You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PADANG SARI

MINIT MESYUARAT GURU BIL 8 / 2016

Tarikh : 16 November 2016 (Rabu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer, SK Seri Padang Sari

Pengerusi : En. Muhamad bin Sohaini (Guru Besar)

Kehadiran(Bilangan) : 14 / 14

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.

1.2 Keputusan peperiksaan UPSR 2016 akan diumumkan pada hari esok, 17 November
2016.
- Pesanan KPPD supaya semua sekolah menyediakan laporan pencapaian UPSR
sama ada meningkat atau menurun.
- Semua GPK dan guru kaunseling perlu mendapatkan maklumat dan membuat
analisis pencapaian untuk penambahbaikan UPSR 2017.
- Isu strategik boleh dinilai berdasarkan pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2016.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Zalina binti Osman.


Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Siti Arpah binti Sidek.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.5 : Program Citra Bahasa dan EW20


Kedua-dua program tersebut tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Untuk tahun depan,
pihak sekolah perlu memikirkan program yang lebih sesuai dan akan memberi impak
kepada murid untuk dijalankan.

Tindakan : Guru-guru

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Mesyuarat MPZ


4.1.1 Mesyuarat akan diadakan pada hari Ahad, 20 November 2016 di SK
Gambut.
4.1.2 Guru yang terlibat ialah En. Muhamad bin Sohaini, E. Mohd Khairul Azian
bin Mahbob, Pn. Anizah binti Aslam, En. Nor Khalid bin Musi dan Pn.
Mawarina binti Haseth.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

4.1.3 Kelab Kebajikan Guru perlu menyumbang hadiah cabutan bertuah bernilai
RM40.
4.1.4 SK Seri Padang Sari menjadi dalam menyediakan cenderamata VIP.

4.2 Majlis Graduasi Pra Sekolah dan Tahun 6


4.2.1 Majlis akan diadakan pada 21 November 2016 (Isnin) di Hotel Pinetree,
Batu Pahat.
4.2.2 Majlis bermula pada pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam.
4.2.3 Jemputan seramai 130 orang termasuk murid dan guru-guru.
4.2.4 Tema pakaian adalah baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi
perempuan.

4.3 Majlis Hari Kecemerlangan


4.3.1 Majlis akan diadakan pada 23 November 2016 (Rabu) bermula jam 9.00
pagi.
4.3.2 Majlis diadakan di Makmal Komputer, SK Seri padang Sari.
4.3.3 Senarai jawatankuasa telah diedar kepada semua guru.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.
5.1.1 Cadangan nama bagi Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Darjah
dan Penolong Ketua Darjah dipersetujui sebulat suara.
5.1.2 Pakaian Pengawas - baju / kemeja berwarna biru muda, tali leher / tudung
berwarna biru tua dan kasut hitam.
5.1.3 Pakaian Pengawas Pusat Sumber – baju / kemeja berwarna putih, tali
leher / tudung berwarna ungu dan kasut putih.
5.1.4 Pakaian Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah – baju / kemeja berwarna
putih, tali leher / tudung berwarna biru tua dan kasut hitam.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat akhir
tahun.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.50 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……. ……...............................……
( MAWARINA BINTI HASETH ) ( MUHAMAD BIN SOHAINI)
Guru Besar,
SK Seri Padang Sari, Batu Pahat
Tarikh : 24 November 2016 Tarikh :

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like