You are on page 1of 3

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Ayat aktif dan ayat pasif ialah dua bentuk ayat yang berbeza tetapi menyampaikan makna
yang sama.

 Ayat aktif boleh ditukar menjadi ayat pasif. Tetapi hanya ayat aktif transitif dapat
dipasifkan. Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak ada objek.

 Ayat pasif dapat dibahagikan kepada 3 jenis:

1. Ayat pasif diri pertama

2. Ayat pasif diri kedua

3. Ayat pasif diri ketiga

 Cara untuk membentuk ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua adalah
sama.

Ayat Aktif Ayat Pasif

(pelaku pertama/kedua) (pelaku pertama/kedua)

Subjek + kata kerja transitif + objek Subjek + pelaku + kata kerja transitif

(tanpa awalan)

subjek KKT objek subjek pelaku KKP

Saya membaca majalah itu. Majalah itu saya baca.

Kami mengemaskan rak buku. Rak buku kami kemaskan.

Kamu makan nasi. Nasi kamu makan.

Awak menyimpan baju. Baju awak simpan.

 Apabila menukar ayat aktif kepada ayat pasif, semua imbukan awalan perlu
digugurkan menakala imbukan akhiran perlu dikekalkan.
 Jika terdapat kata bantu (sudah, telah, pernak dan lain-lain) dalam ayat aktif, ia
perlu diletakkan di hadapan kata ganti nama diri (pertama/kedua) dalam ayat pasif.

 Cara untuk menukar ayat aktif pelaku diri ketiga kepada ayat pasif ialah

Ayat Aktif Ayat Pasif

(pelaku ketiga) (pelaku ketiga)

Subjek + kata kerja transitif + objek Subjek + kata kerja transitif


(berawalandi-) + kata sendi nama oleh +
pelaku

subjek KKT objek subjek KKP (berawalan pelaku


di-) + oleh

Ming Ming minum susu. Susu diminum oleh Ming Ming.

Baginda menyampaikan ucapan. Ucapan disampaikan oleh baginda.

Sebelum membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif, semua murid perlu membezakan kata
ganti diri pertama dan kedua daripada yang lain. Selain itu, para murid perlu
menguasai imbuhan “Me” dengan huruf-huruf tertentu, seperti berikut:

Imbuhan

Me l, m, n, r, y, ng, ny

Mem b, (p), (f), pr,pl

Men c, d, j, (t), z, sy

Meng a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr

Meny s

Satu suku kata seperti tin, pos, bom,


menge
syor, sah,……

You might also like