You are on page 1of 6

TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

SK PERIAN
TAJUK 3:
ASHABUL
KAHFI

1
TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

Assalamualaikum w.b.t Terima kasih pengacara budiman,


barisan hakim dan hadirin sekalian.

Mari hayati kisah Al-quran,


Ashabul Kahfi tajuk pilihan.

Kawan-kawan… Ashabul kahfi bermaksud penghuni gua. Kisah


mereka bermula di sebuah kota bernama Apsus.

Syair :
7 pemuda bercahaya hatinya,
Hidup di zaman Daqyanus durjana,
Raja memuja dan menghias berhala,
Namun pemuda teguh Imannya,
Kepada Allah berserah segala.

Firman ilahi :

ُ ١ُ........ُ‫صُ َعلَ ۡي َكُنَبَأَهمُبُ ۡٱل َحق‬


ُّ ‫نَّ ۡحنُُنَق‬
Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita Ini dengan benar.

( Surah Al-Kahfi : ayat 13)

Kawan-kawan…
Kita wajib berpegang teguh dengan agama Allah. Jabatan
kemajuan Islam Malaysia telah mengeluarkn fatwa sebarang
bentuk penyembahan berhala dan amalan karut adalah
dilarang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Fatwa ini
sebagai bukti kesungguhan mereka dalam memartabatkan
agama Islam sebagai agama rasmi rakyat malaysia.
2
TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

Kawan-kawan,

7 pemuda itu beriman dan bertaqwa secara sembunyi


Bersama seekor anjing bernama Qitmir. Namun, akhirnya
diketahui oleh sang raja. Para pemuda itu telah dipanggil ke
istana.

Sajak :
Murka si Raja mendengar berita,
Pemuda diperintah tinggalkan agama,
Namun imannya menebal di dada,
Hukuman bunuh sebagai gantinya.

Mendengar ugutan si raja, Ashabul kahfi mula merancang


untuk melarikan diri. Justeru bersepakat bersembunyi di dalam
gua. Lalu mereka berdoa kepada Allah.

Firman Allah

ُ١٠ُ‫شدٗ ا‬
َ ‫َاُر‬ َ ‫ُر ۡح َم ٗة‬
َ ‫ُوهَي ۡئُلَنَاُم ۡنُأ َ ۡمرن‬ َ ‫ُربَّنَآُ َءاتنَاُمنُلَّد‬
َ ‫نك‬ َ ْ‫فَقَالوا‬
Wahai Tuhan kami,kurniakanlah kami Rahmat disisiMu.
Berikanlah kemudahan dan keselamatan buat agama kami.
(Surah Al-kahfi :ayat 10)

Kawan-kawan,

3
TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

Janganlah kita berputus asa. Contohilah seorang usahawan


terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Beliau berasal dari sebuah keluarga yang susah, namun berkat
usaha dan tawakkal kepada Allah dalam berniaga, kini beliau
adalah seorang jutawan seperti yang dinyatakan dalam
Senarai Bilionair Dunia Forbes 2007.

Rakan sekalian..

Sajak :
Terasa selamat melepas lega,
Tujuh pemuda tertidur di gua,
Dirasakan lena hanya seketika,
Rupanya berlalu berabad lamanya.

Ya kawan-kawan,
‘Berani kerana benar, takut kerana salah’. Mereka di jaga
dengan setia oleh seekor anjing dipintu gua. Raja Daqyanus
gagal mencari mereka. Contohilah kasih sayang seekor
anjing iaitu Qitmir terhadap manusia. NGO AMAN PALESTIN
MALAYSIA telah menyalurkan pelbagai sumbangan kepada
saudara seislam kita di Palestin. Ini membuktikan keprihatinan
rakyat Malaysia terhadap saudara seagama kita.
”Saya Bangga menjadi Rakyat Malaysia”.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

َّ ‫الَُيؤْ منُأ َ َحدك ْمُ َحتَّىُيح‬


ُّ ‫بُألَخيْهُ َماُيح‬
ُ‫بُلنَ ْفسه‬
4
TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

ُ ]‫[رواهُالبخاريُومسلم‬

Maksudnya “Tidak beriman salah seorang di antara kamu


hingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai
dirinya sendiri”. [HR. Bukhari dan Muslim]

Kawan-kawan,

Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang Maha


berkuasa menghidup dan mematikan.

Kawan-kawan..
Nasyid: sepohon kayu
Bangunlah pemuda sedarkan diri,
Tertanya-tanya sesama sendiri,
Terasa lapar membawa diri,
Pergi kepasar makanan dicari.

Alangkah terperanjatnya penduduk kota apabila mereka


menghulurkan wang yang sudah berusia ratusan tahun.Kisah
mereka akhirnya sampai ke pengetahuan raja pada zaman itu.

Firman Allah:
َُ ‫َو َك َٰذَل‬
َ َ ‫كُبَعَ ۡث َٰنَه ۡمُليَت‬
………………..ُ‫سا ٓ َءلواُْبَ ۡينَه ۡم‬

5
TAJUK 3 : KISAH ASHABUL KAHFI (BERCERITA KISAH AL-QURAN-PEREMPUAN( 2018

Dan demikianlah Kami bangkitkan mereka supaya mereka


tertanya-tanya sesama sendiri. (Surah Al- kahfi Ayat : 19)

Ya kawan-kawan...Akhirnya...

Sajak :
Raja yang soleh lagi beriman,
Menjemput ashabul kahfi ke dalam istana,
Diberi kemuliaan dan juga penghormatan,
Namun di tolak dengan bijaksana.

Mereka merasa bersyukur kerana rakyat dan raja pada


zaman itu telah beriman kepada Allah. Lalu memohon
kepada Allah untuk mematikan mereka. Akhirnya meninggal
lah kesemua ashabul kahfi yang mulia.

Kawan-kawan,
Ketabahan pemuda jadikan tauladan,
Hidup sejahtera bahagia dalam iman.

Sekian,

‫َوباللُُالت َّ ْوفيقُ َوالهدَايَةُُوالسالمُعليكمُورحمةُهللاُوبركاته‬

You might also like