You are on page 1of 8

Chiung Huei Yee, Wong Ying Ying, Yii Suei Ling

IPGK Batu Lintang

hyee07@hotmail.com

SINOPSIS

Mesin ‘Let’s Us Twist’ adalah digunakan untuk meningkatkan penyertaan dan tumpuan murid
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral serta menambah
baik amalan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Mesin Let Us Twist dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral. Inovasi ini merupakan
pengapikasian Gashapon dalam pengajaran dan pembelajaran. Mesin Let Us Twist boleh
digunakan semasa sesi soal jawab dalam kelas di mana murid boleh memutar mesin tersebut
untuk mendapatkan soalan. Bukan itu sahaja, mesin ini juga boleh digunakan untuk memilih
murid untuk menjawab soalan yang dikemukakan, manakala Gashapon hanya digunakan untuk
meletak mainan dan tidak mempunyai nilai pengajaran. Melalui penggunaan mesin Let Us Twist
murid dapat terlibat dengan lebih aktif semasa menjawab soalan dan dapat meningkatkan minat
mereka terhadap Pendidikan Moral.

1. TAJUK INOVASI

Mesin Let Us Twist (Pendidikan Moral)

2. OBJEKTIF

a. Meningkatkan penyertaan dan tumpuan murid dalam proses pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral.
b. Menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan Mesin Let Us
Twist dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral.

1
3. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Selama ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam kelas adalah lebih
kepada bentuk tradisional di mana pengajaran hanya berlaku secara sehala sahaja dalam kelas.
Hal ini disebabkan guru sering dikatakan kekurangan masa untuk menyediakan bahan bantu
mengajar dan sibuk mengejar sukatan pelajaran menyebabkan mereka tidak dapat meluangkan
masa atau malas untuk menjalankan pengajaran yang lebih aktif. Menurut Isyak bin Baba, 2009,
telah menyatakan pengajaran secara tradisional akan menyebabkan murid tidak faham terhadap
maklumat dan pengetahuan yang disampaikan, lebih-lebih lagi pengajaran tidak dapat
melibatkan murid dengan aktifnya.

Pada dekad ini, pengajaran tradisional semakin digantikan dengan pengajaran modern
yang menyarankan pedagogi abad ke-21. Anjakan transformasi pendidikan kita iaitu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, PPPM baru-baru ini juga menyatakan matlamat untuk
mewujudkan kelas yang lebih berpusatkan murid. Selepas 3 bulan kumpulan kami menjalankan
praktikum di sekolah, kami telah mendapati masalah yang sama iaitu murid kurang bertumpu
perhatian dan kurang minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini terutama berlaku semasa guru menanya soalan di dalam kelas. Murid yang lemah
atau malu tidak ingin menjawab soalan dan sekira dipanggil nama pun adalah secara paksa rela.
Ini menyebabkan fenomena dalam kelas adalah bosan dan pasif.

4. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Menurut James (1890), tumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya mampu
tertumpu pada satu perkara dalam satu masa. Menurut Tam H.T. dan Amir Hamzah Bin Sharaai
(2012) pula, tempoh tumpuan murid pula didapati singkat. Murid-murid akan hilang tumpuan dan
mula membuat kerja lain apabila mereka mendapati cara pengajaran guru membosankan.
Kami dapati murid-murid dapat memberi tumpuan yang baik pada permulaan sesi proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu pada 15 minit yang pertama. Mereka akan mula hilang
tumpuan dan tidak melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kami juga dapati bahawa dalam sesi soal jawab, murid juga kurang aktif.

Melalui pemerhatian telah kami buat semasa praktikum di sekolah, kami dapati apabila
murid berasa bosan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mereka ada yang tidur dalam

2
kelas, ada yang membuat kerja sendiri dan ada juga yang tidak mendengar apa yang guru
sampaikan di hadapan. Di samping itu, semasa kami menggunakan teknik penyoalan dalam
pengajaran dan pembelajaran, hanya beberapa orang murid sahaja yang terlibat dan mereka
kebanyakkan adalah terdiri daripada murid yang pandai. Murid yang sederhana dan terutamanya
murid yang lemah hanya berdiam diri ataupun tidak mempunyai motivasi untuk menjawab soalan
yang diajukan oleh guru.

5. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

5.1 Kaitan dengan PdP atau penyelidikan

Sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sekolah, kami mendapati murid yang diajar
amat suka menjalankan aktiviti melalui permainan. Menurut Piaget bermain tidak saja
menggambarkan tahap perkembangan kognitif anak tetapi bermain juga memberikan
sumbangan yang nyata pada perkembangan kognitif anak itu sendiri. (A. M. Bandi Utama, n.d.).
Mesin ‘Let’s us twist’ ini adalah bertujuan untuk memberi peluang murid belajar sambil bermain.

Inovasi “Let’s us twist” adalah inovasi PdP menyeronokan yang sesuai dengan fitrah
bermain kanak-kanak. Liu Shuang Juan (2014) dan Zhang Hua (2011) pernah berkata permainan
boleh memenuhi fitrah kanak-kanak yang suka bermain. Bahan bantu belajar ini dibina adalah
untuk menarik minat murid dan memberi peluang murid melibatkan diri dengan aktif terutama
dalam menggalakkan murid menjawab soalan. Melalui bahan ini, murid juga dapat belajar dalam
keadaan yang menyeronokkan dan ini amat membantu dalam meningkatkan ingatan murid.
Menurut Huang Xian Fu, 2015, telah menyatakan penerimaan pengetahuan dalam keadaan yang
senang, pembelajaran akan lebih berkesan. Justeru itu, mesin ‘ let’s us twist’ ini dapat
meningkatkan minat murid belajar disamping dapat melibatkan murid dengan aktif.

3
5.2 Deskripsi Inovasi

Mesin Let Us Twist adalah satu bahan inovasi yang dibina dengan menggunakan kotak
dan bola plastik. Maklumat yang hendak disampaikan oleh guru sama ada soalan, nama ataupun
sebagainya diletakkan dalam bola plastik. Mesin Let Us Twist ini boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran secara permainan. Gambar 1 menunjukkan Mesin Let Us Twist.

Kaedah permainan ini sebenarnya diubahsuai dan diinovasikan dari Zhang Wan Qi (n.d.)
yang menggunakan mesin Gashapon ini dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Teknik permainan
ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan minat murid untuk bermain malah juga sambil belajar.

5.3 Tarikh Dan Kos

Bil Bahan Unit x Harga (RM) Kos (RM)


1 Kotak 1x0 0.00
2 Bola plastik 10x0.5 5.00
Jumlah 5.00

5.4 Strategi Penggunaan

Inovasi pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilaksanakan melalui dua cara, iaitu:

i. Meletak nama murid dalam bola plastik

Terlebih dahulu, guru boleh menyediakan bola plastik yang mengandungi nama setiap murid.
Kemudian, guru boleh mengemukakan soalan kepada murid dan meminta murid untuk
menjawabnya. Murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul berpeluang untuk
menggunakan Mesin Let Us Twist bagi memanggil murid lain menjawab soalan seterusnya.

ii. Meletakkan soalan dalam bola plasitk

Guru boleh menyediakan soalan-soalan dalam bola plastik dan meminta setiap kumpulan murid
untuk menggunakan Mesin Let Us Twist bagi mencabut soalan yang harus dibincang.

4
5.5 Keadaan selepas inovasi

Secara keseluruhannya, penggunaan Mesin Let Us Twist dalam proses pengajaran dan
pembelajaran telah menunjukkan kesan yang positif. Rajah 1 dan 2 merupakan catatan nota
lapangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan Mesin Let Us Twist.
Aktiviti: Penggunaan Mesin Let Us Twist dalam pengajaran dan pembelajaran
Catatan:
Kami telah menggunakan Mesin Let Us Twist dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral Tahun 3. Didapati bahawa murid menunjukkan keminatannya dan telah
melibatkan diri secara aktif dalam sesi soal jawab guru. Mereka berasa seronok dan
berebut-rebut untuk bermain mesin ini.
Rajah 1: Catatan Nota Lapangan Bagi Pendidikan Moral Tahun 3

Aktiviti: Penggunaan Mesin Let Us Twist dalam pengajaran dan pembelajaran


Catatan:
Kami telah menggunakan Mesin Let Us Twist dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral Tahun 4. Kelihatan mereka seronok dan bersungguh-sungguh untuk
bermain mesin ini. Mesin ini telah berjaya menarik perhatian mereka dan menggalakkan
mereka menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Secara langsung, mereka akan
berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Moral dan sekaligus meningkatkan
kefahaman mereka dalam mata pelajaran ini.
Rajah 2: Catatan Nota Lapangan Bagi Pendidikan Moral Tahun 4

Kedua-dua catatan nota lapangan ini telah membuktikan bahawa penggunaan Mesin Let Us Twist
dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menarik minat murid terhadap pengajaran guru dan
melibatkan mereka secara aktif dalam sesi soal jawab.

5
5.6 Perkongsian inovasi

-Murid-murid telah mencuba menggunakan Mesin Let Us Twist semasa aktiviti PAK-21.

-Guru-guru pelatih dari PISMP dan PPISMP juga telah mencuba untuk menggunakan Mesin Let
Us Twist.

6. FAEDAH-FAEDAH DARIPADA INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Antara faedah-faedah Mesin Let Us Twist ialah:

a) Menarik minat murid untuk belajar.


b) Sesuai digunakan dalam subjek lain seperti Matematik, Sains, Inggeris dan Bahasa
Melayu.
c) Boleh campurkan murid yang pandai dan lemah dalam satu kumpulan permainan.
d) Boleh digunapakai dengan lama.
e) Menggalakkan murid lemah untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi soal jawab guru.
f) Bahan dan alat mudah disediakan.
g) Memgembangkan kanak-kanak dari berbagai aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa
dan sosio emosi (Fauziah, n.d).

6
7. RUJUKAN

Bandi Utama, A.M. (n.d.). Teori bermain. Diakses daripada http://staff.uny.ac.id/sites/


default/files/pendidikan/AM.%20Bandi%20Utama,%20M.Pd./Materi%20Ajar%20T%20%
20BERMAIN.pdf

Fauziah, M. J. (t.t). Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah (Tesis Ijazah
Sarjana Muda). Universiti Utara Malaysia.

Huang, X. F.(2015). Perbincangan tentang cara memupuk kemampuan mengenal perkataan

dalam kalangan murid. Diakses daripada http://www.gxbsedu.com/zfjs/

Print.asp?ArticleID=2748

Isyak, B. (2009). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dan kaitannya terhadap prestasi

akademik pelajar uthm. Diperoleh daripada http://eprints.uthm.edu.my/5572/1/0486.pdf

James, W. (1890). Principle of Psychology. New York: Holt. Diakses daripada digilib.unimed

.ac.id/…/UNIMED-Proceeding-314604

Liu, S. J. (2014). Fikirkan cara, mengenal perkataan dengan mudah – Pengajaran perkataan

untuk tahap rendah. Diakses daripada http://www.lyztxx.cn/News_View.asp?

NewsID=329

Tam, H. T. dan Amir, H. S. (2012). Meningkatkan Pencapaian Dan Minat Murid

Tahun 4 Dalam Tajuk Perlindungan Haiwan Daripada Cuaca Melampau. Persidangan

Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012.

7
Zhang, H. (2011). Strategi pengajaran perkataan Bahasa Cina. Diakses daripada http://kcjys.

cdkcedu.gov.cn/ReadNews.asp?NewsID=864

Zhang, W. Q. (n.d.). Pengajaran Bahasa Inggeris Menjadi Lebih Seronok Dengan Menggunakan

Mesin Gashapon. http://procet.eng.ntnu.edu.tw/pluginfile.php/16567/mod_resource/

content/1/98%E6%95%A6%E7%85%8C%E7%89%B9%E5%88%8A%E6%89%AD%E8

%9B%8B%E8%AE%93%E8%8B%B1%E8%AA%9E%E5%AD%B8%E7%BF%92%E6%

9B%B4%E6%9C%89%E8%B6%A3.pdf

You might also like