You are on page 1of 6

TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

2.0 ULASAN KRITIS

PENGENALAN
Kemajuan dalam teknologi komputer dan hubungkait antara teknologi dan pendidikan
membentuk revolusi maklumat dan mempengaruhi kehidupan secara lebih mendalam dan
menyeluruh. Teknologi komunikasi dan maklumat merupakan salah satu medium yang besar di
mana ia merupakan sumber maklumat yang cepat dan mudah untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Penggunaan teknologi telah mengubah persepsi dan pendekatan dalam
pendidikan muzik khususnya. Penggunaan perisian muzik seperti Sonar, Finale, dan SMART
BOARD , CAL ( Cakewalk Application Language ) dan MIDI merupakan alat yang memang
sesuai digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik. Perisian muzik yang boleh didapati
pada hari ini sungguh mengagumkan dari segi bilangan jenis serta kuantitinya. Dengan adanya
penggunaan teknologi muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat memberi
beberapa faedah yang memberi kesan positif sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
dilangsungkan. Melalui perisian muzik guru dapat menarik minat murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.

CAL ( Cakewalk Application Language ) merupakan aplikasi bahasa yang digunakan


bagi mengawal program perisian Cakewalk. Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil intepretasi
dari kod sumber ke kod bit dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian program yang
kebiasaannya dihimpunkan bersama kod mesin pada perisian tersebut. Perisian Cakewalk
secara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI.

MIDI adalah singkatan Musical Instrument Digital Interface .Teknologi ini telah pun
berkembang sejak awal tahun 1980 lagi. Ia terus berkembang dan mengalami pelbagai
perubahan yang pesat disebabkan pasaran dan permintaan daripada pengguna di seluruh
dunia. Pada masa sekarang, teknologi MIDI merupakan satu perkakasan yang kukuh yang
boleh membantu pengguna muzik atau pemuzik sama ada profesional atau tidak. Penggunaan
awalnya adalah untuk aplikasi DOS dan kemudiannya telah diubahsuai untuk aplikasi Windows.

Penggunaan teknologi MIDI telah berkembang dengan meluas selari dengan


perkembangan perisian komputer. Interface atau para muka adalah satu istilah yang
menunjukkan perhubungan di antara alat muzik yang mana data dipindahkan dari satu alat ke
satu alat yang lain melalui satu bahasa atau protokol standard iaitu MIDI. Melalui MIDI, ia

4
TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

membolehkan peralatan seperti sintesizer, keyboard, komputer, drum machine dari pelbagai
pengeluar berinteraksi di antara satu sama lain melalui satu ciri yang standard iaitu para muka.

Dengan kata lain, MIDI ialah satu cara perhubungan di antara satu alat dengan alat lain
yang berupaya menghantar dan menerima data komputer dalam satu bahasa atau protokol
yang sama. Perkembangan muzik komputer dan mendefinisikannya sebagai muzik yang
dihasilkan melalui komputer. Penghasilan muzik komputer melibatkan dua jenis teknologi yang
agak berbeza. Odio digital dan perantaraan digital alat muzik yang lebih dikenali sebagai MIDI.
Kedua-dua teknologi ini telah mentransformasikan bukan sahaja industri penerbitan muzik
tetapi juga gaya persembahan muzik serta pendekatan pendidikan muzik, lebih-lebih lagi
menjelang abad ke-21.

Teknologi MIDI merupakan teknologi yang lain yang terlibat dalam penghasilan muzik
komputer. MIDI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 sebagai satu perantaraan piawai yang
digunakan untuk membolehkan pelbagai jenis alat muzik elektronik seperti kibod, generator
nada dan amplifier menukar data antara satu sama lain. MIDI mengutuskan data persembahan
muzik daripada satu alat kepada yang lain. MIDI berbeza daripada odio digital sebab ianya tidak
merekodkan muzik itu sendiri tetapi hanya maklumat mengenai muzik tersebut. Sebagaimana
seorang pemuzik membaca dan menginterpretasikan skor muzik yang tercetak pada kertas
untuk mempersembahkan lagu yang merdu, begitu juga dengan alat muzik MIDI, sama ada
ianya kibod atau generator nada atau kad bunyi dalam komputer, dapat "membaca" dan
"menginterpretasikan" "skor muzik" yang merupakan kod-kod yang boleh difahami oleh alat
tersebut.

Teknologi MIDI ini mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang muzik. Komposer masa
kini dapat memainkan lagu ciptaan mereka pada alat muzik MIDI yang seterusnya akan
merekodkan data persembahan tersebut. Data ini boleh dibaca dengan mudahnya oleh
komputer untuk menerbitkan skor muzik tradisional yang boleh dicetak. Skor yang dihasilkan
begini juga amat mudah diubahsuai dan disunting. Gubahan muzik lapis mudah dirakam lapisan
demi lapisan dan hasil ciptaan yang lengkap mudah dimainkan semula secara keseluruhannya.
Komposer tidak lagi perlu mencari dan membayar sebuah orkestra untuk mendengar
persembahan lagunya yang digubah untuk media itu. MIDI merupakan satu alat pengajaran
muzik yang sungguh berkesan. Ia mempunyai banyak aplikasi terutamanya dalam pengajaran

5
TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

kemahiran bermain alat muzik (khususnya kibod dan piano tetapi termasuk juga alat muzik lain
yang mempunyai bentuk MIDI), kemahiran aural dan pengajaran teori.

Selain daripada itu, terdapat juga elemen yang boleh guru boleh menggunakan
teknologi dalam teknologi muzik iaitu grafik. Grafik merupakan salah satu media yang dapat
membantu guru dalam menyampaikan pengajaran.Grafik dalam pembelajaran boleh
dipersembahkan dalam bentuk imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan,
lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan sebagainya. Dari aspek teknologi, ia juga merupakan elemen
multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian
maklumat. Penggunaan grafik telah lama digunakan dalam sistem pendidikan negara sebelum
merdeka dan selepas merdeka malah penggunaan grafik berjaya menjadi suatu media dalam
pendidikan tidak formal dan formal.Penggunaan grafik dalam pembelajaran amat sesuai
digunakan dalam kumpulan yang ramai terutama di dalam kelas. Pelajar ini perlu banyak
melihat atau menggunakan deria penglihatan mereka untuk memahami sesuatu maklumat.
Adalah penting bagi pelajar ini ditunjukkan dengan pelbagai visual dalam proses pembelajaran
mereka. Contohnya dalam pengajaran dan pembelajaran muzik guru boleh memaparkan
gambar skor lagu melalui tayangan multimedia.

Melalui video yang telah dimuat turun dari laman sengsawang “youtube” yang
membincangkan mengenai video yang bertajuk ‘Alat Muzik’ yang saya tonton terdapat banyak
faedah. Guru yang bernama Izam seorang guru muzik di Sekolah Kebangsaan Telemong yang
mengajar muzik selama lima tahun. Beliau menggunakan teknologi semasa pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid yang terdapat di sekolah tersebut merupakan pelbagai latar
belakang. Mereka kekurangan pengetahuan dari segi teknologi. Jadi bagi menarik minat murid
terhadap pendidikan muzik yang disampaikan kepada mereka, beliau menggunakan bahan
teknologi seperti gambar grafik, model dan bahan maujud dan alat elektronik. Semasa beliau
mengajar tentang alat muzik, beliau menunjukkan gambar dan tayangan video melalui teknologi
yang terdapat sekarang. Dalam tayangan video tersebut menunjukkan cara memegang dan
cara memainkan alat muzik tersebut. Murid-murid sangat seronok dan menujukkan minat
terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru tersebut.

Seterusnya adalah video bertajuk ‘Learning With Technology in Music Education’ yang
saya tonton, banyak faedah yang dapat diberikan sekiranya kita menggunakan teknologi
semasa proses pembelajaran muzik. Menurut Laura Friant, guru di sekolah ‘Edinbrook

6
TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

Elementary’ yang telah mengajar muzik selama tujuh tahun menyatakan bahawa beliau selalu
menggunakan teknologi ketika sesi PdP muzik beliau. Dari segi bagaimana beliau memainkan
muzik sehingga menunjukkan aktiviti muzik tersebut dan memberi kebebasan kepada murid
untuk berinteraksi dengan lebih mudah. Selain itu juga, beliau banyak menggunakan ‘voice
amplifier’ ketika proses PdP. Penggunaan ‘voice amplifier’ memberi banyak kebaikan kerana
beliau banyak menyanyi. Penggunaan teknologi dalam subjek muzik dapat menarik perhatian
murid dalam apa-apa aktiviti muzik sekalipun.

Dalam video tersebut, Laura Friant memperkenalkan satu permainan yang bergelar
‘Speed notes’. Ia merupakan satu permainan yang menggunakan papan putih interaktif yang
menunjukkan notasi dan nama notasi yang dipelajari oleh mereka pada hari itu. Murid perlu
meneka dan menekan nama notasi berdasarkan skor yang dipaparkan di skrin papan putih
dengan betul. Permainan ini telah menarik minat murid kerana ia memerlukan pergerakan dan
murid dapat menyentuh sendiri jawapan nama notasi yang dipilih oleh mereka. Dengan cara
pembelajaran ini, murid akan dapat mengingati nama notasi dengan lebih mudah dan
pengetahuan notasi tersebut dapat digunakan ketika murid mempelajari apa-apa alat instrumen
dan nyanyian bagi proses PdP muzik yang seterusnya.

Banyak kebaikan yang diperolehi jika menggunakan teknologi dalam proses pengajaran
muzik. Antaranya ialah, ia memberi satu cara dan pengalaman yang baru kepada murid untuk
mempelajari muzik. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi sememangnya dapat
membantu pencapaian pelajar dalam menguasai pengetahuan muzik dengan lebih baik
(Dowling, 1999; Giesert & Futrell, 1990; Mahzan Arshad, 2003).Teknologi memberikan kesan
yang besar terhadap proses P & P terutama semasa membuat pemilihan bahan teknologi
dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai pengetahuan yang jelas dalam
memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi
pengajaran dalam bilik darjah untuk membantu mencapai objektif pembelajaran.

Guru yang kreatif serta bijaksana menggunakan teknologi muzik yang ada untuk
membantu mereka mencapai objektif pembelajaran dengan lebih mudah. Pelbagai aplikasi
teknologi muzik boleh digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti dalam proses PdP
muzik. Di samping itu, guru juga perlu merancang penggunaan teknologi muzik dengan
sebaiknya supaya faedah yang maksimum diperolehi daripada bahan tersebut. Pengetahuan
mengenai bahan teknologi muzik dan cara penggunaannya perlu dikuasai guru supaya mereka

7
TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

sentiasa peka terhadap perkembangan terkini selain tidak ketinggalan dalam kemahiran
teknologi muzik yang setiap masa semakin maju.

8
TEKNOLOGI MUZIK MZU3233

RUJUKAN

Dowling, C. .(1999). Writing and learning with computers. Melbourne, Victoria: Acer. Giesert,
P., & Futrell, M. (1990). Teachers, computers and curriculum.Boston: Allyn.Heinich, P.
(Ed.). (1996). Instructional media and the new technologies of instruction. New York:
Macmillan.

Hedges, William D. Hopkins, L. Thomas. The encyclopedia of education. Vol. 4. New 24


York, NY: Crowell-Collier Educational Corporation, 1971.

https://www.scribd.com/doc/37749661/peranan-grafik-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran.

http://edu3053ipgkpi.weebly.com/fungsi-grafik-dalam-pembelajaran.html

You might also like