You are on page 1of 5

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELASIH
BIL.1 / 2018

Tarikh : 22 Januari 2018


Hari : Isnin
Masa : 1:00 petang
Tempat : Bilik SAC
Pengerusi : Pn Fazidah bt Abdullah
Kehadiran : 11 orang

SENARAI KEHADIRAN

BIL. NAMA JAWATAN


1. Fazidah bt Abdullah Pengerusi
2. Aini Syazwani bt Abdul Rahman Setiausaha
3. Nurul Atiqah bt Abd Kamal Bendahari
4. Eddee Izuan bin Nasfuddin Guru Bahasa Inggeris tahun 3
5. Muhamad Azam bin Ismail Guru Bahasa Inggeris tahun 5
6. Noorasikin bt Ambran Guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan 5
7. Nor Liyana bt Mohammad Guru Bahasa Inggeris tahun 2 dan 3
8. Roshidah bt Mohd Ghauth Guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan 2
9. Rosyatimah bt Maidin Guru Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6
10. Silvi A/P Koundyannan Guru Bahasa Inggeris tahun 4 dan 6
11. Wan Rosziana bt Mohamed Hashim Guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan 4

TIDAK HADIR BERSEBAB

BIL. NAMA JAWATAN


1 Asmah Laili bt Mohd Yunus Guru Bahasa Inggeris tahun 5 dan 6
2 Asmiza bt Mahamod Guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan 2
3 Mohd Hafiz Azham bin Elias @ Jaafar Guru Bahasa Inggeris tahun 3 dan 4
4 Mohd Rashdan bin Mohamad Arepin Guru Bahasa Inggeris tahun 2 dan 3

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan salam perkenalan dan ucapan
terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir Mesyuarat Panitia
Bahasa Inggeris Bil.1 Tahun 2018.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Pengerusi membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 2
Tahun 2017 yang lalu.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Muhamad Azam bin Ismail


Disokong untuk pengesahan oleh : Puan Nor Liyana bt Mohamad

3. PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

3.1 PENETAPAN DASAR DAN KUANTITI LATIHAN MURID


3.1.1 Komponen penulisan yang ditetapkan:
Karangan – satu komponen seminggu (minima) bagi murid tahun tiga
hingga enam.
3.1.2 Komponen tatabahasa yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
lima latihan ( empat soalan setiap latihan )
3.1.3 Komponen kosa kata yang ditetapkan (tahap satu dan dua):
10 perkataan setiap minggu.
Tindakan : Makluman
3.2 PLBS
3.2.1 PLBS masih diteruskan untuk murid tahun 4,5 dan 6 (tahap 2) sebanyak
dua kali setahun. Pemantauan akan dibuat dalam bulan Jun atau Julai.
Penyelaras PLBS ialah Encik Mohd Hafiz Azham bin Elias @ Jaafar .
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.
Guru Bahasa Inggeris Tahap 2

3.3 LINUS
3.3.1 Puan Siti Norhida binti Ismail menjelaskan jumlah murid LINUS 2.0
Literasi Bahasa Inggeris pada Saringan 2 tahun 2017 adalah:

3.3.2
2017 K1-K2 K3 – K12
Tahun 1 0 38
Tahun 2 1 13
Tahun 3 0 14
Program bagi murid LINUS 2.0 LBI:

1. Program Kelas Tambahan – Februari hingga Oktober


2. Program LINUS English Camp – Mac dan Ogos

Tindakan: Makluman

3.4 HIP
3.4.1 Penyelaras program ialah Encik Mohd Rashdan bin Mohamad Arepin.
Aktiviti Drop and Read A Book dijalankan secara bulanan dan melibatkan
semua guru, staf sokongan, staf swasta dan murid – murid tahun 1
hingga 6 di SK Taman Selasih
Tindakan:Encik Mohd Rashdan

3.5 DLP

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.5.1 Semua guru Bahasa Inggeris terlibat dengan DLP. Cadangan aktiviti
ialah Karaoke Session: Learn and Sing. Penyelaras aktiviti ini ialah Cik
Rosyatimah bt Maidin dan Cik Nurul Atiqah bt Abd Kamal
Tindakan: Cik Nurul Atiqah

3.6 PENETAPAN BUKU TEKS,BUKU AKTIVITI DAN BUKU LATIHAN


3.6.1 Bagi murid tahun 1 hingga 3, mereka akan menggunakan buku aktiviti
yang diberi oleh KPM sebanyak dua jilid. Murid tahun 4,5 dan 6 boleh
menggunakan buku teks dan buku aktiviti yang dibeli di kedai buku.
3.6.2 Penggunaan buku latihan adalah sama seperti tahun 2017.
3.6.3 Penyelaras tahun 1 hingga 6 adalah:

1. Tahun 1 -- Puan Asmiza bt Mahamod


2. Tahun 2 – Puan Roshidah bt Mohd Ghauth
3. Tahun 3 – Puan Nor Liyana bt Mohammad
4. Tahun 4 – Puan Silvi A/P Koundyannan
5. Tahun 5 – Puan Noorasikin bt Ambran
6. Tahun 6 – Puan Rosyatimah bt Maidin
Tindakan:Makluman
3.7 PBS
3.7.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dikendalikan oleh Puan Mariana
bt Saaut sebagai Penyelaras PBS yang baharu.Guru-guru Bahasa
Inggeris diminta menyerahkan satu salinan offline kepada Puan Mariana
dan satu salinan kepada Puan Aini Syazwani untuk simpanan panitia.
Tindakan: Makluman

3.8 PEPERIKSAAN
3.8.1 Penyediaan kertas soalan akan diagihkan oleh ketua panitia. Guru-guru
Bahasa Inggeris akan menerima jadual penyediaan kertas soalan dalam
masa terdekat. Peperiksaan dalaman sekolah akan diadakan sebanyak
dua kali iaitu pada bulan Mei dan Oktober.
Tindakan: Makluman

3.9 AKTIVITI KO- AKADEMIK


3.9.1 Semua guru Bahasa Inggeris akan bersama – sama membantu guru
yang terlibat untuk melatih murid bagi aktiviti koakademik berikut;

1. Story telling – Puan Nor Liyana bt Mohamad


2. Poetry Recitation – Puan Noorasikin bt Ambran
3. Public Speaking – Puan Aini Syazwani bt Abdul Rahman

Tindakan: Puan Liyana, Puan Noorasikin, Puan Aini, Cik Rosyatimah

3.10 BULAN PANITIA BAHASA INGGERIS

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.10.1 Puan Fazidah menyatakan Bulan Panitia Bahasa Inggeris telah


ditetapkan pada bulan Mac 2018. Aktiviti sepanjang Bulan Panitia
Bahasa Inggeris ialah:

1. Pra sekolah – Tracing and Phonic Sounds


2. Murid LINUS tahun 1 – Spelling Bee
3. Murid LINUS tahun 2 dan 3 – Construct Sentences
4. Tahun 4 – Poetry Recitation
5. Tahun 3,5 dan 6 – Story telling
3.10.2 Guru-guru mata pelajaran Bahasa Inggeris setiap kelas diminta
menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan untuk setiap aliran mengikut
tarikh - tarikh yang akan ditetapkan kemudian oleh ketua panitia dan ajk
induk. Nama pemenang setiap kelas boleh diserahkan oleh penyelaras
tahun kepada Puan Aini Syazwani.
3.10.3 Puan Fazidah menyatakan beliau akan berbincang dengan guru besar
tentang bentuk hadiah dan bilangan hadiah yang akan diberikan kepada
pemenang. AJK bulan panitia juga akan ditetapkan kemudian.
3.10.4 Majlis perasmian Bulan Panitia Bahasa Inggeris akan dirasmikan oleh
Tuan Haji Majid bin Madon. Gimik dan persembahan murid akan
diuruskan oleh Puan Fazidah dan ajk.
Tindakan: Makluman

4. HAL-HAL LAIN
4.1.1 Murid tahun 1 hingga 3 boleh masuk PSS untuk bacaan buku cerita
tetapi guru perlu mengambil buku dan tidak dibenarkan murid
mengambilnya sendiri di rak buku.
4.1.2 Puan Roshidah menyatakan bilik KSSR boleh digunakan untuk
mendapatkan bahan terkini tentang DSK / DSKP, RPT dan modul KSSR.
4.1.3 Cik Rosyatimah menyatakan set buku cerita, set pembelajaran PAK21
dan kad bacaan tahun 1 hingga 3 ada di bilik SAC.Guru – guru Bahasa
Inggeris boleh mengambil bahan bantu belajar tersebut untuk kegunaan
kelas masing-masing.
Tindakan:Makluman

5. PENANGGUHAN MESYUARAT

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor


PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:00 petang dengan ucapan terima kasih
daripada pengerusi.

Urus setia (Aini Syazwani bt Abdul Rahman)


Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
25 Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor

You might also like