You are on page 1of 1

Shahzan Muda kempunan kejutkan PKNP

Oleh Asrol Awang

sukanteam@nstp.com.my

KUANTAN: Pengendali Shahzan Muda, Tajuddin Nor tetap berbangga


dengan komitmen tinggi yang dipersembahkan anak buahnya biarpun tewas
2-1 di tangan PKNP FC pada pusingan kedua Piala FA, semalam.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kemampuan skuadnya memberi


tekanan kepada lawan dari Liga Super itu perlu dipuji dan cukup
membanggakan.

"Saya memuji persembahan keseluruhan pasukan kerana mereka tidak


mengenal erti putus asa terutama memberi saingan kepada lawan," kata
Tajuddin.

"Biarpun ketinggalan 2-0 tetapi dengan semangat juang tinggi, satu gol
berjaya dijaringkan untuk terus memberi tekanan kepada lawan.

"Saya berterima kasih kepada pemain yang bekerja keras untuk memastikan
Shahzan Muda masih mampu mencabar lawan yang dibarisi pemain
berpengalaman termasuk import."

Tajuddin berkata, perlawanan seimbang yang dipersembahkan skuadnya itu


juga diyakini membantu untuk meningkatkan kualiti permainan dalam saingan
Liga FAM musim ini.

Pada aksi pusingan kedua Piala FA di Stadium Mini Majlis Perbandaran


Temerloh semalam, dua gol PKNP FC dijaringkan pemain import, Yeon Gi
Sung pada minit ke-37 dan 59 manakala gol tuan rumah dijaringkan oleh
Mohd Faizal Abd Rani (m-75).

You might also like