You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA JAWATANKUASA PERTANDINGAN PIDATO

PIALA DIRAJA SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011


KAWASAN MERLIMAU

TARIKH : 31 APRIL 2011

HARI : KHAMIS

MASA : 0115 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN, SK MERLIMAU 2

KEHADIRAN :
Rujuk Lampiran
AGENDA MESYUARAT

1. UCAPAN PENGERUSI

1.1 Puan Rohana mewakili Guru Besar selaku pengerusi pertandingan


mengucapkan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir ke mesyuarat
jawatankuasa Pertandingan Pidato buat kali pertama.
1.2 Puan Rohana menerangkan tentang tujuan mesyuarat diadakan kepada
semua yang hadir.
1.3 Puan Rohana menyerahkan kepada Tn Haji Mazlan untuk menerangkan
tentang pertandingan yang bakal diadakan.

TINDAKAN : Semua AJK

2. PENGELOLAAN PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA PERINGKAT


KAWASAN MERLIMAU

2.1 Penerangan tentang Pertandingan Pidato Piala Diraja 2011 oleh Tn Haji
Mazlan
- Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian.
- Bahagian 1 – peserta diberi tajuk lebih awal dan perlu bersedia dengan
bahan yang lengkap sebelum hari pertandingan.
- Bahagian 2 – peserta diberi tajuk pada hari pertandingan dan perlu
memberi pidato secara spontan.
2.2 Tarikh pertandingan kawasan
- 12 April 2011
- 8.00 pagi hingga 2.30 petang
- Bertempat di dewan SKM2
2.3 Hakim pertandingan
- 3 orang hakim akan mengadili peserta dan mereka bukan dari daerah
Jasin.
2.4 Majlis penutupan tidak perlu panggil Pegawai Pelajaran Daerah, cukup
sekadar Penyelia sahaj iaitu Encik Mauni.
2.5 Penerangan tentang AJK yang dilantik oleh Tn Hj Mazlan. (Rujuk Lampiran)

TINDAKAN : Urusetia

3. PERSEDIAAN PERTANDINGAN

3.1 Pihak pengelola menyediakan borang-borang berkaitan iaitu :


- Borang markah
- Borang keputusan markah
- Borang pendaftaran TINDAKAN : Urusetia

3.2 Penyediaan tempat :


- Meja hakim – 3 buah
- Meja penyelia peserta -1 buah
- Meja penjaga masa – 1 buah
- Meja pendaftaran
- Kerusi peserta
- Sediakan 10 buah.
- Diletakkan nombor mengikut urutan
- Puan Hartini ditugaskan untuk menyelia peserta di dalam dewan

TINDAKAN : AJK peralatan

3.3 Pembesar suara (mikrofon)


- Pembesar suara (mikrofon) yang mempunyai wayar.
- Sediakan ‘spare’
- Dimaklumkan bahawa pihak PKG Sebatu Berstuju untuk meminjamkan set
mikrofon mereka bagi tujuan pertandingan ini

TINDAKAN : AJK Siaraya


3.4 Backdrop
- Backdrop – kain rentang perlu ditempah dan peruntukan sebanyak RM150
disediakan untuk tujuan itu.

TINDAKAN : Cik Sa’adah

3.5 Bilik menunggu


- Untuk pusingan kedua dicadangkan peserta diletakkan di makmal
komputer.
- Guru pengiring tidak dibenarkan bersama dengan perserta.

TINDAKAN : Puan Mariam


3.6 Perkara – perkara lain
- Kalkulator 3 buah
- Jam randik 3 buah
- Stapler
- Loceng
- Penyelia peserta 1 orang
- Sebuah bilik kuarantin untuk peserta
- Fail hakim – perlu ada
 Borang markah
 Ball pen
 Sebotol air mineral
- Penjaga masa pastikan loceng, jam randik berada dalam keadaan baik dan
cukup seperti yang diminta.

TINDAKAN : Urusetia

4. JAMUAN DAN MAKANAN

4.1 Makanan untuk 50 orang termasuk AJK.


4.2 Kadar untuk seorang ialah sebanyak RM6.00
4.3 Makan pada pukul 10.00 pagi dan tengahari.

TINDAKAN : Puan Rokiah


5. HADIAH DAN SIJIL

5.1 Hadiah dan sijil akan disediakan oleh pihak PPD Jasin.
- Sijil adalah dalam bentuk sijil pemenang dan penyertaan
5.2 Cenderamata untuk Hakim dan Wakil PPD

TINDAKAN : Puan Mazatulazuan

6. DOKUMENTASI

6.1 Encik Ufiz ditugaskan untuk membuat dokumentasi bagi pertandingan ini dan
dibantu leh Ajk-Ajk yang lain

TINDAKAN : En. Ufiz


7. HAL-HAL LAIN

7.1 Cadangan untuk membawa murid Tahun 5 dan Tahun 6 sebagai penonton
semasa pertandingan berlangsung.
7.2 Tahun 4 dibenarkan masuk masuk untuk pusingan kedua sekiranya ada
kekosongan tempat di dewan.
7.3 Puan Norafizah bertugas bagi mangawal murid-murid semasa di dewan.
7.4 Guru-guru kelas tahap satu akan berada dikelas bagi mengawasi kelas
masing-masing.
7.5 Kelengkapan dewan seperti gambar orang-orang kenamaan perlu dilengkapi.

TINDAKAN : Makluman

8. UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT

8.1 Pengerusi mengingatkan bahawa persiapan perlu disiapkan selewat-lewatnya


hari Jumaat.
8.2 Beliau juga berharap semua Ajk dapat menjalankan tugas yang telah
diamanahkan

TINDAKAN : Makluman

9. PENANGGUHAN MESYUARAT

9.1 Mesyuarat ditangguhkan tepat pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

................................. ................................
Hassan bin Man Pn Hjh Rohana Dahlan
Setiausaha Naib Pengerusi
J/K Pengelola J/K Pengelola
Pidato Piala Diraja Pidato Piala Diraja
Kehadiran Ajk Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Pidato Piala Diraja SR
Kawasan Merlimau

1. Pn Hjh Rohana Dahlan


2. En Suhimi Monel
3. Tn Hj Mazlan Jantan
4. Pn Roselinah
5. Pn Mariam
6. Pn Norafizah
7. Pn Hjh Rokiah
8. Pn Hjh Robiah
9. Pn Saadah
10. Pn Rashihah
11. Pn Hartini
12. Pn Hjh Aishah
13. Pn Rohani
14. Pn Fadhilah
15. Pn Zuraidah Rahmat
16. Pn Mazatulazuan
17. En Ufiz
18. En Hassan

You might also like