Professional Documents
Culture Documents
sukanteam@nstp.com.my
KOTA KINABALU: Kekalahan tipis 1-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT)
dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, di sini, semalam, membuktikan Sabah
juga mampu bersaing dengan pasukan dari Liga Super.
Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, berkata perlawanan itu juga membuktikan
pemainnya memiliki kualiti baik sehingga memaksa JDT bekerja keras
sebelum memenangi aksi berkenaan.
"Kalau kita lihat, perlawanan hari ini (malam tadi) menarik, kita bermain
dengan satu pasukan kuat, pasukan yang menjuarai Liga Super tahun lalu
dan pernah menjulang Piala AFC sebelum ini.
"Tetapi kita buktikan pasukan kita juga mempunyai kualiti yang baik,
walaupun kalah, secara keseluruhan saya puas hati dengan semangat
pemain yang bersungguh-sungguh untuk memenangi perlawanan itu,
mungkin bukan nasib kami," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu,
semalam.
Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim, berkata pihaknya akan
membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
berhubung beberapa keputusan yang dilakukan pengadil.
Dalam pada itu, Juil gembira dengan prestasi serta kesungguhan yang
ditunjukkan para pemain Sabah dan beliau menganggap kekalahan malam
tadi sebagai kekalahan yang bermaruah.