You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA SAINS 01/2017

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MACHAN

TARIKH : 27 FEBRUARI 2017


HARI : ISNIN
MASA : 1.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK SAINS SK NANGA MACHAN

KEHADIRAN :

1. DOROTHY BEREDAI
2. ABRAHAM NYERANG ANAK SYLVESTER SALI
3. WYNA ANAK THOMAS
4.SYAKUR HAKIM BIN PAUZI
5. JEREMY ANAK DANDING
6. EDWIN ANAK LUYOH

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Puan Dorothy Beredai mengucapkan terima kasih ke atas kehadiran guru-guru Panitia
Sains iaitu Cikgu Abraham Nyerang, Cikgu Syakur Hakim,Cikgu Jeremy, Cikgu Wyna
dan Cikgu Edwin dalam mesyuarat kali ini.

1.2 Puan Dorothy Beredai berharap agar program yang dirancang panitia pada kali ini
berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama semua guru.

1.3 Semua guru perlu berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan prestasi murid dan
sekaligus peningkatan diri sendiri.

Tindakan : Semua Guru Sains

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Selepas meneliti Minit Mesyuarat Pertama Tahun 2017 secara sepintas lalu Cikgu
Abraham Nyerang mencadangkan agar minit disahkan dan cadangan tersebut telah
disokong oleh Cikgu Syakur Hakim.

Tindakan : Untuk Makluman


3. Carta Organisasi Panitia Sains 2017

Ketua Panitia : Dorothy Beredai


Setiausaha : Abraham Nyerang
Bendahari : Wyna anak Thomas
Penyelaras Bilik Sains : Edwin anak Luyoh
Penyelaras Tahap 1 : Jeremy Danding
Penyelaras PEKA dan Tahap 2 : Syakur Hakim

Tindakan : Makluman

4. PELAN TINDAKAN 2017

4.1. Sasaran UPSR 2016


GPS : 2.85

Tindakan : Makluman

5. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran Tahunan

5.1 Perlu mengikut format yang disediakan.Teknologi Maklumat dan Komunikasi tidak perlu
diajar dan perlu memberi penekanan kepada Kemahiran Proses Sains (KPS).

Format Rancangan Mengajar Tahunan

Tahun 1-6
Minggu
Bidang
Standard Kandungan
Standart Pembelajaran

Tindakan: Semua Guru Sains

Format Rancangan Mengajar Harian:

Tahun 1-6
Tema
Tajuk
Masa
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Aktiviti
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran Berfikir
Refleksi

Tindakan: Semua Guru Sains


6. Penilaian dan Pentaksiran

6.1 Penyemakan ujian perlu dilakukan.Mengenalpasti murid yang lemah dan perlu diberi
bimbingan.Kertas ujian perlu dipulangkan semula dan wajib buat dan bincang pembetulan
bersama.

Tindakan : Semua Guru Sains


7. ABM Sains

7.1 Bagi Tahap 1, Rancangan Pengajaran Harian perlu diperbanyakkan. ABM pula boleh
diambil daripada bilik sains.

Tindakan : Semua Guru Sains

8. Minggu Sains dan Matematik

8.1 Aktiviti yang dirancang adalah seperti Pertandingan Bercerita Sains Tahap 2, Kuiz Sains
dan Matematik, Teka jumlah dan berat, Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Jualan Aneka
Juadah.

Tindakan : Semua Guru Sains

9.UCAPAN PENANGGUHAN

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Cadangan penangguhan disokong
oleh En.Jeremy Danding.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................ . ................................

(Abraham Nyerang) (Julius Ceaser)

Setiausaha Panitia Sains Guru Besar

SK Nanga Machan SK Nanga Machan

You might also like