh dengan aliran Abstrak
Ekspresionis. Dalam karnyanya yang berjudul Twilight Imago, pengkritik seni dapat mengesan
objek-objek yang dipaparkan adalah bersifat lambing atau ikon. Bentuk-bentuk geometric dan
organic telah mendominasikan keseluruhan catan itu. Imej-imej yang dilukis itu cukup mantap
dan bertenaga. Begitu juga ddari segi pengolahan warna. Latif Mohidin begitu gemar
menggunaan warna-warna bumi seperti coklat, coklat muda dan hitam muda. Ini memberikan
kesan yang klasik terhadap penglihatan kita. Penggunaa warna yang tepat dan bersesuaian
dengan imej atau objek dapat memberikan kesan yang menarik.
Syed Ahmad Jamal

Syed Ahmad Jamal

Umpan, 1959

Cat Minyak

Aliran : Abstrak

Dalam karya ini beliau telah memberikan satu tafsiran abstrak dan mengarah pada satu
pendekatan yang metaforik serta dipenuhi rasa kegelisan dan kesegaran yang memang tipikal.
Dalam catan ini, Syed Ahmad Jamal berjaya mengolah imej yang asal kepada abstrak. Di
samping itu pelukis melukis dengan gaya ekspresionis yang menunjukkan kesan calitan warna
dan berus yang bersahaja. Kespontanan sapuan berus Syed Ahmad Jamal tersertlah melalui
jalinan-jalinan daripada unsur-unsur seni khat. Manakala, bentuk - bentuk organik yang kelihatan
berputar-putar memberikan satu kesan pergerakan pada lukisan. Pelukis menggambarkannya
sebagai suatu suasana misteri melalui bentuk organik dan penggunaan warna.
Yong Mun Sen

Yong Mun Sen


Dawn, 1955
Cat air
Aliran : Abstrak

Yong Mun Sen terkenal dengan lukisan landskap cat air yang diperbadankan pengaruh dari seni
Cina menghasilkan komposisi yang lebih lapang dan umum bukannya dalam gambaran yang
lebih terperinci atau fakta. Dalam karya ini kita dapat melihat bagaimana pelukis mengolah satu
suasana pemandangan yang menarik. Gaya yang dilukisnya agak spontan dengan sapuan berus
yang agak lembut dan menarik. Garisan-garisan bertenaga di bahagian tengah yang
menggambarkan pohon-pohon tumbuh subur. Pemandangan seperti ini oleh ditafsirkan di tepi
pantai. Ini memandangkan tidak ada tumbuh-tumbuhan lain yang menjadi latar belakang karya
cat air itu. Pelukis menggunakan warna cat air dengan teknik basah atas basah dan kering atas
basah. Ini boleh dibuktikan dengan kesan-kesan yang terdapat di atas permukaan kertas lukisan
itu.
Dzulkifli Buyong

Dzulkifli Buyong

Kapal Kertas, 1965

Pastel

Aliran : Abstrak Ekpresionisme

Dalam karya ini terdapat tiga orang kanak-kanak perempuan yang masih berpakaian sekolah
sedang bermain kapal kertas. Penghayat seni mungkin sedikit tersentuh dengan melihat objek-
objek seperti kapal kertas. Kapal-kapal kertas ini diperbuat daripada kertas akhbar bertulisan
jawi. Kertas ini lembut dan nipis serta dapat memberi satu makna yang begitu simbolik kepada
orang Melayu. Dalam konteks ini apa yang ingin disampaikan oleh pelukis ialah keriangan,
gembira dan keseronokan yang ada dalam diri kanak-kanak itu.
Siti Zainon Ismail

Siti Zainon Ismail

Siri Zikir Kubah Kaligrafi, 1991

Cat Minyak

Aliran : Abstrak Ekspressionis

Siti Zainon Ismail dikenali sebaagai seorang pejuang seni yang tidak kenal erti jemu serta bosan
dan gigih dalam dunianya. Dalam karya di atas, apa yang cuba dipaparkan oleh pelukis adalah
merujuk kepada alam semula jadi. Lakaran-lakaran itu adalah nukilan dan coretan berus yang
terbentuk daripada pergerakan jari-jari lembut Siti Zainon. Imej yang dipaparkan memberikan
satu dimensi yang cukup menarik. Bentuk-bentuk seperti kubah disusun secara bertindan antara
satu sama lain. Kedudukan imej tujuh kubah ini dipisahkan dalam satu ruang yang memberikan
tafsirannya tersendiri. Dari bentuk kubah yang kecil kepada bentuk kubah yang besar. Warna
yang digunakan pula adalah warna sekunder dan tertier. Ia kelihatan agak gelap di beberapa
bahagian dalam lukisan.
Abdullah Ariff

Abdullah Ariff
Mata Air di Bukit Batu Penanda ke-12, 1944
Dakwat
Aliran : Impresionisme

Abdullah Ariff dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1904. Beliau adalah seorang seniman dan
merupakan guru seni di Sekolah Anglo-China, Penang. Dalam karya di atas, Abdullah Ariff
menghasilkan lukisan ini dengan kespontanan yang terkawal. Sapuan berus yang bersahaja
dengan menggunakan dakwat telah menjadikan lukisan menarik. Penggunaan warna panas
dengan keadaan latar belakangnya warna kuning cerah menunjukkan suasana seperti di waktu
senja. Kelihatan tiga orang budak lelaki yang sedang seronok bermandi-manda di tempat itu. Ini
menunjukkan bahawa pada keadaan tersebut permainan kanak-kanak yang biasa adalah mandi
sungai. Perspektifnya yang ringkas juga dapat menunjukkan keseluruhan lukisan seimbang.
Awang Damit Ahmad

Awang Damit Ahmad


Alun-alun ke Marista, 2001
Cat Akrilik dan campuran
Aliran : Abstrak Ekspresionis

Dalam karya Awang Damit Ahmad di atas, beliau berjaya memaparkan aspek komposisi, rupa,
bentuk dan warna. Ia kelihatan berjaya dan begitu menarik sekali. Beliau berjaya menyusun
elemen-elemen dan imej dengan padu dan bertenaga di atas permukaan kanvas. Beliau juga bijak
dalam menyesuaikan warna dan jalinan berus. Pendekatan Awang Damit lebih terserlah dalam
aliran ini setelah beberapa kali beliau mencuba meneroka tema baru dalam catannya.
Penggunaan warna merupakan media dalam menyampaikan makna dan bersifat peribadi.
Sebagai contoh, warna merah melambangkan keringat melalui proses kehidupan yang payah
serta lambing tenaga. Manakala, warna redup pula di dalam hasil karyanya adalah sebagai
perjalanan hidup yang berliku.
Redza Piyadasa

Redza Piyadasa
Malay Couple, 1988
Campuran media kolaj
Aliran : Abstrak Ekspressionisme

Menerusi catan ini kelihatan seorang lelaki yang berambut putih, berkot, seluar dan berkasut
coklat muda serta memakai tali leher sedang berdiri disisi seorang wanita muda yang sedang
duduk di kerusi. Wanita tersebut memakai baju warna biru dan kain batik berserta kasut biru.
Mereka kelihatan seperti sedang bersiap sedia untuk diambil gambarnya. Catan ini berlatarkan
tumbuh-tumbuhan dan garis-garis pelbagai warna. Lelaki yang berambut hitam keputihan ini
menunjukkan umurnya yang sudah sedikit lanjut dan berdiri di sisi seorang wanita menunjukkan
mereka sepasang suami isteri. Berdirinya lelaki ini disisi perempuan yang sedang duduk
menunjukkan rasa sayang dan sentiasa menjaga isterinya dengan baik. Daun-daun dan warna-
warna kehijauan menunjukkan nilai-nilai kebahagian sepasang suami isteri.
PELUKIS LUAR NEGARA

Caravaggio

Caravaggio
Bacchus, 1595
Cat minyak atas kanvas
Aliran : Realisme

Karya ini adalah menggambarkan tentang Bacchus, iaitu Tuhan Anggur dan pesta
diantara orang-orang Roma dan dikenali oleh orang-orang pagan Yunani dengan nama Dionysus.
Ia mungkin dihasilkan semasa Caravaggio bekerja di sebuah tempat yang berpengaruh iaitu
Cardinal del Monte di mana wujudnya artis-artis yang melukis lukisan lelaki yang bersifat
keperempuanan. Lihat pada wajah Bacchus, ia secara terbuka menunjukkan keghairahan fizikal
dan dia sengaja memaparkan ekpresi yang melampaui batas. Ini tidak membuktikan bahawa
pengkarya cuba berkongsi rasa seksualnya tetapi beliau juga bertanggungjawab dan telah
memberi respon balas kepada kaum pagan yunani tentang kepicisan lukisan tersebut. Caravaggio
mahir dalam bermain tentang kontras. Kelihatan gaya realistik yang terperinci berbeza dengan
postur model. Perbezaan antara otot lengan kanan model dan wajah perempuan, kening yang
dibuat-buat dan rambut palsu kerinting hitam.
Raphael

Raphael
The Sistine Madonna, 1513
Cat Minyak atas Kanvas
Aliran : Klasik

Karya ini telah dicipta oleh Raphael beberapa tahun


yang singkat sebelum kematiannya. Ia adalah lukisan
terakhir yang beliau siapkan sendiri. Lukisan minyak
ini menggambarkan Madonna memegang anaknya
yang masih bayi dalam pelukannya. Ekspresi
mukanya yang bimbang menjadi persoalan kepada pemerhati kerana Raphael sangat dikenali
dengan keupayaannya menunjukkan pergerakan manusia dan mengharmonikannya dengan emosi
yang ditunjukkan dalam lukisan di atas.

Kadar banding dan susun atur lukisan adalah sangat seimbang. Ketiga-tiga watak di bahagian
atas disusun mengikut ruang individu yang tersendiri. Saint Sixtus adalah watak pada bahagian
kiri Madonna yang sedang berada dalam posisi merendah diri sambil menunjukkan tangan
kanannya ke arah luar. Manakala Saint Barbara pula adalah pada bahagian kanan Madonna.
Ekspersi dan emosi muka mereka sengaja Raphael menunjukkan rasa bimbang adalah untuk
menghasilkan penampilan estetik.

Sudut perspektif lukisan pula yang realistik menjadi satu tumpuan pada lukisan. Susunan segi
tiga daripada kedua watak tersebut dapat menampakkan Madonna untuk berada pada kedudukan
yang jauh ke dalam gambar. Lihat juga kepada susunan tirai yang berpusar, alat muzik, dan dua
orang kerub yang sedang memerhatikan ketiga-tiga watak di atas dapat membantu untuk
menghasilkan komposisi yang seimbang dan kemas. Sengaja Raphael meletakkan alat muzik
tersebut pada sudut yang paling bawah lukisan iaitu ruang ilusi bagi menarik perhatian
pemerhati.
Van Gogh

Van Gogh
The Yellow Chair, 1889
Cat Minyak atas Kanvas
Aliran : Impressionisme

Van Gogh percaya bahawa objek yang biasa boleh diubah oleh kesan warna untuk menunjukkan
simbol kebenaran yang lebih besar. Kerusi kayu yang bercahaya itu adalah simbolik warna
kuning yang menyerlah dan bersinar seperti terangnya warna matahari. Ia bermaksud mewakili
harapan dan keyakinan Van Gogh yang dirasai oleh beliau pada masa itu..

Garisan tebal dan gambar yang biasa menunjukkan kesan pengaruh cetakan Jepun yang pernah
beliau hasilkan. Keadaan persepektif yang senget dengan pandangan yang berlawanan telah
menjadikan kerusi tersebut kelihatan lebih dekat dan menarik pada penglihatan pemerhati.
Manakala, beliau tidak melukis perspektif jubin dengan betul dan tidak cuba menonjolkannya
secara realistik.

Kotak yang berkandung mentol pada belakang kerusi adalah menunjukkan simbol kehidupan
yang baru. Tandatangan yang tebal pada kotak pula adalah penting dan peribadi serta
menunjukkan keyakinan van Gogh seperti kanak-kanak.
Jackson Pollock

Jackson Pollock
Blue Poles, 1952
Cat Minyak, Enamel, Cat Aluminium, Kaca atas kanvas
Aliran : Abstrak ekspressionisme

Pada satu peringkat, Pollock hampir mengabaikan bakat seninya kerana beranggapan bahawa
melukis bukanlah suatu pekerjaan yang menjamin kehidupannya. Lukisan yang besar ini adalah
karya agung Pollock yang terakhir dihasikan. Ia adalah karya luar biasa yang kaya dengan warna
dan dilukis dengan begitu padat. Tiangnya dihasilkan dengan menggunakan sebatang kayu nipis
yang dicelupkan dalam cat biru kemudian ditekan ke atas permukaan kanvas untuk
meninggalkan kesan.

Pollock menggunakan bahan industri dan cat enamel yang mudah kering dengan agak
cepat. Ini memudahkan beliau untuk membina lapisan demi lapisan ke dalam tenunan corak yang
padat. Pollock juga tidak mengaplikasikan kaedah cat seperti biasa tetapi menitiskan cat ke atas
kanvas dengan menggunakan kayu dan berus yang keras. Beliau juga menggunakan baster jarum
suntik yang digunakan dalam masakan di mana ia diisikan dengan cat dan disemburkan ke atas
kanvas dengan cara yang terkawal.
Claude Monet

Claude Monet
Path With Roses, Giverny, 1920
Cat Minyak
Aliran : Impressionisme

Claude Monet adalah salah seorang pelopor aliran impressionisme. Taman bunga Monet adalah
salah satu projek kreatifnya yang beliau hasilkan di Giverny. Ia juga menjadi salah satu subjek
utama dalam lukisan beliau. Lukisan ini menggambarkan tentang satu gerbang bunga mawar
yang besar yang dihasilkan pada tahun 1920 semasa Monet berumur 80 tahun.

Cat tebal dan kombinasi warna yang berbeza menunjukkan kesan yang harmoni. Monet
mempunyai pengetahuan yang kuat tentang teori dan persepi warna di mana setiapnya
diaplikasikan dalam hasil seninya. Dalam lukisan ini, beliau sengaja menggunakan warna utama
yang berlawanan seperti biru dan kuning untuk menghasilkan satu daya tarikan optikal. Selain
itu, beliau mahir menghasilkan kesan tekstur yang sepadan dan banyak mengkaji tentang tekstur
alam yang lain.
Pablo Picasso

Pablo Picasso
The Weeping Woman, 1937
Cat Minyak
Aliran : Kubisme

Lukisan ini adalah berkisarkan tentang kesakitan seorang wanita yang cuba disampaikan melalui
raut wajah di atas. Picasso menggambarkan bahawa ciri-ciri orang dalam lukisan ini ialah Dora
Maar, seorang yang sentiasa menangis. Apabila melihat lukisan ini kita turut merasa kesan
kesakitan kerana benda tajam yang dipegang dan diletakkan pada mulut dan dagu perempuan
tersebut. Kelihatan seolah-olah dagingnya telah dikupas sambil mengalirkan air mata. Lukisan
ini juga adalah lukisan protes yang ditujukan oleh Picasso secara peribadinya. Ia
menterjemahkan emosi manusia yang pelbagai ke dalam lukisannya.
Eugene Delacroix

Eugene Delacroix
Liberty Leading The People,
1830
Cat Minyak
Aliran : Romantisme

Lukisan ini adalah bagi meraikan hari Revolusi pada tahun 1830. Rakyat yang bangkit dan
berjuang demi kebebasan mereka. Delacroix menggunakan lukisan ini sebagai lukisan politik
bagi revolusi tersebut. Delacroix adalah seorang ahli Gaurd Negara, dan dia sendiri meletakkan
dirinya ke dalam lukisan sebagai seorang lelaki yang berada di sebelah kiri memakai top-hat dan
kelihatan sangat serius kerana dia berjuang untuk kebebasan rakyat. Kelihatan seorang wanita
yang sedang mengetuai pertarungan pada tengah lukisan begitu menonjol dengan keadaan
separuh dada terdedah sambil mengangkat bendera sebagai simbol kebebasan. Dalam lukisan ini
Delacroix menyeimbangkan kesan realistik yang terperinci dengan keadaan komposisi yang
bertenaga.
Leonardo da Vinci

Leonardo da Vinci
The Virgin of The Rocks, 1508
Cat Minyak
Aliran : Renaissance

Leonardo sering digambarkan sebagai seorang lelaki


Renaissanse dengan rasa ingin tahu yang seolah-olah
tak terhingga. Beliau dianggap sebagai salah satu
pelukis terhebat sepanjang zaman dan orang yang
paling berbakat.

Lukisan ini yang asalnya beada di Louvre, Paris kini berada di National Gallery di London
memaparkan beberapa perubahan dari kepingan yang di Louvre. Ia membawa penonton lebih
dekat dengan figura, kelihatan lebih kabur dan mempunyai suasana air mengalir. Antara unsur-
unsur baru yang diubah adalah salib St John yang diperbuat daripada buluh, tangan malaikat
yang tidak lagi menunjuk ke arah St. John, halos dan tirai yang lebih ringan. Kedua-dua halos
dan salib adalah tambahan yang dilakukan oleh artis yang tidak diketahui.

Sebahagian daripada lukisan ada yang belum selesai seperti tangan kiri malaikat yang berada
pada belakang Christ. Latar belakang lukisan yang berbatu-bata dengan aliran air dari Sungai
Arno telah menunjukkan kepentingannya dalam struktur bumi.
Michaelangelo Buonarroti

Michaelangelo
The Doni Tondo, 1504-1506
Cat Minyak dan tempera
Aliran : Renaissance

The Doni Tondo adalah lukisan panel bulat The Holy Family yang dilukis oleh Michelangelo
Buonarroti. Gambar ini dikelilingi oleh bingkai kayu sepuhan yang direka dan bukannya diukir.

Komposisi ini menunjukkan Madonna yang sedang duduk di atas tanah. Dia meletakkan anaknya
di atas bahunya. Pakaian Mary terdiri daripada pakaian warna merah yang jelas dan mantel biru
yang lengkap dengan jalur hijau. Warna kuning oren itu pula adalah pakaian Yusuf dilindungi
oleh jubah biru yang mendalam. Bingkai yang mengandungi lima kepala ukiran di bahagian atas
adalah Kepala daripada Kristus yang meramalkan kedatangan Mesiah diletakkan sama rata di
sekeliling bingkai. Corak yang berputaran seperti tumbuh-tumbuhan, bintang dan bulan-bulan
sabit telah memberikan satu hasil yang menarik terhadap hiasan bingkai.
Masaccio

Masaccio
Potrait of a Young Man, 1423-1425
Cat Minyak
Aliran : Itaian Renaissance

Lukisan ini berada dalam keadaan persekitaran yang tertutup. Kerana ruangnya yang rata dengan
latar belakang lukisan yang berwarna hitam. Walau bagaimanapun potret itu mempunyai
kehadiran yang luar biasa. Wajah yang dilukis itu memandang tajam ke arah kanan dengan raut
wajah yang serius dan penampilan fizikal yang umum. Garisan yang jelas dapat dikenalpasti,
dengan ekpresi muka yang serius dan termenung.

You might also like