You are on page 1of 3

SMJKC/PK07- LAMPIRAN 3

DRAFT
SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CONFUCIAN
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 1/TAHUN 2017

Tarikh : 29 Disember 2017


Masa : 12.40- 1.40 petang
Tempat : 3Q
Pengerusi : Nur Fadhilah binti Yunus

Kehadiran : 1. Elaine Chang


2. Kee Bee Suan
3. Nur Fadhilah binti Yunus
4. Azrene Mohamad Razali
5. Siti Aisah Kamaruddin
6. Ng Kam Ying
7. Rabiatul Laila Mohamad Mahayaldin.
8. Rohaslelawati Hassan
9. Tan Shak Sheong
10. Tan Yong Ann
11. Wan Rosmawani

1. Tidak Hadir : 1. Chee Siow Choon (mesyuarat panitia KH)


2. Leena Monica (m.c)
Urus Setia/Setiausaha : Rabiatul Laila Mohamad Mahayaldin.

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana menghadiri mesyuarat
panitia pada kali ini.
Makluman semua

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit Mesyuarat Bil 4/2016 dicadangkan pengesahannya oleh En Tan Shiak Sheong
(Guru Matematik) dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman semua

3 PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Perkara berbangkit tiada kerana telah selesai kesemuanya.
Makluman semua

4 Penetapan Tugas dan Prosedur Kerja


4.1 Transformasi Pendidikan

4.1.1 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan dilaksanakan di Tingkatan 1


pada tahun 2017. Sekolah akan menjalankan Dual Language Programme (DLP) untuk
subjek Sains dan Matematik Tingkatan 1.
Untuk Makluman

4.1.2 SPI Bil. 9/2016 berkaitan KSSM dirujuk. Guru - guru yang mengajar tingkatan 1 boleh
merujuk Folder KSSM di PUBLIC. Bahan pdp juga boleg didapati dari sana.
Untuk Makluman
4.1.3 Jadual waktu PdP sekolah adalah berdasarkan jam waktu mengajar seperti yang
disarankan di KSSM.
Untuk Makluman

4.2. Analisis Keputusan PT3 2016

4.2.1 Keputusan PT3 2016 menunjukkan penurunan dari segi bilangan A berbanding PT3
2015 iaitu sebanyak 7 calon. GPMP sekolah turun kepada 4.64 berbanding tahun lepas
iaitu 4.61. Peratus gagal ialah 57.8 peratus.
Untuk Makluman
4.3.2 Post-mortem PT3 2016 perlu dihantar kepada GK masing-masing tidak lewat daripada
16 Januari 2017
Tindakan: Rabiatul Laila Mahayaldin

4.3 Sasaran Kerja Tahunan


4.3.1 Sasaran Kerja Tahunan hendaklah disiapkkan dan ditampal di buku rekod mengajar
sebelum atau pada hari pertama persekolahan.Guru-guru boleh dapatkan sasaran kerja
tahunan daripada penyelaras tingkatan masing-masing.
4.3.2 Sasaran Kerja Tahunan akan dibuat oleh penyelas tingkatan masing-masing, dan
serahkan satu salinan kepada Ketua Panitia untuk direkodkan.
Tindakan: Wan Rosmawani (PT1),
Leena Monica(PT2),, Rabiatul
Laila(PT3),, Siti Aisah(PT4), & Nur
Fadhilah(PT5),
4.4 Kursus Dalaman/ PLC
4.4.1 PLC akan dilakukan dua kali setahun. Untuk penggal pertama, guru sesi pagi akan
membuat PLC untuk kali pertama dan disambung guru sesi petang untuk penggal
kedua.
Untuk Makluman
4.4.2 Laporan menghadiri kursus di luar dan Laporan Mengendalikan Kursus Dalaman perlu
diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum dalam masa 7 hari selepas kursus tamat.
Untuk Makluman

4.5. Takwim dan Pengurusan Peperiksaan


4.5.1 Guru-guru diingatkan supaya mengisi takwim penyedia soalan yang diedarkan sewaktu
mesyuarat dan diserahkan kepada ketua panitia.
4.5.2 Diingatkan juga supaya guru mematuhi peraturan penyediaan soalan 3-2-1, iaitu 3
minggu sebelum peperiksaan hantar draf untuk disahkan, 2 minggu untuk diriso, 1
minggu untuk disimpan dalam bilik peperiksaan.
4.5.3 Soalan peperiksaan wajib mengandungi 50% soalan KBAT
Untuk Makluman
4.6 PBS
4.6.1 Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid telah digabungkan. Semua guru
tingkatan 3 perlu merekodkan skor PPM dalam folder PUBLIC mengikut tarikh yang
dicatatkan dalam takwim sekolah.
Untuk Makluman

4.7 Bajet Panitia


4.7.1 Bajet panitia tahun ini ialah RM4857.00. Ia akan digunakan untuk program-program
peningkatan prestasi.
Tindakan: Ketua Panita
4.8 Pengurusan Program Panitia
4.8.1 Untuk setiap program akademik atau program peningkatan prestasi yang dijalankan,
dokumen-dokumen berikut perlu disediakan:

i. Borang Pendaftaran Pelaksanaan Program: SMJKC/PK01 –


Lampiran 2
ii. Laporan Pelaksanaan Program Panitia: SPSK PK01 – 2
iii. Borang Pemantauan Pelaksanaan dan Penilaian Program: SMJKC/PK01 –
Lampiran 3
iv. Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program SMJKC/PK01 – Lampiran 4
v. Rekod Keberkesanan Program SMJKC/PK01 – Lampiran 5
vi. Instrumen Penilaian Kursus / Latihan SPSK PK10 – 1
vii.Instrumen Penilaian Penceramah SPSK PK10 – 2
Untuk Makluman
4.9 iTHINK dan KBAT
4.9.1 Catatan penggunaan iTHINK dan KBAT perlu ditulis dalam RPH
Untuk Makluman
4.9.2 Sample solan KBAT yang disediakan oleh guru hendaklah disimpan satu salinan dalam
fail KBAT& i-Think seperti tahun sebelumnya.
Untuk Makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru perlu sediakan 5 set soalan relief yang akan digunakan dalam masa 30 minit. Buat
salinan sebanyak 90 helaian untuk setiap tingkatan. Guru tingkatan 3, 4 dan 5 telah
bersetuju untuk mengguna semula buku relief yang telah dibeli pada tahun lepas.
5.2 Cara penulisan RPH telah ditetapkan. Guru-guru diingatkan supaya mematuhi cara
penulisan RPH.
5.3 Rekod pengajaran harian (RPH) guru perlu menunjukkan evidens KBAT melalui:
a) Objektif Pengajaran  menggunakan perkataan seperti terangkan, jelaskan…
b) Aktiviti PdP unsur KBAT
c) Alat berfikir peta pemikiran i-think, peta minda dan lain-lain ABM yang sesuai.
d) Soalan KBAT catatkan soalan KBAT yang guru tanya di RPH
5.4 Alat bantu mengajar matematik tingkatan 1,2 dan 3 seperti buku KBAT, CD matematik,
soalan koleksi TIMMS dan PISA ada dalam simpanan Cik Elaine, Ketua Bidang Sains dan
Matematik. Jika perlukan, boleh berjumpa beliau.
Untuk Makluman

6
PENUTUP

Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40
petang.

Disediakan oleh,

…………………..........................................
(Rabiatul Laila Mahayaldin)
Setiausaha Matematik
Tarikh: 4 Januari 2017

You might also like