You are on page 1of 1

Pihak sekolah pula harusnya memikul tanggungjawab lebih daripada sekadar institusi

ilmu dengan memperkemas peraturan disiplin di sekolah. Hal ini demikian kerana peraturan yang
diwujudkan di sekolah sedikit sebanyak dapat membentuk disiplin dan menimbulkan rasa takut
dalam kalangan pelajar. Guru-guru pula perlu menekankan nilai-nilai murni dalam proses
pengajaran supaya pelajar dapat diasuh dan dibimbing serta dipandu ke arah pembentukan
keperibadian dan sifat-sifat yang tinggi. Tambahan pula, sudah menjadi tanggungjawab para guru
mempraktikannya supaya pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu, malahan juga terdidik
sebagai seorang insan yang bermoral tinggi.

Di samping itu, guru perlu menggalakkan para remaja menyertai kegiatan kokurikulum
demi mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Bah kata pepatah ‘masa itu ema’, kita
tidak harus membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh,
persatuan atau kelab sekolah perlu selalu mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi
kehendak pelajar. Dengan ini, pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai kokurikulum dengan aktif.

Disamping itu, kempen-kempen kesedaran dan program berfaedah juga haruslah


dijalankan oleh pihak sekolah bagi mengelakkan peningkatan kes vandalisme. Usaha-usaha ini
membina motivasi dan membentuk sahsiah yang mementingkan cara hidup yang bererti. Guru
haruslah mewajibkan semua pelajar untuk melibatkan diri dalam kempen ini. Hal ini kerana, ia
akan membantu untuk mencorakkan keperibadian seorang remaja yang sihat. Oleh itu, kempen
seperti ini harus giat jalankan kerana pelajar merupakan tonggak dan harapan negara dalam
menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.

Seterusnya, guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan didikan moral dan


agama dalam sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu bapa, perkara ini harus dilakukan sejak
mereka kecil lagi, bah kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Misalnya, guru
Pendidikan Moral perlu mengajar nilai-nilai murni serta memerhati tingkah laku pelajar. Jika
pelajar menunjukkan perbuatan yang tidak diingini, guru perlu menasihati supaya mereka tidak
mengulangi perkara tersebut.

You might also like