You are on page 1of 6

Pengenalan :

Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan dilihat mempunyai fasa-fasa


tertentu di langit. Hal ini terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari tempat
yang kita lihat pada bulan. Perkara inilah dipanggil sebagai fasa bulan. Bulan tidak
menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari. Bulan
mempunyai empat fasa tertentu dalam satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa 29.5 hari.
Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang tersusun mengikut urutannya tersendiri.

Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya berkedudukan
yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidak kelihatan di bumi. Pada
fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timur ke barat.

Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akan
meihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat dilihat
sehari selepas anak bulan. Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan.
Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak
bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan
penuh kelihatan dengan jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih
kurang sama dengan masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.

Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa bulan
separa lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin
mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama.Kemudian, kitaran ini akan berulang dan
anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang
lain.Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan,
kitaran yang baru akan bermula semula.

Berkenaan tentang masa terbit da terbenam matahari, ianya bergantung kepada fasa-
fasa bulan itu sendiri. Atas sebab itulah bulan kadang kala kelihatan pada siang hari dan
kadang kala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam ketika
termbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam matahari.
Seterusnya, bagi bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam
pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00
petang dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00
petang dan tenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada
pukul 9.00 malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada
pukul 12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit
lama, ia terbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.
Tajuk :
Fasa-Fasa bulan serta waktu terbit dan terbenamnya bulan.
Tujuan :
Untuk mengenal pasti fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan terbenamnya bulan.
Hipotesis :
Fasa bulan menentukan masa terbit dan masa terbenam.

Teori :
Pergerakan Bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia
memberi pengaruh besar pada bumi. Bulan berputar pada paksinya, pada masa yang sama
ia menlengkapkan peredaran orbitnya mengelilingi Matahari.
Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan sepanjang pusingan di orbitnya
mengelilingi bumi. Oleh kerana bumi beredar mengelilingi matahari di satah ekliptik, maka
kedudukan bumi relatif dengan kedudukan bulan dan matahari sentiasa berubah-ubah.
Perubahan ini mengakibatkan permukaan bulan yang bercahaya dilihat dari bumi dalam
keadaan yang berbeza-beza bentuk.

Alat radas:

Prosedur :
1) Maklumat mengenai fasa-fasa bulan serta waktu terbit dan waktu terbenamnya bulan daripada
internet dicarikan.
2) Lokasi (BLOK B,IPG Kampus Ipoh) dipilih.
3) Arah timur dan barat langit dari lokasi yang dipilih, dikenal pasti.
4) Pemerhatian sebanyak 3 kali dijalankan untuk setiap hari.
(waktu pemerhatian adalah pada pukul 12pagi,6pagi,6petang)
5) Setiap hari bulan diperhatikan selama 28 hari .
6) Tarikh,masa,fasa bulan,serta darjah kedudukan bulan dari ufuk timur direkodkan pada setiap kali
pemerhatian.
7) Kamera(telefon pintar) digunakkan untuk mengambil gambar.

Perbincangan :
1) Bulan tidak kelihatan disebabkan oleh sudah melebihi waktu terbitan,cuaca hujan dan awan yang
tebal,kedudukan bulan yang terlalu rendah dan dihalang oleh pokok-pokok sekitar lokasi terpilih.
2) Bulan terlalu cerah sehingga tidak kelihatan pada waktu petang (6 petang) tetapi ia bukan fenomena
halo.Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi
Matahari atau Bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang
lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi.
3) Bulan mengalami 8 fasa dengan bentuk yang berbeza.
4) Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada
fasa bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia
memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.
5) Waktu bulan terbit dan bulan terbenam akan mempengaruhi fasa-fasa bulan dari segi
waktu fasa tersebut dapat dilihat dengan jelas. Selepas bulan terbit, ia mengambil
masa beberapa jam untuk membolehkannya berada dalam keadaan 90o dari garisan
ufuk.
6) Dalam kedudukan bulan, bumi dan matahari yang berlainan, fasa-fasa bulan yang
berlainan akan terhasil. Contohnya apabila bulan berada di antara bumi dan matahari,
fasa anak bulan akan berlaku. Bulan tidak akan kelihatan. Kemudian, jika bumi berada
antara bulan dan matahari, fasa bulan purnama akan berlaku dan bulan akan kelihatan
dengan penuhnya.
7) Jika bulan berada betul-betul pada garisan lurus, gerhana akan berlaku. Gerhana
matahari boleh berlaku ketika fasa anak bulan manakala gerhan bulan boleh berlaku
apabila bulan berada dalam fasa purnama penuh.
8) Pelbagai kejadian boleh berlaku disebabkan kedudukan bulan yang tertentu antara
bumi dan matahari.
9) Fasa- fasa bulan adalah bentuk-bentuk bulan yang berlainan yang kelihatan daripada
fasa bumi. Ini adalah kerana kedudukan bulan yang berlainan akan menyebabkan ia
memantulkan cahaya matahari pada kawasan-kawasan bulan yang tertentu sahaja.
10) Waktu bulan terbit pada setiap hari adalah tidak sama dan akan berubah. Jika bulan
terbit pada waktu pagi, kita akan dapat melihatnya pada waktu pagi dan kita tidak
akan dapat melihatnya pada malam hari.

11) Sebenarnya bulan sentiasa memantulkan cahaya matahari sama ada di malam hari
atau di siang hari. Namun demikian, disebabkan kemunculan cahaya matahari pada
waktu pagi kadang-kadang menyukarkan kita melihat bulan pada waktu tersebut.

Analisis dan Tafsiran Data :


1) Pemerhatian bermula pada 2 Februari 2018.Pemerhatian bermula dengan fasa purnama penuh
sehingga ke purnama baru pada 1 Mac 2018.Maka satu kitaran fasa yang lengkap berlaku.
2) Menurut data yang diperoleh bentuk bulan yang kita perhatikan tidak tepat dengan fasa bulan yang
sebenar.Hal ini berlaku kerana perubahan yang kecil berlaku pada bentuk bulan tidak dapat
dikesankan oleh mata kasar.Dengan panduan sumber berkaitan seperti kita boleh menggunakan
ramalan fasa bulan bagi setiap bulan dan minggu untuk membanding beza pemerhatian dengan
ramalan fasa bulan.
3) Dalam data yang diperoleh kita juga boleh mengkonklusikan bahawa lebih kurang 12 jam
diperlukan untuk matahari terbenam selepas ia terbit dalam ramalan.sebagai contoh pada 18
Februari 2018 waktu terbit bulan adalah 1.10 tengah hari dan waktu terbenam adalah 1.29 pagi.
4) Melalui data kita dapat mengetahui bahawa fasa bulan kekal selama 4/5 hari.

Perbandingan antara ramalan dan hasil pemerhatian :


1) Ramalan fasa lebih kurang sama dengan data yang diperoleh daripada pemerhatian.
2) Ramalan waktu terbit dan terbenam sangat dimanfaatkan untuk menjalankan pemerhatian
mengikut masa.
Kelebihan :
1) Ketika gambar ini diambil, Bulan sedang melalui fasa Bulan purnama selepas
kejadian gerhana bulan pada 31 januari 2018. Maka,mudah untuk memerhatikan
bulan dengan jelas.
2) Sepanjang 4 minggu atau lebih tepat selama 28 hari cukup untuk mencerap gambar-
gambar Bulan ini yang masa antara masa yang sesuai bagi mengenali kesemua
fasa bulan dengan jelas. sepanjang tempoh ini, satu kitaran lengkap fasa bulan
berlaku.
3) Dapat mengubahsuaikan waktu pemerhatian mengikut ramalan waktu terbit dan
terbenam bulan.

Kelemahan :
1) Saya telah cuba menggunakan kamera telefon pintar namun begitu,kadangkala kualiti
gambarnya agak mengecewakan dan tidak begitu jelas.bulan purnama hingga anak
bulan pada 16 februari 2018.
2) Kadangkala waktu yang saya tetapkan tidak sesuai untuk memerhatikan bulan
disebabkan oleh waktu terbenam bulan adalah lebih awal daripada waktu
pemerhatian.
3) Kadangkala bulan tidak dapat diperhatikan disebabkan oleh keadaan langit kerana,
cuaca hujan dan ketebalan awan tidak sesuai untuk saya mengambil gambar Bulan
yang mana pada waktu malamnya Faktor cuaca dan keadaan langit ini juga antara
faktor yang boleh menjejaskan kualiti gambar bulan dan pemerhatian.

Cara penambahbaikan :
1) Pilih lokasi yang tiada mempunyai halangan seperti bangunan dan pokok-pokok.
2) Gunakan kamera yang berkualiti untuk menangkap gambar supaya bentuk bulan
yang tepat diperhatikan.
3) Berpandukan ramalan waktu terbenam jalankan pemerhatian pada waktu yang
sesuai.

Langkah berjaga-jaga
1) Mengelakkan perubahan kedudukan ketika melihat Bulan kerana ia juga
mempengaruhi bentuk dan saiz Bulan yang dilihat. Hal ini disebabkan oleh fenomena
Bumi berputar dan juga pergerakkan Bulan mengelilingi Bumi.
2) Lokasi tidak sesuai kerana kadangkala bulan tidak kelihatan kerana dihalang oleh
pokok disebabkan oleh kedudukan terlalu rendah.
3) Waktu bulan terbit dan terbenam juga di perhatikan agar kami dapat melihat bulan
tepat pada masanya dan tidak terlepas fasa bulan yang diingini.
4) Untuk mengkaji fasa-fasa bulan, perkara yang penting adalah dengan mengetahui
waktu terbit dan waktu terbenam bulan terlebih dahulu. Oleh yang demikian, pencarian
maklumat dibuat dengan mencari pelbagai sumber bagi mendapatkan jawapan
tersebut.
Dapatan :

You might also like