You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

UNIT KOKURIKULUM
SENAMROBIK 2018 KALI -1
SK KIARAMAS

Tarikh : 24 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 3.15-4.15 petang
Tempat: Kelas 3C

Hadir
1. CIK ANUSRIA
2. PN. ARULJOTHEE
3. PN. CHE NUR QAMARINA
4. PN. RAJESWARI
5. EN. RUSYDI RUSLAN
6. PN. AMY

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru dan murid yang dapat
menghadirkan diri ke mesyuarat Kelab Senamrobik Kali Pertama 2018.

Untuk Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat telah disahkan oleh Cik Anusria dan disokong sebulat suara tanpa
sebarang pindaan.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Pelaksanaan aktiviti yoga sebelum senamrobik dan aktiviti relaxation selepas
senamrobik.

4.0 LATIHAN SENAMROBIK


4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa latihan senamrobik akan diadakan pada setiap
hari Rabu pukul 3.15-4.15 petang dan murid tahap 2 diwajibkan hadir.

Untuk Makluman

5.0 AKTIVITI YOGA DAN RELAXATION


5.1 Pengerusi meminta supaya guru-guru melibatkan aktiviti yoga dan juga aktiviti
relaxation sebelum dan selepas aktiviti senamrobik.
Tindakan: Semua guru
5.2 Pn. Amy meminta supaya Unit Senamrobik dapat bekerjasama antara satu sama lain
untuk menjaya program-program yang bakal diadakan.

Tindakan: Semua guru

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Pn. Amy meminta menyediakan barang-barang yoga dan meditasi seperti yoga matt
dan lilin wangi untuk aktiviti sebelum dan selepas senamrobik.

Tindakan: Semua guru

6.2 Pn. Amy meminta kepada semua guru agar pastikan tahap keselamatan diberi
perhatian yang serius terutama semasa melakukan aktiviti senamrobik dan yoga.

Tindakan: Semua guru

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Mesyurat ditangguhkan pada pukul 4.15 petang dan diakhiri dengan ucapan terima
kasih.

Disediakan oleh, Disemak Oleh, Disahkan oleh:

………………….................... ........................... ...................................................


(Anusria Krishnan) (Pn. Amy ) (Pn. Zarinom Binti Md. Noor)
Setiausaha, Ketua Unit, Senamrobik GPK KOKO,
Unit Senamrobik SK Kiaramas SK Kiaramas
SK Kiaramas

You might also like