You are on page 1of 4

LAPORAN PROJEK

KREATIVITI DAN INOVASI (CIC) INSTITUT PENDIDIKAN GURU PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

a) TAJUK INOVASI : TotalPackage – “The Power of Powerpoint”


b) OBJEKTIF : Modul TotalPackage merupakan satu inovasi yang menggabungjalinkan teori kecergasan
pelbagai, didik hibur dan TMK dalam templat media instruksional yang interaktif. Modul ini
memudahkan guru pelatih dalam menyediakan templat media instruksional TMK
merentas kurikulum semasa pdp. Modul TotalPackage ini dihasilkan menggunakan perisian
persembahan PowerPoint.
c) KEDUDUKAN • Guru pelatih menghadapi kesukaran mengintegrasikan TMK sebagai strategi dan
SEBELUM sumber semasa proses pdp.
INOVASI : • Guru pelatih hanya menggunakan perisian PowerPoint sebagai alat persembahan
sahaja. Mereka kurang berkeupayaan menggunakan perisian PowerPoint secara
interaktif dan berunsur didik hibur.
d) MASALAH- • Guru pelatih kurang kemahiran mengintegrasikan TMK semasa proses pdp.
MASALAH YANG • Guru pelatih tidak dapat menghasilkan bahan TMK yang menarik dan interaktif
DIHADAPI semasa pdp.
SEBELUM • Guru pelatih mengambil masa yang lama untuk menyediakan media TMK untuk
INOVASI : pdp
• Guru pelatih tidak dapat mengaitkan teori pembelajaran dengan media
instruktional.
e) INOVASI YANG a) Hubungkaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran
TELAH • Modul dan templat TotalPackage merupakan satu inovasi yang menggabungkan
DILAKSANA : teori pembelajaran Kecergasan Pelbagai, konsep didik hibur dalam perisian
PowerPoint.
• ia membolehkan guru pelatih membangunkan media instructional TMK interaktif
dengan cepat dan mudah dalam pengajaran dan pembelajaran.

Modul TotalPackage

IPG Kampus Tun Abdul Razak, kota Samarahan, Sarawak


b) Deskripsi Inovasi
• Kandungan TotalPackage terdiri daripada 7 modul dan templat
interaktif yang memudahkan guru membangunkan media
instruksional TMK menggunakan perisian PowerPoint (Guess The
Phrase, Maze Games, Jigsaw Puzzle, Word Search, Songs With Lyrics,
Treasure Hunt dan Memory Pairs).

a. Strategi
• Ia menggabungjalinkan teori pembelajaran kercergasan pelbagai,
konsep didik hibur dan kerangka TPACK dalam menghasilkan media
instruksional TMK yang bermutu dan berkesan untuk murid
prasekolah

b. Bidang Utama Inovasi


• Inovasi ini memberi fokus utama kepada konsep elemen TMK
merentas kurikulum selari dengan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang menekan kepentingan elemen TMK sebagai salah
satu elemen nilai tambah (ENT).

c. Butiran Inovasi (Tarikh dan Kos)


• Seramai 4 orang guru pelatih prasekolah telah diperkenalkan dengan
templat dan modul pelaksanaan TotalPackage semasa praktikum fasa
ke-2 pada Julai 2015 – September 2015 (8 minggu).
• Sebanyak 7 modul TotalPackage telah dicetak dan didedahkan kepada
pelajar berkenaan dengan jumlah kos cetakan RM 8.00 sahaja.

Guru pelatih menggunakan modul & templat TotalPackage


“Songs With Lyrics” semasa proses pdp

IPG Kampus Tun Abdul Razak, kota Samarahan, Sarawak


d. Situasi semasa pelaksanaan Inovasi
• Berdasarkan maklum balas pelajar, Inovasi in telah dapat menjimatkan
masa guru pelatih menyediakan media instruksional dari purata 2 jam
sehari ke 20 minit sahaja.
• Guru pelatih dapat menyediakan media instruksional TMK yang
menarik dan interaktif.
• Motivasi murid dalam kelas telah dapat ditingkatkan.

e. Contoh-contoh templat TotalPackage yang dihasilkan oleh guru pelatih

IPG Kampus Tun Abdul Razak, kota Samarahan, Sarawak


f) FAEDAH • Inovasi ini membolehkan guru menyediakan media instruksional TMK dengan
INOVASI cepat dan mudah.
• Tiada kos tambahan diperlukan dalam penghasilan media instruksional TMK selain
daripada perisian PowerPoint.
• Templat TotalPackage yang dihasilkan mudah diubahsuai dan digunakan semula
• Templat dan modul TotalPackage boleh diintegrasikan dalam pelbagai subjek.
• Tiada kemahiran pengatur caran diperlukan dalam penghasilan tempat
berkenaan.

IPG Kampus Tun Abdul Razak, kota Samarahan, Sarawak

You might also like