You are on page 1of 3

UCAPAN PERASMIAN PROGRAM PELANCARAN KELAB STEM+

SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia .
Yang dihormati;
Puan Sharipah Noor bt Abas, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Hajah Hapizah binti Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Hajah Fazida bt Faiz, Penolong Kanan Kokurikulum
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-guru dan murid-murid yang disayangi.

Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan


rahmatNya kita dapat bertemu pada pagi yang indah ini. Pada hari ini, kita
bertuah kerana Guru-guru Penasihat Kelab Stem+ dengan murid-murid
SMKBPJA telah berkolaborasi dengan sepenuh hati untuk melancarkan Kelab
STEM+ SMK BANDAR PUCHONG JAYA (A) yang mana ia merupakan
sebuah kelab baharu sejak 2017 dan kita bertuah kerana telah dipilih oleh Jabatan
Pelajaran Selangor sebagai salah sebuah dari dua buah sekolah di negeri
Selangor yang menjadi perintis Kelab STEM+.
Hadirin yang dihormati;
STEM akronim kepada Science Technology Engineering & Mathematics
merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melaksanakan
pelbagai strategi untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada guru, ibu bapa,
pelajar dan semua pihak yang berkepentingan tentang betapa pentingnya
pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam
memacu agenda transformasi pendidikan negara abad ke-21.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Dato’ P. Kamalanathan berkata pendidikan STEM adalah penting untuk
kita mempersiapkan pelajar menjadi pekerja berkemahiran tinggi sebagaimana yang diperlukan industri.
Para hadirin yang dihormati;
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran menjayakan 6 Aspirasi Murid
iaitu salah satunya adalah pengetahuan dan mencapai Anjakan yang Ke-7 iaitu
memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Oleh
itu, pihak sekolah telah mengorak langkah dengan cuba untuk
mengoptimumkan penggunakan ICT dalam PdPc di sekolah ini. Sehubungan
dengan itu, persekitaran Pembelajaran Maya Frog atau lebih dikenali sebagai
VLE Frog iaitu satu sistem pembelajaran dunia dengan mengintegrasikan
konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-
guru dapat memberi tugasan, ujian, dan menyemak tugasan secara maya,
sementara murid-murid pula dapat menghantar tugasan serta menyemak markah
menerusi VLE Frog. Malah pihak ibu bapa juga boleh melihat pencapaian anak-
anak masing-masing menerusi aplikasi ini. Realitinya, pendidikan boleh
dilaksanakan di mana-mana jua melalui VLE Frog yang berasaskan Cloud.

Hadirin sekalian,
Sepanjang tahun lepas, penggunaan VLE-Frog amat membanggakan sehingga
sekolah kita telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas VLE-Frog 2017 pada
7 Mac depan. Anugerah ini merupakan satu kejayaan yang bermakna dan boleh
dibanggakan oleh semua warga SMKBPJ(A). Anda telah membuktikan bahawa
daya usaha gigih dan semangat bekerjasama bagai aur dengan tebing antara
guru-guru dengan murid-murid boleh membawa kejayaan yang hebat. Tahniah
cikgu ucapkan!. Rentetan itu, diharapkan kita akan terus mengekalkan
pencapaian terbaik ini dengan mengekalkan kedudukan tempat pertama untuk
tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Kesimpulannya, terokailah ilmu
pengetahuan dengan budaya membaca dan layarilah VLE FROG untuk
pembelajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, tidak lupa juga, saya ingin merakamkan
ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola
Program NILAM dan VLE FROG 2018 atas usaha untuk menjayakan majlis
pada hari ini. Akhir kata, dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim, saya
merasmikan Program Nilam dan VLE Frog 2018.

Sekian, terima kasih.

You might also like