You are on page 1of 3

Maksud sosialisasi

Sosialisasi merupakan proses belajar yang berkaitan dengan nilai, sikap serta kemahiran
daripada masyarakat yang berada di sekeliling dan seterusnya membentuk sikap, prilaku serta
personaliti dirinya sendiri yang sesuai dengan ahli masyarakatnya. Menurut Horton dan Hunt
(1989), sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang individu menghayati nilai-
nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup shingga terbentuklah keperibadiannya.
Manakala Robert M.Z. Lawang (1989) memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari
nilai dan norma yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif
dalam kejidupan sosial. Oleh itu, sosialisasi boleh disimpulkan sebagai proses individu
bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya.

Proses sosialisasi dalam pembentukan moral individu bagi menangani


masalah sosial
Antara agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah keluarga, rakan
sebaya, media massa dan lain-lain lagi.

Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan moral dan peribadi
remaja terutamanya ibu bapa. Keluarga merupakan tempat sosialisasi pertama bagi kanak-
kanak. Oleh yang demikian, keperibadian anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara dan
corak ibu bapa memberikan pendidikan dan bimbingan kepada anak. Hal ini kerana, anak yang
dilahirkan diibaratkan sebagai kain putih. Ini bermakna kanak-kanak itu tidak jahat dan tidak baik.
Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya. Seterusnya, asuhan
ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses sosilisasi individu. Pada peringkat awal,
kanak-kanak menghabiskan sebahgian besar masanya dengan keluarganya. Menurut George
Herbert Mead (2004), perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan (Preparatory
Stage) yang mana anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun
perbuatan itu tidak sempurna. Oleh itu, ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan moral
anak-anak sejak di peringkat kanak-kanak. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni yang baik
supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Hal ini kerana, segala tindak
tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak kecil lagi. Di samping itu, ibu bapa perlu
menjadi teladan yang baik kepada anak-anak agar dapat mengelakkan anak-anaknya terjebak
dalam perbuatan sumbang seperti isu pembuangan bayi. Tanggungjawab mendidik anak perlu
menjadi satu keperluan yang dipenuhi oleh ibu bapa dengan baik. Kesimpulannya, ibu bapa
adalah orang yang paling peka terhadap perkembanagn moral seseorang kanak-kanak pada
peringkat awal.

Rakan Sebaya
Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling efektif berbanding dengan sosialisasi
melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak
sengaja. . Kumpulan rakan sebaya yang dibina adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri
daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Apabila mencapai peringkat
remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting kerana mereka menghabiskan masa yang
lebih banyak bersama rakan sebaya daripada ibu bapa. Individu ini cenderung untuk mengikuti
pandangan, nilai dan sikap rakan sebaya mereka. Rakan sebaya yang tinggi sahsianya akan
dapat membentuk kumpulunyya kearah peribadi yang mulia dan begitulah jika tersalah memilih
kawan. Walaubagaimanapun, tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan
norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat. Malah terdapat juga kumpulan rakan
sebaya yang masih menitik beratkan nilai dan norma yang positif. Individu itu sendiri perlu bijak
dalam memilih rakan yang baik dan menghindarkan diri daripada rakan yang boleh membawa
kesan negatif. Ibu bapa perlu mengambil sikap ambil tahu dengan perkembangan anak-anak
remaja agar tidak terpesong daripada landasan agama.

Media Massa

Adibah Amin (1990) menghujahkan bahawa keruntuhan dan pembinaan moral berlaku
melalui pengaruh media massa. Media massa mempunyai pengaruh sosialisasi sama kuatnya
seperti pengaruh rakan sebaya dan sekolah. Media massa yang merangkumi surat khabar,
majalah, radio dan terutama televisyen boleh meninggalkan kesan yang negatif dan positif ke
atas sosialisasi seseorang. Pengaruh baik atau buruk yang diterima oleh kanak-kanak melalui
media massa bergantung kepada apakah bahan atau unsur yang didedahkan kepada mereka.
Rancangan-rancangan televisyen mempunyai tema yang berbagai. Tema yang baik seperti cerita
di mana orang yang baik selalu mendapat kejayaan dan sebaliknya orang jahat menerima
hukuman atau balasan dapat membantu perkembangan pertimbangan moral kanak-kanak.
Kanak-kanak patut digalakkan untuk menonton rancangan sedemikian. Sebagai ibu bapa dan
guru yang bertanggung jawab adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk mendidik kanak-
kanak supaya mereka tahu memilih apakah rancangan televisyen dan bahan-bahan bacaan yang
baik dan sesuai untuk mereka.
Kesimpulan

Proses sosialisasi dapat dimaksudkan sebagai proses belajar seseorang anggota


masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia
menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk berprilaku sesuai dengan perilaku
masyarakatnya. Sosialisasi dimula dari keluarga kemudian sekolah, rakan sebaya, masyarakat,
agama dan media massa. Kesimpulannya, semua orang perlu melalui proses sosialisasi yang
sempurna agar mereka menjadi insan yang bermoral.

Bibliografi

Adibah Amin. (1990). The Man Behind the Enigma. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

George Herbert Mead. (2004). George Herbert Mead and Human Conduct. Centro Universitario

de Lavras, Brasil.

Horton dan Hunt. (1986). Sosiologi. Erlangga, Jakarta.

Robert M.Z. Lawang. (1989). Sosiologi Modern. Erlangga, Jakarta.

You might also like