You are on page 1of 2

Nasib 10 pasukan ditentukan esok

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Nasib 10 pasukan yang gagal melengkapkan pendaftaran


Liga Malaysia (Liga M) akan ditentukan pada mesyuarat Ahli Lembaga
Pengarah Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor
Bahru, esok.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam menjelaskan bentuk


hukuman sama ada dipotong mata atau dikenakan hukuman lebih ringan
akan ditentukan pada mesyuarat berkenaan yang bakal dipengerusikan
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Tarikh mesyuarat sudah ada iaitu pada Isnin (esok). Ya, kami akan bawa kes
itu (pasukan gagal melengkapkan pendaftaran) untuk dibincangkan dalam
mesyuarat itu nanti.

"Keputusan (bentuk hukuman) juga akan diputuskan pada mesyuarat yang


akan dipengerusikan Tunku Ismail selaku Pengerusi FMLLP," katanya ketika
dihubungi, hari ini.

Pada 19 Februari lalu, FMLLP mendedahkan empat pasukan Liga Super dan
enam dari Liga Perdana gagal melengkapkan pendaftaran pasukan selepas
tarikh akhir menghantar dokumen pada 3 Februari.

Dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan Kuala Lumpur tidak menghantar
atau menghantar dokumen tidak betul manakala Selangor dan PKNS FC
menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang diberikan.

Bagi Liga Perdana pula, empat pasukan tidak melengkapkan dokumen


pendaftaran iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA dan PDRM.

Sementara itu, dua pasukan menghantar dokumen melepasi tarikh akhir yang
ditetapkan termasuk MIFA dan UKM FC yang menghantar dokumen pada 15
dan 19 Februari.

Malah, FMLLP menjelaskan tarikh akhir untuk pasukan menghantar dokumen


pada 3 Februari adalah tarikh yang sudah dilanjutkan sebanyak dua kali bagi
memberi ruang kepada pasukan terbabit melengkapkan dokumen yang
perlukan.
Justeru, pasukan itu berkemungkinan berdepan hukuman berat termasuk
dipotong mata seperti yang dikenakan ke atas empat pasukan musim lalu.

Untuk rekod, dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan T-Team serta dua
dari Liga Perdana, ATM dan Perlis dipotong enam mata kerana kesalahan
sama musim lalu.

You might also like