You are on page 1of 7

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN BESAR

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERSEKOLAHAN SESI 2017

Tarikh : 26 DISEMBER 2016

Masa : 9.30 PAGI

Tempat : BILIK KOMPUTER S.K.P.B

Pengerusi : ENCIK HAMIDI BIN MOHD JADI (GURU BESAR SKPB)

Kehadiran(Bilangan) : 12/13 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : -

1 PERUTUSAN PENGERUSI

Alu-aluan : Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru SKPB


ke mesyuarat pengurusan sekolah bagi sesi 2017.

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang


hadir ke mesyuarat pengurusan sekolah pada pagi ini. Beliau
memaklumkan beberapa perkara penting sebelum sesi
persekolahan 2017 bermula. Selain itu, beliau menerangkan
tentang gelombang 2 PPPM 2016-2020 di samping menegaskan
matlamat dan aspirasi murid bagi meningkatkan kemenjadian
murid.

Tindakan : Makluman

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa mulai tahun 2017, jadual waktu


telah bertukar dari minit kepada jam bagi semua mata pelajaran.

Tindakan : Makluman

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa RPT hendaklah disediakan


mengikut mata pelajaran yang akan diajar dan mesti sentiasa
bersama guru.

Tindakan : Makluman

1.4 Selain itu, RPH perlu disediakan secara harian. Ia juga


dinamakan Buku Panduan Mengajar. Beliau mohon kepada
semua guru agar tidak menggunakan sampul buku yang
berwarna melainkan pembalut lutsinar yang diberikan.

Tindakan : Makluman
1.5 Pengerusi memberitahu agar semua guru mengambil buku RPH
mengikut nombor yang telah ditetapkan.
Tindakan : Makluman

1.6 Beliau juga memaklumkan bahawa DSKP juga perlu ada sentiasa
bersama guru-guru.
Tindakan : Makluman

1.7 Beliau memberitahu bahawa Program Transisi Penyayang akan


dijalankan selama 3 minggu. Panduan program akan diedarkan
pada semua guru yang mengajar Tahun 1.
Tindakan : Makluman

1.8 Beliau mohon kepada penyelaras Program Transisi Penyayang


agar memaklumkan kepada ibu bapa tentang program tersebut.

Tindakan : Pn. Shariah

1.9 Pengerusi memaklumkan hanya seorang sahaja penambahan


murid baharu bagi sesi 2017 yang berasal dari Selangor.

Tindakan : Makluman

1.10 Pengerusi juga memberitahu pada Tahun 2017, Instrumen


Pengesanan Kognitif akan dijalankan sebanyak 5 kali setahun.

Tindakan : Makluman

1.11 Pengerusi memaklumkan bahawa Pentaksiran Berasaskan


Sekolah adalah terdiri daripada :
 UPSR
 Pentaksiran Sekolah
 PAJSK
 Psikometrik
Tindakan : Makluman

1.12 Beliau memaklumkan bahawa buku SPBT bagi Tahun 1 2017,


mengandungi kesalahan akibat percetakan. Beliau mohon
kepada semua guru Tahun 1 agar memaklumkan kesalahan
tersebut jika ditemui.
Tindakan : Makluman

1.13 Beliau mohon kepada semua guru agar menyatakan ucapan


Pengerusi, Pembentangan Peruntukan Tahunan dan aktiviti yang
akan dijalankan dalam minit mesyuarat Panitia. Beliau telah
memaklumkan anggaran peruntukan perbelanjaan bagi tahun
2017 seperti berikut :
 Panitia Bahasa Melayu : RM 460.60
 Panitia Bahasa Inggeris : RM 210.55
 Panitia Sains : RM 296.68
 Panitia Matematik : RM 281.36
 Panitia Sejarah : RM 512.00
 Panitia PJ : RM 210.15
 Panitia Agama Islam : RM 210.55
 Panitia Bahasa Arab : RM 210.55
 Kaunseling : RM 448.00
 Yuran Khas Sekolah : RM 211.60
 PSS : RM 1408.00
 BKK : RM 512.00
 BSS : 256.00
 KBS : RM 193.90
 Sukan Tahunan :RM 268.00
 BTP Kokurikulum : RM 134.40

Tindakan : Ketua-ketua Panitia

1.14 Tuan Pengerusi memaklumkan agar semua guru memberikan


sepenuh perhatian kepada semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6
dengan melaksanakan program-program yang boleh
meningkatkan prestasi murid-murid.
Tindakan : Makluman

1.15 Beliau mohon kepada semua guru agar memperbanyakkan soalan


KBAT kepada murid dalam merealisasikan pembelajaran abad
ke-21. Guru perlu melaksanakan PdP mengikut perkembangan
pendidikan masa kini.

Tindakan : Makluman

1.16 Beliau memaklumkan agar semua guru dapat bekerjasama dan


meningkatkan kesungguhan dalam membantu murid-murid Tahun
6 agar lebih ramai murid boleh memperoleh gred A dalam setiap
mata pelajaran.
Tindakan : Makluman

1.17 Pengerusi memaklumkan agar semua guru Tahun 6 melaksanakan


program Pemantapan UPSR dengan membuat kelas tambahan
pada setiap hari Ahad hingga Rabu. Oleh itu, semua murid Tahun
6 akan pulang pada jam 2.10 petang.

Tindakan : Makluman

1.18 Pengerusi memberitahu bahawa surau telah disediakan di kelas


Tahun 1. Mohon kepada semua guru agar memberi galakkan
kepada murid agar melakukan solat sunat dhuha ataupun solat-
solat sunat yang lain pada masa yang sesuai.
Tindakan : Makluman
1.19 Beliau memaklumkan bahawa semua guru perlu memakai pakaian
Unit Beruniform pada setiap hari Ahad minggu ke-3.

Tindakan : Makluman

1.20 Beliau memaklumkan bahawa Program Motivasi murid Tahun 6


akan dilaksanakan di luar sekolah dan bergabung bersama
sekolah-sekolah lain.

Tindakan : Makluman

1.21 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah ini telah didatangi oleh


kontraktor KPM. Segala kerosakan telah dimaklumkan dan akan
mula di baik pulih pada hujung Januari 2017.

Tindakan : Makluman

2.0 MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT DAN MAKLUM BALAS

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA

4.1 Pn. Shariah telah membentangkan kertas kerja berkenaan


Program Transisi Penyayang bagi murid Tahun 1 yang akan
dijalankan selama 3 minggu.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pn. Noraisah

5.1.1 Pn. Noraisah mohon kepada semua guru agar menulis tema,
objektif dan hasil pembelajaran di sebelah kiri papan putih setiap
kali sebelum memulakan PdP.

Tindakan : Semua guru

5.1.2 Selain itu, beliau mohon kepada semua guru kelas agar
menyediakan ‘Parking Lot’, ‘classroom rules’ dan ‘Reward Chart’
bagi menggalakkan pembelajaran yang aktif.
Tindakan : Semua guru kelas
5.1.3 Beliau mohon kepada semua guru agar melengkapkan borang
maklumbalas minit mesyuarat setiap kali minit mesyuarat
disediakan beserta rekod edaran. Format hendaklah mengikut
SPSK yang telah dimaklumkan.
Tindakan : Makluman

5.1.4 Beliau juga mohon kepada semua guru agar melengkapkan


sasaran kerja tahunan pada awal tahun bagi target 2017.

Tindakan : Semua guru

5.1.5 Selain itu, beliau memaklumkan tentang kekurangan guru di


sekolah ini. Bagi menangani masalah ini, tuan Guru Besar telah
menyarankan agar Guru Pemulihan iaitu Encik Khairul Hisyam
dapat membantu dan beliau bersetuju untuk mengambil mata
pelajaran Sejarah tahun 5 sebagai tambahan.

Tindakan : Makluman

5.2 En. Abdullah Ihsan

5.2.1 Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2017 tiada perkheman


Perdana melainkan hanya mini perkhemahan selama 1 hari.

Tindakan : Makluman

5.2.2 Bagi program MSSD, guru-guru yang tidak dapat mengiringi


perlu maklumkan lebih awal kepada beliau agar penukaran atau
penggantian boleh dilakukan.

Tindakan : Makluman

5.2.3 Beliau juga mohon kepada semua guru kelas agar mengedarkan
surat kebenaran ibu bapa semasa hari penjualan buku pada hari
Rabu.

Tindakan : Semua guru kelas

5.3 En. Khairul Hisyam

5.3.1 Beliau memaklumkan bahawa maklumat perkembangan staf


yang boleh diisi hanya program-program sekolah. Program di
bawah anjuran PPD atau lain-lain, tidak boleh diisi oleh
setiausaha .

Tindakan : Makluman
5.4 Pn. Maswati

5.4.1 Beliau mohon kepada semua guru yang belum menjelaskan yuran
Kelab Guru, agar dapat menjelaskan dalam kadar yang segera.

Tindakan : Makluman

5.5 Pn. Nurul Ain

5.5.1 Beliau menerangkan tentang pinjaman buku berkelompok. Buku-


buku akan diletakkan di dalam kotak dan dibenarkan berada di
dalam kelas selama sebulan. Maklumat yang diperoleh
hendaklah ditulis di dalam buku NILAM.
Tindakan : Makluman

5.5.2 Semua guru yang menggunakan PSS hendaklah menulis di


dalam buku rekod penggunaan PSS. Selain itu, bagi guru-guru
yang menggunakan printer PSS, hendaklah mencatatkan nama,
mata pelajaran dan bilangan helaian yang telah digunakan.

Tindakan : Makluman

5.5.3 Bagi guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
boleh meminjam CD MBMMBI di perpustakaan.

Tindakan : Makluman

5.5.4 Semua guru boleh membuat pinjaman bahan bercetak atau tidak
bercetak dan hendaklah merekodkan pinjaman.

Tindakan : Makluman

5.6 Pn. Nor Atikah

5.6.1 Beliau mohon kepada semua guru kelas agar dapat mengedarkan
jadual waktu kepada setiap murid dan maklumkan akan
perubahan yang berlaku seperti Pendidikan Kesenian.

Tindakan : Makluman

5.6.2 Bagi setiap hari Ahad dan Isnin, semua murid Tahun 1 dan 2 akan
pulang pada jam 12.40 tengahari. Bagi tahun-tahun lain akan
pulang pada jam 1.10 petang.

Tindakan : Makluman
PENUTUP

Pengerusi mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua guru dalam


mesyuarat pada kali ini dan berharap semua guru bersedia untuk PdP tahun
2017
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.10 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(NOR ATIKAH ZAKARIA ) (HAMIDI BIN MOHD JADI)
Setiausaha Kurikulum Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Besar
Tarikh : 27 DISEMBER 2016 Tarikh : 27 DISEMBER 2016

You might also like