You are on page 1of 3

SMJK KATHOLIK, PETALING JAYA

Minit Mesyuarat Panitia Sains


Bil. 1/2017
Tarikh : 28 Disember 2016
Masa :
Tempat : Bilik E03
Hadir : Semua ahli mesyuarat hadir
(Seperti kehadiran mesyuarat)

1.0 Ucapan Pembukaan Pengerusi

1.1 Ketua Panitia mengalu-alukan kehadiran semua guru PSK dan mengucapkan ribuan
terima kasih kerana dapat hadir dalam mesyuarat pada petang ini.
1.2 Ketua panitia mengatakan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah mengikut
Takwim sekolah dan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran PSK sepanjang tahun ini.
Tindakan: Semua Guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Sivik Bil.4/ 2013.


Pencadang : En Eugene Mark Morais
Penyokong : Pn Hardeep Kaur

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Tahun lepas mencadangkan hadiah RM90 setiap kelas untuk pelajar yang mendapat
markah tinggi dalam Pendidikan Sivik. Oleh sebab duit tidak mencukupi hadiah
dikurangkan kepada RM60 setiap kelas.
3.2 Kertas A4 perlu beli pada awal tahun. Peruntukan 3 rim untuk setiap guru
Pendidikan Sivik.

4.0 Perkara-perkara Baharu


4.1 Pelantikan Jawatankuasa Panitia
Penasihat: En. Ong Boon Puah
: En. Shanmugam a/l Pachaippan
Ketua Panitia: En Lim Jin Fou
Penyelaras pagi: En Wong Nyet Poh
Setiausaha: Pn. Emilda Balkis bt Ismail
Penyelaras tingkatan 1: Pn. Ow Siew Har
Penyelaras tingkatan 2: En. Eugene Mark Morais
Penyelaras tingkatan 3:Pn. Cho Mei Sian
Penyelaras tingkatan 4: En. Tan Jin Ngie
Penyelaras tingkatan 5: Pn. Vivian
AJK: Semua guru yang mengajar subjek yang berkaitan.

4.2PPPM 2013-2014
Guru perlu merujuk buku pengurusan yang telah diberikan kepada semua guru pada awal
tahun.
Tindakan: semua guru
4.3MISI DAN VISI KPM
Semua guru perlu ada misi dan visi KPM serta perlu menampal dalam buku rekod
pengajaran.
Tindakan: semua guru

4.4MMI (Melindungi Masa Instruksional)


Pentadbir mempunyai kuasa menghantar guru menghadiri kursus atau upacara
tertentu dan guru perlu menggunakan Pdp dengan sepenuhnya.
Tindakan: semua guru

4.5Fail Akademik / Buku Rekod Mengajar


Guru yang tidak mempunyai Sukatan pelajaran, huraian pelajaran, Dokumen Standard
Prestasi serta rancangan tahunan boleh berjumpa dengan En Lim untuk guru sesi petang
dan guru sesi pagi boleh berjumpa dengan Pn Wong untuk mendapatkan bahan
berkenaan.
Tindakan: ketua panitia

4.8 PEKA / Folio / Kerja Kursus / ULBS / PLBS


Kerja kursus perlu buat mengikut buku teks. Format pemberian markah rujuk fail.
Markah tertinggi untuk kerja kursus 49 untuk memberi peluang kepada pelajar
memperbaiki diri.
Tingkatan 1 : Tema 1 dan Tema 2
Tingkatan 2 : Tema 3
Tingkatan 3 : Tema 4
Tingkatan 4 : Tema 5
Tingkatan 5 : Tema 6
Tindakan: semua guru

4.9 Jadual Spesifikasi Ujian


Guru yang menyedia soalan perlu membuat JSU.
Tindakan: semua guru

4.11 Pelan Strategik 2014-2016


Pelan strategik masih dalam proses. Pengerusi menunggu format baru.
Tindakan: guru berkenaan

4.12 Pengurusan Panitia


Guru diminta merujuk fail untuk melihat rancangan aktiviti 2014. Pengerusi
mencadangkan mengadakan kuiz pada bulan kemerdekaan seperti tahun lepas.
Cadangan tersebut tidak mendapat sokongan guru-guru.
Tindakan: semua guru

4.16 HOTS / KBAT dan i-Think (innovative thinking)


Guru perlu memasukkan unsur kemahiran berfikir semasa PdP atau semasa memberi
latihan kepada pelajar. Guru yang menyediakan soalan peperiksaan perlu menyediakan
soalan berdasarkan HOTS.
Tindakan: semua guru

4.16 PEBEL
Guru boleh memberikan markah pebel 10 sekiranya murid tersebut layak seperti
mempunyai kelakuan yang baik. Pembahagian markah 5 untuk kerja dan 5 untuk
kelakuan.
Tindakan: semua guru

4.17 Pengurusan P&P / Penggunaan SWIPE dan FRO


Guru-guru perlu menyediakan website persendirian di dalam FROG
Tindakan: semua guru

4.20 PBS dan PBSMR


Guru yang mengajar tingkatan 1 dan 2 sudah biasa dengan PBS. Guru yang mengajar
di tingkatan 3 diberi fail dan bahan perlu rujuk Pn Wong.

Tindakan: guru berkenaan

4. 21 Program Peningkatan Prestasi Akademik


Sekiranya ada keperluan baru akan dibuat. Tetapi guru-guru perlu membuat khidmat
masyarakat sama ada di taman atau rumah orang tua-tua.
Tindakan: semua guru
4.24 Semakan Buku Latihan
Semakan buku latihan 2 kali setahun iaitu pada bulan April dan Julai.
Tindakan: semua guru
4.25 Buku Kerja dan ABM
Pada tahun ini buku kerja tidak digunakan.
Tindakan: semua guru

4.26 Pencerapan
Pencerapan diadakan 2 kali setahun.
Tindakan: untuk makluman

4.27 Peperiksaan Sekolah


Peperiksaan untuk tingkatan 1, 2 dan 4 markah keseluruhan 40 sahaja.
Tindakan: semua guru

4.31 SKPM
Kriteria pencerapan, pemakaian guru dan ABM yang digunakan turut diambil
kira dalam Standard Kualiti Pendidikan di Malaysia.
Tindakan: untuk makluman

3.5 Hal-hal lain


Guru tingkatan 1 dan 2 eviden untuk PBS cikgu yang buat atau dibahagikan antara semua
cikgu yang mengajar tingkatan tersebut.

3.6 Penutup
Ketua Panitia mengucapkan terima kasih kepada semua guru PSK yang hadir. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh: Disemak dan disahkan oleh:

__________________________ _____________________________
(EMILDA BALKIS BINTI ISMAIL) (EN LIM JIN FOU)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia
Pendidikan Sivik dan Kewarganeraan Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan

You might also like