You are on page 1of 13

____________________________________________________________________

MPU 3123

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

JANUARI 2017

____________________________________________________________________

Nama:

No. Pelajar:

Pensyarah/Tutor:

Pusat Pembelajaran: OUM TAWAU


ISI KANDUNGAN

Halaman
Konsep ‘Ketuhanan dan Kepercayaan’ dalam Masyarakat dan 3
Membentuk Masyarakat yang Berbudi Pekerti serta Saling
Menghormati

Kebaikan dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan 7


dan Kepercayaan

Langkah dalam Memupuk Kesedaran Kepercayaan kepada 11


Tuhan

Penutup 12

Rujukan 13

2
Konsep ‘Ketuhanan dan Kepercayaan’ dalam Masyarakat dan Membentuk
Masyarakat yang Berbudi Pekerti serta Saling Menghormati

Tarikh 13 Mei 1969 adalah tarikh keramat bagi Negara apabila rusuhan kaum berlaku
di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya termasuk Selangor. Ianya merupakan
rusuhan diantara kaum Melayu dan Cina dan menjadi kemuncak kepada masalah
perpaduan di Malaysia. Tragedi ini terjadi selepas Pilihan Raya Umum 1969 dimana
ianya menjadikan isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen sepanjang
kempen pilihan raya tersebut. Selepas tragedi berdarah itu, satu ideologi telah digubal
semasa masih berada di bawah pimpinan Majlis Perundingan Negeri (MAGERAN).
Ianya telah wartakan pada 29 Januari 1970. Ideologi yang digubal oleh MAGERAN
tersebut adalah Rukun Negara yang diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong
keempat pada 30 Ogos 1970 sempena kemerdekaan yang ke-13.

Rukun Negara ini merupakan ideologi kebangsaan Malaysia. Ianya adalah


satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.
Ideologi Negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi
masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki
bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Salah satu Rukun
Negara yang dinyatakan adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan prinsip yang menggambarkan bahawa


asas kehidupan yang berkonsepkan ‘Ketuhanan dan Kepercayaan’. Prinsip ini amat
penting dalam kehidupan rakyat di Malaysia. Ini kerana agama dan kepercayaan telah
menjadi unsur yang penting dalam membentuk rohani (spiritual) sesebuah
masyarakat. Para ahli MAGERAN yang menggubal Rukun Negara ini telah mengkaji
dengan teliti bahawa rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan pelbagai anutan
agama ini yang menjadi dorongan kepada mereka untuk meletakkan kepercayaan
kepada Tuhan sebagai asas kepada keharmonian rakyat di Negara ini. Prinsip
ketuhanan dan kepercayaan ini amat penting kerana ianya boleh mempengaruhi
keperibadian seseorang individu. Kepercayaan pada umumnya bermaksud akuan akan
kebenaran sesuatu perkara. Ia merupakan suatu keyakinan terhadap tuhan, roh,
perkara ghaib atau suci yang menghasilkan suatu bentuk penyembahan.

3
Setiap agama yang diamalkan di Negara kita ini mengajar setiap penganutnya
memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu. Kepercayaan
kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan menjadikan sesorang itu
mempunyai rasa hormat, baik kepada orang lain mahupun kepada dirinya sendiri. Ini
menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga
sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama
lain walaupun dengan perbezaan yang ada.

Dengan mempercayai adanya Tuhan, masyarakat saling hormat-menghormati


antara mereka dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka juga
telah berubah kepada cara hidup beragama dengan mengamal dan menghayati ajaran
agama masing-masing dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh masyarakat melayu
yang mengamalkan agama islam. Islam adalah suatu agama suci yang menitiberatkan
kehidupan yang mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, percaya adanya nabi-nabi,
rasul-rasul, malaikat dan kitab-kitab sud. Keimanan mereka diikuti dengan amal
ibadat seperti sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan rukun haji..
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada suatu masa dahulu telah banyak membawa
perubahan yang merupakan perubahan menyeluruh berteraskan tauhid dan memberi
impak kepada ‘rupa dan jiwa’ masyarakat melayu ketika itu.

Dalam ajaran Islam mengkehendaki umatnya untuk sentiasa saling hormat-


menghormati, bantu-membantu, memupuk nilai-nilai murni yang mencerminkan
keindahan agama islam kepada masyarakat luar. Dengan penerapan nilai-nilai yang
baik yang diajar dan dituntut oleh agama membolehkan umatnya bersatu padu dan
membentuk tamadun yang berjaya.

Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian juga mempraktikan


kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Kesemua agama mempunyai
doktrin dan amalan-amalan tertentu yang perlu dilaksanakan oleh setiap pengikut-
pengikutnya. Peranan agama adalah penting dalam membentuk pandangan semesta
seseorang dan sesebuah masyarakat seterusnya perilaku tindakan mereka dalam
kehidupan sememangnya begitu penting. Disini dapat diperlihatkan bagaimana agama
mempunyai kaitan yang begitu rapat dengan tamadun sebagaimana yang digambarkan
oleh tamadun-tamadun silam. Dengan adanya kepercayaan yang mengajar setiap
penganutnya tentang budi pekerti, hidup bermasyarakat, saling membantu dan nilai-

4
nilai murni yang lain dapat membentuk suatu tamadun yang unggul dengan
pengaplikasian ajaran bagi setiap agama yang dianuti.

Prinsip kepercayaan kepada Tuhan adalah prinsip yang menjadi teras kepada
pembangunan insan, masyarakat, dan Negara. Ini merangkumi peningkatan kualiti
jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada
kejayaan dan kecemerlangan manusia dalam kehidupannya. Kerajaan pada asasnya
melihat prinsip kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal penyatuan, kerjasama,
toleransi, dan hormat menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan kepada
kenyataan bahawa ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya melakukan
kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah tentu menjadi nadi
penting yang membina jatidiri masyakat Malaysia dari lubuk sanubarinya. Dengan
percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran-ajaran agama dan
memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan atas asas
bahawa setiap manusia yang mengikut fitrah pasti akan beriman kepada Tuhan yang
menjadikannya.

Di Malaysia, agama islam adalah agama rasmi bagi Negara namun begitu,
agama-agama lain selain islam dibenarkan untuk dianuti oleh kaum yang lain
mengikut kepercayaan masing-masing. Kebebasan beragama yang diamalkan di
Negara ini amat selari dengan tuntutan islam itu sendiri yang tidak memaksa mana-
mana individu untuk memeluk agama islam melainkan kerelaan hati dan diri individu
itu sendiri. Melalui prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini juga, Negara tidak
menerima ilhad atau atheis dan sebarang ideologi yang menolak adanya Tuhan atau
yang tidak mempercayai Tuhan. Ini kerana fahaman dan sikap tersebut merupakan
suatu yang bertentangan, malah terpesong daripada landasan fitrah dan hati nurani
seorang manusia. Dengan tidak mempercayai Tuhan, individu tersebut adalah
golongan yang angkuh kerana tidak mahu memikirkan sebab dan musabab tentang
kejadian didunia. Pendirian rapuh seperti ini yang berasaskan kepada nilai-nilai
materialisme dan hedonisme hanya membawa kehancuran dan kemusnahan kepada
kehidupan manusia dan negara.

Agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah masalah yang berkaitan dengan
peribadi manusia dengan Tuhan yang dipercayainya. Namun, setiap nilai-nilai murni
yang diajarkan oleh agama itu seharusnya diambil kira kepentingannya kerana ianya

5
dapat mendorong kepada sikap saling menghormati antara satu sama lain serta
kebebasan dalam beribadah mengikut seperti dalam agama masing-masing. Sebagai
contoh dalam sambutan perayaan setiap agama yang setiap tahun akan disambut
seperti masyarakat yang beragama Islam akan merayakan perayaan hari raya, agama
Buddha dengan tahun baru cina, manakala bagi yang beragama Hindu akan
merayakan hari deepavali. Apabila setiap kali perayaan ini tiba, seluruh masyarakat
juga akan menyambutnya dengan berkunjung ke rumah sahabat handai yang
merayakan perayaan tersebut. Ianya bukannya sesuatu yang janggal di Malaysia
kerana ianya sudah menjadi tradisi masyarakat di Negara ini. Ini menunjukkan dengan
adanya prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini dapat membentuk sifat serta nilai-nilai
yang positif dalam membentuk masyarakat yang saling hormat-menghormati dan
berbudi pekerti. Walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan ia
seharusnya dapat membetuk masyarakat kita saling menghormati kepercayaan dan
amalan ibadat setiap agama. Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat
mengembangkan perbuatan yang luhur, yang mencerminkan sikap dan suasana
interaksi masyarakat secara harmoni dan sekali gus dapat mengembangkan sikap adil
terhadap sesama insan.

Prinsip universal yang harus dipegang oleh semua penganut agama di negara
ini ialah berpegang teguh kepada agama dan kepercayaan masing-masing secara
beradab agar dapat membina kerukunan hidup secara harmoni. Ia seharusnya dapat
mengembangkan sikap hormat menghormati dan bekerjasama antara penganut
pelbagai agama.

6
Kebaikan dan Keburukan Meninggalkan Konsep Ketuhanan dan Kepercayaan

Agama merupakan ciri yang penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana ketiadaan
agama boleh meruntuhkan dan merosakkan keperibadian seseorang serta dapat
memberi kesan yang negatif kepada bangsa dan Negara. Bangsa dan Negara ini
diwujudkan atas adanya kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan dan melaluinya dapat
menjadikan Negara yang berdaulat. Agama adalah sebuah pegangan hidup bagi setiap
manusia yang hidup di muka bumi ini. Tanpa agama manusia akan hidup di dalam
keadaan yang huru hara. Dengan agama juga yang dapat membentuk pembangunan
rohani dan jasmani yang seimbang dan sempurna.

“That religious commitment was related to a student’s chances of living up to


his or her ability level”

(Zern, 1989)

Berdasarkan pernyataan di atas, dapat kita lihat bahawa kepentingan kepada semua
manusia adalah beragama. Ini kerana agama akan mendidik diri kita supaya lebih
yakin dan mempunyai pendirian diri yang kukuh. Agama jugalah yang dapat
mengubah setiap manusia itu menjadi lebih baik. Di Malaysia, pelbagai kaum yang
menganut pelbagai agama seperti Islam, Buddha, Taoisme, Hindu, Kristian dan
sebagainya. Dengan pegangan agama ini, dapat mendorong tindakan seseorang
individu untuk berbuat baik dan menghindari perbuatan yang jahat.

Terdapat ramai pengkaji sejarah agama yang berpendapat bahawa agama


adalah keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi ini. Pemikiran tentang agama
telah lama wujud dalam diri manusia, ini dapat dibuktikan dengan penemuan
arkeologi yang menunjukkan kehidupan manusia yang terawal dipengaruhi oleh
agama. Selain itu, manusia mengamalkan agama juga dipengaruhi oleh warisan
budaya, sebagai contoh di Malaysia, rata-rata kaum melayu menganut agama islam.
Disebabkan nenek moyang dan keluarga mereka telah menganut agama itu dari dulu
lagi, maka ianya diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang berikutnya.

Prinsip kepercayaan kepada Tuhan yang menjadi tunjang pertama dalam


menggerakkan semangat toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan
masyarakat Negara. Ini juga sememangnya selari dengan tuntutan utama agama Islam
untuk menyeru ke arah kalimah yang satu iaitu mentauhidkan Allah S.W.T. Seruan

7
ini juga bukan sahaja ditujukan kepada umat islam sahaja, tetapi wajar ditujukan juga
kepada semua penganut-penganut agama yang lain yang sudah pasti mengakui
tentang keesaan Allah S.W.T dan atas sifat agama itu sendiri yang membawa Tuhan
yang Satu dan menjadi paksi kepada penyatuan semua manusia.

Penerapan prinsip Ketuhanan dan Kepercayaan ini perlu dipergiat dengan


lebih efektif kerana agama adalah asas dan teras utama dalam pembinaan akhlak serta
sahsiah peribadi dan menjadi banteng kepada pertahanan terhadap serangan jiwa dan
emosi. Prinsip ini juga dapat membina kesejahteraan dalam kalangan masyarakat
dalam membentuk keadilan sosial, toleransi, sikap keterbukaan, saling menghormati
antara satu sama lain dan juga bertolak ansur. Aktiviti program dakwah yang banyak
melalui forum, perbincangan, debat, penulisan, wacana, program televisyen dan radio
dapat memberi fahaman untuk masyarakat hidup bertoleransi, harmoni dan penuh
kerukunan. Ini juga ada dinyatakan dalam suatu hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi jirannya


sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jiran dalam konteks umum bukan sekadar yang tinggal bersebelahan dengan kawasan
rumah kita, ia juga tidak membataskan pegangan agama, bangsa dan sebagainya.
Sebagai contoh, jiran yang tinggal bersebelahan adalah bukan muslim, mereka tetap
jiran yang perlu dikasihi dan dihormati sepertimana jiran muslim yang lain. Ini
bermaksud konsep yang diterapkan adalah hidup kerukunan yang amat dituntut dalam
agama Islam. Ia juga menunjukkan betapa pentingnya prinsip atau konsep Ketuhanan
dan Kepercayaan ini dalam suatu masyarakat.

Masyarakat yang mempunyai akidah akan memiliki daya kekuatan untuk


memhami sesuatu isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis di
antara kebenaran dan kepalsuan. Maka, pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan
oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan Islam yang sebenar.
Mereka juga akan bertindak secara progresif dan dinamik dengan melakukan kajian
yang terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Ini menunjukkan
mereka yang mempunyai agama dan akidah cenderung untuk tidak menerima
maklumat secara terus atau bulat daripada mana-mana pihak.

8
Agama boleh membentuk peribadi yang luhur dan pegangan agama membawa
kebaikan. Kebaikannya adalah nilai sejagat yang diterima oleh semua agama yang
mendorong penganutnya melakukan perbuatan baik yang memberi faedah kepada
semua manusia tanpa melihat latar belakang dan keturunan. Apabila penganut
pelbagai agama mengamalkan nilai-nilai murni yang terkandung dalam ajaran agama
masing-masing, sudah pasti dapat membentuk individu yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam hal ini, perkara penting ialah membiasakan
diri dengan pegangan dan pengamalan ajaran agama yang tulen. Nilai-nilai
kesederhanaan, sikap rendah diri, kesetiaan dan empati yang digariskan dalam setiap
ajaran agama menjadi pemangkin untuk menunjukkan Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara, menghormati dan mematuhi Perlembagaan yang merupakan undang-undang
tertinggi negara, menghormati undang-undang. Amalan prinsip-prinsip tersebut akan
membantu membentuk rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila yang bersatu-
padu.

Namun begitu, jika seseorang meninggalkan prinsip Ketuhanan dan


Kepercayaan ini, akan menyebabkan diri mereka tidak terurus, tiada haluan hidup dan
tidak dapat bergaul dengan masyarakat yang lain. Sungguh banyak kesan-kesan
negatif yang membawa kehancuran jika seseorang tidak mempercayai adanya Tuhan
(golongan ateis). Terdapat juga faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak
mempercayai adanya Tuhan seperti individu yang mempunyai keluarga yang porak-
peranda, ibu bapa bercerai, keluarga yang kaya tetapi mengabaikan anak-anak,
pengaruh rakan, mengagungkan cara hidup barat, kurang didikan agama dan sejarah
silam. Kebanyakan yang tidak mempercayai Tuhan (ateis) ini adalah golongan remaja
yang menginjak usia dewasa. Ini mungkin disebabkan tekanan hidup yang mereka
alami, tiadanya sokongan dari keluarga, iman yang tidak kental dan tidak
mengamalkan islam dengan sepenuhnya.

Selain itu, mereka yang tidak beriman atau percaya pada Tuhan, tidak akan
memiliki pedoman hidup dengan benar, dimana hati mereka tidak akan pernah tenang,
mudah terhasut dengan orang lain, mudah tergoda oleh syaitan, pandangannya sempit,
dan kadang-kadang boleh membawa kekecewaan jika mengahadapi masalah. Firman
Allah QS surat yusuf ayat 87.

9
Ertinya: “Hai anak-anakku, pergilah kamu, Maka carilah berita tentang
Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang
kafir".

(Surah Yusuf: Ayat 87)

Prinsip ketuhanan yang ditinggalkan akan menjadikan seseorang itu


melakukan perkara-perkara yang membahayakan serta memudaratkan diri dan juga
masyarakat sekeliling. Sebagai contoh akan lebih banyak kes-kes pembuangan bayi,
penderaan kanak-kanak, ragut, berlaku penindasan terhadap golongan yang lemah.
Semua ini akan memberi kesan negatif yang besar kepada bangsa dan juga Negara.
Negara luar akan memandang rendah dan menghina kedaulatan Negara. Ini seterusnya
akan merosakkan struktur dalam masyarakat kita.

10
Langkah dalam Memupuk Kesedaran Kepercayaan kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan yang terdapat dalam ideologi Rukun Negara amat penting
untuk melahirkan rakyat yang taat kepada agama selain daripada patuh pada undang-
undang dan peraturan Negara yang telah ditetapkan. Prinsip kepercayaan kepada
Tuhan adalah untuk mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi segala
kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri kepada Tuhan akan dapat menghindarkan
diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam rasuah, pecah amanah,
ajaran sesat, merogol, membuang bayi dan semua perkara yang negatif. Ini
sesetrusnya menjadikan agama sebagai benteng untuk tidak melanggar undang-
undang yang telah ditetapkan.

Selain itu, dengan penghayatan prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini dapat
membentuk jati diri yang teguh dan utuh selain daripada mewujudkan warga Malaysia
yang harmoni dan bersatu padu. Terdapat beberapa langkah yang efektif untuk
membantu dalam meningkatkan kesedaran kepada memepercayai Tuhan ini. Salah
satu daripadanya adalah melalui sistem pendidikan. Pendidikan awal yang bermula
daripada rumah, ibu bapa yang menjadi contoh dan teladan kepada anak-anak.
Pendidikan agama harus diberikan kepada anak-anak dari mereka kecil, sesuai dengan
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Melalui pepatah ini
menunjukkan bahawa pendidikan awal harus diberikan kepada anak-anak
terutamanya dalam aspek keagamaan. Ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu
agama yang dapat membimbing anak-anak kearah yang lebih beradab dan mempunyai
nilai positif dalam diri.

Di samping itu, pendidikan ini dapat diteruskan di sekolah dengan diajar


melalui mata pelajaran pendidikan agama islam dan pendidikan moral. Dengan ilmu
yang disampaikan oleh guru ditambah lagi dengan pengukuhan di rumah, ianya dapat
membentuk keperibadian anak-anak. Dapat dilihat bahawa pendidikan adalah salah
satu pendekatan atau strategi yang terbaik untuk menyemai sikap menghayati ilmu
agama serta dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Penerapan mempercayai Tuhan juga boleh dilakukan melalui peranan


kerajaan dan badan NGO yang berkaitan keagamaan. Kempen serta dakwah perlu
dilakukan secara meluas seperti ceramah-ceramah di pusat ibadat (masjid, surau,

11
gereja dan kuil). Mereka juga boleh menggunakan media massa seperti televisyen,
radio, media sosial dan laman web untuk menyampaikan maklumat keagamaan
kepada semua lapisan masyarakat. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
tahap kesedaran rakyat tentang betapa pentingnya ilmu keagamaan dengan
mempercayai adanya Tuhan.

Masyarakat yang berakidah memiliki daya kekuatan untuk memahami sesuatu


isu dalam masyarakat dengan membuat penilaian secara kritis antara kebenaran dan
kepalsuan. Maka, dengan ilmu agama yang diperolehi seseorang individu tidak mudah
terpesong oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis panduan agama yang
sebenar.

Penutup

Secara kesimpulannya, penghayatan terhadap Rukun Negara khususnya pada prinsip


yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan adalah amat penting untuk membentuk
Negara yang mempunyai masyarakat yang bertamadun tanpa mengira bangsa dan
agama. Ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat. Setiap agama
mengajar umatnya supaya percaya dan yakin terhadap Tuhannya. Dengan keyakinan
inilah maka wujud manusia yang mempunyai keteguhan pendirian yang jati.

Pelajar-pelajar zaman sekarang bermula dari anak-anak kecil perlu di terapkan


semangat keagamaan di rumah dan di sekolah lagi supaya mereka boleh mengenal
diri sendiri sebelum mereka menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Dengan ini,
kesejahteraan dan keamanan dalam sesebuah negara akan terjamin dengan sebaik
mungkin dan rakyat akan hidup dengan aman dan makmur.

12
Rujukan

John West B, Vanessa Huws J (2007). Spiritual and Moral Development in Schools.
New York: Cromwell Press Ltd.

Mardiana Nordin. (2014). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Maruwiah Ahmat. (2012). Rukun Negara. Pustaka Gedung Ilmu. Dimuaturun


daripada www.maruwiah.Com/Tag/Buku-Tentang-Rukun-Negara/

Noordin, S. (2008). Sejarah Pemikiran 1: Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi dan


Orde Baru Dunia. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Ramli Awang, Dr (2003). Sejarah Tuhan: Ateisme, Majusi, Kristian, Yahudi, Buddha,
Hindu, Islam. Pahang: PTS Publications, cet. 1

Ustaz Sulaiman Endut. (2002). Asas-asas Fardu Ain. Kuala lumpur: Pustaka Hj Abdul
Majid.

13

You might also like