You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KETIGA SESI 2017/2018

TARIKH : 11 Januari 2018 (Khamis)


MASA : 2.00 petang – 4.15 Petang
TEMPAT : Bilik Gerakan SMK Dato’ Wan Mohd Saman
PENGERUSI : Encik Mohamad Baharin Bin Mohd Ali,PPN,PCK

KEHADIRAN :

1. En. Ahmad Zaini Bin Ramli Penasihat


2. En. Mohammad Baharin Bin Mohd Ali,PPN,PCK YDP
3. En. Zakaria Bin Sulaiman NYDP
4. En. Muhammad Taufiq Aqmal Bin Hedzir Setiausaha
5. En. Azrul Nasri Bin Che Mat Naib Setiausaha
6. Pn. Rosehayati Binti Mohd Saufi Bendahari
7. En. Mokhtar @ Halim Bin Mohd Yusoff AJK Waris
8. En. Wan Ahmad Bin Wan Abdul Halim AJK Waris
9. En. Syed Ismashah Bin Syed Ismail AJK Waris
10. Pn. Norhasyimah Binti Che Ani AJK Waris
11. Pn. Anida Binti Khalid AJK Waris
12. Pn. Nurhayati Binti Abdul Aziz P. Kira-kiraWaris
13. Pn. Noor Zakiah Binti Mohd Noor AJK Guru
14. En. Mohd Shukri Bin Hashim @ Hussin AJK Guru
15. En. Zul Amri Bin Lazim AJK Guru

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. En. Faris Bin Azmi AJK Waris


2. Pn. Norehal Hodah Binti Darus AJK Waris
3. Cik Fasliyaton Binti Ghazali P. Kira-kiraWaris

1
AGENDA 1 : PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalukan kedatangan semua AJK PIBG ke Mesyuarat Ahli jawatankuasa
PIBG kali ketiga bagi sesi 2017/2018.

1.2 Majlis dimulai dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau berharap bahawa mesyuarat yang
diadakan ini dapat memberikan impak yang positif terutamanya kepada semua warga
sekolah dan juga para ibu-bapa.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga sekolah kerana telah bertungkus
lumus dalam memastikan proses pendaftaran pelajar pada tahun ini berjalan dengan
lancar. Beliau juga menyatakan bahawa pada mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG yang
lalu, keputusan mesyuarat telah sebulat suara bersetuju untuk menjadikan cadangan
kenaikan jumlah sumbangan sekolah daripada RM 65 dinaikkan kepada RM 100
sebagai salah satu usul Mesyuarat Agung PIBG.

1.3 Beliau juga menyatakan bahawa En. Zaidi, Setiausaha DUN Pengkalan Kundor ada
memberitahu beliau bahawa pembayaran untuk baju korparat PIBG telah dibuat di
kedai baju tersebut.

1.4 Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah menghubungi dan dimaklumkan oleh
Pejabat Daerah Kota Setar bahawa hasil keputusan Mesyuarat Tindakan Daerah Kota
Setar pada 29 Disember 2017 menyatakan bahawa pembinaan lampu isyarat sekolah
masih lagi berada di dalam senarai menunggu yang akan dilaksanakan pada tahun
2018.

MAKLUMAN : SEMUA AJK PIBG

AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT

2.1 En. Mohd Asri Bin Abdul Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
Dipertua PIBG sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa kerana dapat turut serta di
dalam mesyuarat tersebut.

2.2 Beliau memulakan dengan laporan peringkat sekolah. Perkara pertama yang
dimaklumkan adalah berkenaan dengan sesi baru persekolahan bagi tahun 2018.
Beliau memaklumkan bahawa sesi baru persekolahan berjalan dengan lancar. Sekolah
telah dibuka pada 1 Januari 2018 iaitu pada hari Isnin. Tiada sebarang masalah yang
menggangu proses persekolahan pada hari tersebut memandangkan proses
pendaftaran pelajar telah diadakan dengan lebih awal lagi iaitu pada hari Rabu yang
bertarikh 27 Disember 2017.

2.3 Beliau memaklumkan jumlah pelajar setakat Bulan Januari sesi 2018 adalah sebanyak
630 orang dengan pecahan pelajar Pendidikan Khas seramai 35 orang, pelajar
tingkatan 1 seramai 124 orang, pelajar tingkatan 2 seramai 112 orang, pelajar

2
tingkatan 3 seramai 113 orang, pelajar tingkatan 4 seramai 132 orang dan pelajar
tingkatan 5 seramai 115 orang.

2.4 Beliau juga memaklumkan perkara kedua adalah berkaitan dengan perubahan yang
berlaku kepada bilangan guru di sekolah. Setakat ini, jumlah guru adalah sebanyak 58
orang. Dua orang guru yang telah bersara telah digantikan dengan dua orang guru
yang baru iaitu Ustazah Mashitoh dan Cikgu Ahmad Hafizz.

2.5 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima surat daripada JPN
Kedah dan diminta untuk menghantar tiga orang wakil bagi menghadiri taklimat
Program PISA anjuran KPM yang bertaraf antarabangsa. Beliau juga memaklumkan
bahawa sekolah ini adalah merupakan di antara enam belas buah sekolah yang telah
dipilih di peringkat Negeri Kedah.

2.6 Program ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar terutama di dalam
matapelajaran Sains dan Matematik. Program yang mengetengahkan empat
matapelajaran utama ini iaitu matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris melibatkan seluruh pelajar tingkatan empat iaitu seramai 132 orang.
Pada peringkat akhir program, hanya 35 orang pelajar yang terpilih sahaja yang akan
menduduki ujian ini.

2.7 Beliau juga memaklumkan bahawa segala aktiviti sekolah berjalan dengan lancar.
Proses pembelajaran dan pemudahcaraan berjalan dengan lancar. Pendekatan unit
Hal Ehwal Murid telah membuahkan hasil di mana tahap disiplin sekolah bertambah
baik.

2.8 Beliau mengulas lagi berkenaan takwim sekolah di mana pada minggu pertama
persekolahan, Program Orientasi Tingkatan satu dan Tingkatan Empat telah berjalan
dengan lancar di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Program Orientasi tingkatan
empat adalah bekisar tentang pendedahan awal tentang matapelajaran yang diambil.

2.9 Beliau memaklumkan juga bahawa mengikut perancangan awal, Mesyuarat Agung
PIBG akan diadakan pada 31 Mac 2018 iaitu pada hari Sabtu. Tujuan mesyuarat ini
diadakan pada hari cuti adalah bertujuan untuk membuka peluang yang lebih luas
supaya lebih banyak waris yang akan hadir manakala Hari Anugerah Cemerlang pula
akan diadakan pada 19 April 2018 iaitu pada hari Khamis bersesuaian dengan
keputusan Peperiksaan SPM yang telah diumumkan dan Ujian Pentaksiran Satu yang
telah dijalankan.

2.10 Beliau juga mengulas berkenaan dengan perjalanan Kokurikulum sekolah dimana
segala program – program Kokurikulum berjalan dengan lancar. Semua mesyuarat
seperti Mesyuarat Rumah Sukan, Mesyuarat Unit Beruniform, Mesyuarat Kelab dan
Persatuan telah dijalankan dengan lancar. Mengikut perancangan awal, Kejohanan
Balapan dan Padang akan diadakan pada 22 Febuari 2018 iaitu pada hari Khamis.
2.11 Beliau juga memaklumkan bahawa keputusan PT3 2017 telah diumumkan secara
rasmi pada 14 Disember 2017. Keputusan PT3 pada tahun ini menunjukan
peningkatan dari segi kualiti dimana seorang pelajar mendapat 9A, seorang pelajar

3
mendapat 8A, 8 orang pelajar mendapat 7A dan 6 orang pelajar mendapat 6A. Gred
purata sekolah pada tahun ini adalah sebanyak 3.77.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

3.1 En. Muhammad Taufiq Aqmal Bin Hedzir selaku setiausaha PIBG membentangkan
Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG kali kedua yang bertarikh 19 November 2017.

Cadangan oleh : En. Zakaria Bin Sulaiman


Sokongan oleh : En. Mokhtar @ Halim Bin Mohd Yusoff

MAKLUMAN : SEMUA AJK PIBG


TINDAKAN : SETIAUSAHA PIBG

AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN

4.1 Puan Rosehayati selaku Bendahari PIBG membentangkan laporan kewangan setakat 30
November 2017.

4.2 Bendahari menyatakan bahawa baki PIBG setakat 30 Oktober 2017 adalah sebanyak
RM 8, 880.89 manakala jumlah pendapatan adalah sebanyak RM24, 540.89

4.3 Bendahari juga memaklumkan bahawa jumlah perbelanjaan pada bulan November
adalah sebanyak RM 901.06. Baki setakat 31 November 2017 adalah sebanyak RM 23,
639.83.

4.4 Bendahari juga memaklumkan bahawa pada 10 November 2017, terdapat pendapatan
Kokurikulum yang ditumpangkan ke dalam akaun PIBG iaitu sebanyak sebanyak RM 11,
000.00

4.5 Bendahari juga memaklumkan bahawa pada Bulan Oktober, sebanyak RM sumbangan
Dato’ Aminuddin Omar untuk Program Pendidikan Khas telah ditumpangkan ke dalam
akaun PIBG dan telah diberikan semula kepada Bahagian Pendidikan Khas Sekolah.

4.6 Bendahari memaklumkan lagi bahawa baki setakat 31 Disember 2017 adalah sebanyak
RM 28,905.71. Beliau menyatakan jumlah untuk Akaun PIBG adalah sebanyak RM 4,
211.40, Kecemerlangan adalah sebanyak RM 5, 351.61, Keceriaan adalah sebanyak RM
2, 210.70, Pembangunan adalah sebanyak RM 2, 358.94 dan Surau RM 3, 370.00.00

4.7 Bendahari juga memaklumkan bahawa sekolah menerima sumbangan sekolah


daripada waris sebanyak RM 3, 050.00 sewaktu hari pendaftaran pelajar.
MAKLUMAN : SEMUA AJK PIBG
TINDAKAN : BENDAHARI PIBG

4
AGENDA 5 : PERKARA BERBANGKIT

5.1 Tuan pengerusi menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Pejabat Daerah Kota
Setar dan dimaklumkan bahawa hasil keputusan Mesyuarat Tindakan Daerah Kota
Setar pada 29 Disember 2017 menyatakan pembinaan lampu isyarat sekolah masih lagi
berada di dalam senarai peruntukan tahun 2018.

5.2 Encik Wan Ahmad mencadangkan supaya perkataan yuran ditukarkan kepada
sumbangan untuk mengelakan isu yang timbul.

5.3 Tuan Pengetua menjelaskan bahawa istilah bayaran tambahan adalah lebih sesuai
digunakan memandangkan istilah yuran tidak lagi digunakan. Beliau menjelaskan
bahawa istilah bayaran tambahan adalah lebih sesuai digunakan memandangkan pihak
kerajaan tidak mewajibkan kutipan yuran keatas para ibu bapa. Walaubagaimanapun,
bayaran tambahan tambahan adalah amatlah diperlukan oleh pihak sekolah dalam
mewujudkan prasarana untuk kepentingan dan keselesaan para pelajar.

5.4 Keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju menggunakan istilah bayaran tambahan
bagi menggantikan istilah yuran.

5.5 Beliau juga memaklumkan berkenaan dengan surat susulan Projek Laluan Berbumbung
Sekolah telah dihantar kepada pegawai berkenaan di Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Puan Anida.

5.6 Puan Anida memaklumkan bahawa beliau akan memberi maklum balas seandainya
sebarang jawapan berkenaan laluan berbumbung diterima daripada En. Hambali.

5.7 Encik Syed Ismasyah memaklumkan bahawa beliau telah berjumpa dengan Pegawai
Kilang Beras Merbok berkenaan dengan Projek Dataran Kaabah Sekolah. Beliau
memaklumkan lagi bahawa projek tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja musim
hujan berhenti.

5.8 Encik Mokhtar memaklumkan berkenaan sukan hoki sekolah. Beliau menyatakan
bahawa adalah lebih baik jika sekolah mempunyai kelengkapan hoki persendirian
memandangkan pasukan hoki sekolah adalah di antara sukan sekolah yang
mempunyai potensi yang besar untuk menang. Beliau memaklumkan lagi bahawa
untuk perkara tersebut, sedikit peruntukan perlu disalurkan bagi membeli peralatan
hoki.

AGENDA 6 : LAPORAN AKTIVITI

6.1 Encik Muhd Taufiq memaklumkan terdakpat beberapa aktiviti yang melibatkan
kerjasama antara para waris dan guru yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017.
Di antara program yang telah dianjurkan adalah seperti Hari Kejohanan Balapan Dan
Padang, Hari Gotong Royong Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang Sekolah, Mesyuarat

5
Agung PIBG, Program Bersama Waris Pelajar PT3, Program Bersama Waris Pelajar SPM
dan Program Bacaan Yassin Sempena PT3 dan SPM. Semua aktiviti-aktiviti tersebut
akan didokumentasikan dan data berkaitan aktiviti tersebut akan dimasukkan ke
dalam portal E-Sarana.

6.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat dua orang wakil pilihan yang dapat
dijemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlansung tidak lama
lagi iaitu Yang berbahagia, DUN Pengkalan Kundor atau pengurus Syarikat Beras
Merbok untuk. Beliau memaklumkan bahawa perbincangan bersama pihak
pengurusan sekolah akan dibuat untuk menetapkan wakil yang bakal hadir
merasmikan majlis tersebut.

6.3 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa selain daripada aktiviti yang melibatkan
kerjasama di antara para ibu bapa dan guru seperti yang dinyatakan di atas, terdapat
dua lagi aktiviti yang belum dinyatakan iaitu pendaftaran pelajar Tingkatan 1 sesi 2018
yang melibatkan seratus peratus kehadiran waris dan perjumpaan waris Tingkatan 4
bersama wakil dari Giat Mara.

6.4 Encik Zakaria mencadangkan bahawa ahli jawatankuasa PIBG dari kalangan waris
disertakan bersama di dalam aktiviti sekolah seperti Kejohanan Balapan Dan Padang
yang akan berlansung tidak lama lagi.

AGENDA 7: HAL-HAL LAIN

7.1 Ustazah Khairiah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang telah
diberikan oleh pihak PIBG di dalam usaha untuk melonjakan lagi aktiviti Kokurikulum.

7.2 Encik Mohd Asri memohon supaya ahli jawatankuasa waris dapat membantu pihak
sekolah di dalam mewawarkan Hari Mesyuarat Agung PIBG yang akan diadakan supaya
kehadiran para waris berada pada tahap maksima.

6
Dicatat dan disediakan Oleh:

………………………………………………….
Encik Muhammad Taufiq Aqmal Bin Hedzir
Setiausaha PIBG
SMK Dato’ Wan Mohd Saman
05400 Alor Setar

Disemak Oleh:

…………………………………………
Encik Mohamad Baharin Bin Md Ali,PPN,PCK
Yang Di Pertua PIBG
SMK Dato’ Wan Mohd Saman
05400 Alor Setar

7
s.k Fail PIBG SMK Dato’ Wan Mohd Saman

You might also like