You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN TENDER KANTIN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KERUH TAHUN 2018 - 2020

TARIKH : 7 November 2017


MASA : 4.00 petang
TEMPAT : Bilik Guru

KEHADIRAN:

1. SELVARANI A/P MUNIANDY (GURU BESAR)


2. J.BALACHANDRAN A/L JAYARAM (PK PENTADBIRAN)
3. BALRAJ A/L PUSHPARAJAH (PK HEM)
4. G.PUSHPARAJA A/L GOPALA KRISHNAN (PK KOKURIKULUM)
5. REVADHI A/P MANIAM
6. MONICA A/P HENRY
7. MANJULA A/P CHANDRA SEGARAN
8. NIWASINI A/P PANEER SELVAN
9. SARAVANAKUMAR A/L BALAKRISHNAN
10. SAROJINI A/P APPALASAMY
11. VEHNOO PIRIEYAN A/L V.SUBRAMANIAM
12. SHALINI A/P RAJASPARAN
13. SUGANTHI A/P KALAMEHAM
14. KHAYATHIRY A/P NAGARAJU
15. ANNIE MANGGALAM A/P JAGATHEESON
16. KASDURI A/P PATRICK
17. DEVIGA A/P MUNUSAMY

HADIR BERSAMA : HAWA BT MOHD YUSUF


PEMBANTU TADBIR GRED N22 (KUP)

AGENDA MESYUARAT

AGENDA 1: Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan doa.

1.2 Guru besar selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir. Beliau menerangkan tujuan diadakan
mesyuarat untuk memilih pengusaha kantin yang baru bagi sesi
2018/2019

AGENDA 2: Ucapan PK HEM

2.1 PK HEM menekankan pembukaan tawaran sebut


harga kantin mestilah mengikut protokol dan tatacara yang betul. Beliau
menyatakan sebelum mesyuarat sebut harga diadakan pihak sekolah
haruslah mengeluarkan surat perlantikan jawatan kuasa sebut harga
terlebih dahulu.

2.2 Beliau juga mengingatkan bahawa AJK buka borang mestilah terdiri
daripada individu yang berbeza daripada AJK pemilihan penender.

2.3 Keputusan mesyuarat adalah sulit sehingga surat keputusan rasmi


dikeluarkan.

AGENDA 3: Senarai penama sebut harga kantin

3.1 Borang-borang yang telah dibuka diteliti dan dikira oleh pengerusi
mesyuarat iaitu Puan Guru Besar dimana terdapat 1 set borang
permohonan yang telah diterima untuk dipertimbangkan.

Berikut adalah senarai penama sebut harga kantin:

No. Nama Pengusaha Jumlah sebut harga


Tender
1/1 Paramalingam A/P Muniandy RM100

AGENDA 4: Pemilihan sebut harga

4.1 Mesyuarat telah mengambil keputusan tegas bahawa pemilihan perlulah


berdasarkan tawaran harga yang berpatutan, mutu perkhidmatan yang
terbaik dan dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah.

4.2 Penentuan pemilihan pengusaha kantin yang paling layak adalah dengan
mengambil kira reputasi perkhidmatan yang terbaik sebelum ini.

4.3 Hasil perbincangan ahli jawatankuasa pemilihan bersetuju penama yang


paling layak berdasarkan pengalaman mengusahakan kantin sekolah,
tawaran sebut harga kantin yang munasabah dan penetapan harga
makanan yang berpatutan.

4.4 Penguasaha yang terpilih tersebut berdasarkan undian yang teringgi ialah:
- Paramalingam A/L Muniandy

AGENDA 5: Tindakan susulan

5.1 Sehubungan dengan pemilihan ini, PK HEM menegaskan bahawa pihak


sekolah perlu menguruskan beberapa perkara seperti berikut:
5.1.1 Menyediakan satu laporan minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan sebut
harga kantin SJK (T) KERUH 2018/2019
5.1.2 Menulis surat pemberitahuan kepada pengusaha kantin tentang
keputusan kelulusan permohonan tender.
5.1.3 Pengusaha yang berjaya mendapat tender dikehendaki hadir ke sekolah
untuk mengambil wang deposit.
5.1.4 Pihak sekolah akan memberi notis kepada pengusaha sekarang supaya
membersihkan kantin sebagai persediaan kepada pengusaha baru.
5.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli
mesyuarat di atas kelancaran mesyuarat sebut harga kantin yang sedang
berlangsung.

AGENDA 6: Hal-hal lain


6.1 Pn Guru Besar mengharapkan agar pengusaha kantin yang baru dapat
memberikan perkhidmatan yang sebaiknya kepada warga sekolah SJK
(T) Keruh samada dari segi layanan dan kerjasama mahupun dari segi
kualiti makanan yang disediakan.

6.2 Guru besar sekali lagi menekankan kepada semua AJK yang hadir
supaya tidak mendedahkan keputusan mesyuarat ini kepada pihak luar
sehingga keputusan sebenar dimaklumkan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh :

……………………………………………

Nama : KHAYATHIRY A/P NAGARAJU

Jawatan : GURU KANTIN

Disemak oleh :

………………………………………………………………..

Nama : En. Balraj A/L Pushparajah

Jawatan : PK Hal Ehwal Murid

You might also like