You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN POS RAYA

31300 KG.KEPAYANG, PERAK

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 4/2017

Tarikh : 9 November 2017 (Khamis)


Masa : 1.15 tengah hari
Tempat: Makmal Komputer

Kehadiran :

1. En. Fadzir B. Shaharuddin (PK Pentadbiran)


2. En. Mohd Shahidin Bin Abu Nazri (Ketua Panitia)
3. Pn. Nurul Ainaamira Bt. Mohd Nor Rashidi (Setiausaha)
4. En. Abdul Rahman B. Johari
5. Pn. Khairun Najwa Bt. Zaradi
6. En. Syahrul Izwan B. Abd. Aziz

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 En. Mohd Shahidin Bin Abu Nazri mengucapkan salam dan mengalu-alukan
kehadiran ahli jawatankuasa pada mesyuarat panitia bagi kali keempat ini.
1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada para guru yang telah mengisi markah
dalam SAPS bagi mata pelajaran Sains.
1.3 Beliau juga mengingatkan para guru untuk menyiapkan PBS mata pelajaran
Sains dan guru Sains Tahun 6 perlu menyerahkan slip PBS yang telah
ditandatangan oleh guru besar kepada Penyelaras Tahun 6 iaitu Pn. Nurul
Ainaamira selewat-lewatnya pada 21/11/2017.
Tindakan : Makluman
2. Ucapan Penasihat

2.1 En. Fadzir B. Shaharuddin mengucapkan tahniah kerana berjaya menjalankan


mesyuarat panitia kali keempat ini.
2.2 Beliau mengingatkan guru panitia Sains untuk mengemaskini fail panitia
sebelum bermulanya cuti sekolah.
2.3 Beliau turut mengingatkan para guru agar menyediakan dan mengemaskini
evidens SKPMG2 masing-masing.
Tindakan : Semua guru panitia Sains

3. Pengesahan minit mesyuarat lalu

Perkara : Minit Mesyuarat Bil 3/2017


Dicadang oleh : En. Abdul Rahman Bin Johari
Disokong oleh : En. Syahrul Izwan B. Abd. Rahman

1
4. Perkara-perkara Berbangkit

4.1 Tiada
Tindakan : Makluman

5. Penyerahan dokumen kepada Ketua Panitia

5.1 En. Mohd Shahidin meminta agar semua guru mata pelajaran Sains
menyerahkan laporan, analisis dan keputusan peperiksaan dari Ujian 1 hingga
akhir tahun bagi kelas masing-masing.
5.2 Dokumen-dokumen tersebut boleh diperoleh daripada sistem SAPS.
5.3 Beliau turut meminta agar guru-guru menyerahkan headcount kelas masing-
masing.
Tindakan : Guru mata pelajaran Sains

6. Hal-hal Lain

6.1 En. Mohd Shahidin meminta supaya guru-guru dapat membuat perancangan
alatan/bahan yang ingin dibeli untuk sesi PdPc pada tahun hadapan dan
menyerahkan senarai keperluan alatan/bahan tersebut kepada beliau.
6.2 Beliau turut meminta agar guru-guru mendoakan kejayaan murid-murid
terutamanya dalam mata pelajaran Sains yang akan diketahui semasa
pengumuman keputusan UPSR pada 23/11/2017 nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh,

……………………
(Pn. Nurul Ainaamira Bt Mohd Nor Rashidi)
Setiausaha Panitia Sains,
SK Pos Raya.

Disemak oleh, Disahkan oleh,

……………………… …………………….
(En. Mohd Shahidin B. Abu Nazri (En. Azmi B. Mat Adam)
Ketua Panitia Sains, Guru Besar,
SK Pos Raya. SK Pos Raya.

You might also like